Dua Jiwa Satu Cinta

Buku 2 Jiwa Satu Cinta memang best. Dah lama juga tak buat ulasan buku. Biasanya kalau dah lama tak buat,memontum boleh turun. Begitu dengan kisah dalam rumahtangga.

Biar saya berlapik kata. Biar kena dengan caranya.

Sekali turun, nak naik lambat. Itu tandanya ada yang tak kena. Orang yang dah berusia faham-faham sahajalah.

Tak faham boleh tekuni artikel “Hubungan Suami Isteri Yang Bahagia.”

Sekiranya ada pembaca mengalami tanda seperti itu wajar baca buku ini.

Carilah buku  2 Jiwa Satu Cinta.

Dalam buku tersebut membicarakan secara terperinci ilmu  rumahtangga.

Lengkap dan menarik.

Buku tersebut telah diterbitkan oleh Alaf 21 sekitar tahun 2006. Cetakan kedua pula pada tahun 2009.

WAJIB BACA :   Bakso Sarawak Menu Terbaik Untuk Berbuka Puasa

Editornya pula Fadzilah Jabar. Agak tebal dengan  314 mukasurat. Jangan risau. Isi kandungan tidak meleret dan tidak mendatar.

Dalam banyak topik yang dibicara saya tertarik dengan isu berikut :

1.Jangan Biarkan Malam Terus Dingin

Orang yang sudah kajwin akan tahu apa yang dimaksudkan dalam tajuk tersebut. Suami dan isteri jangan sesiakan waktu malam yang nan indah. Lakukan sesuatu yang menjuruskan kepada hubungan intim.

2.Isteri Nakal, Suami Lebih Ghairah

Nakal bukan membawa maksud tidak bermoral. Nakal cuma untuk suami isteri yang sah sahaja. Sebab ada juga isteri yang malu-malu kucing. Mahu tapi malu. Jika isteri berani maka suami lebih suka. Lebih enjoy menikmati hubungan asmara.

WAJIB BACA :   Isu kerja 4 hari seminggu semakin hangat

3.Ada Rahsia Di Sebalik Rahsia

Banyak rahsia yang telah dibongkarkan dalam topik ini.Nak dedahkan saya tak berani. Dah la rahsia terutamanya rahsia kamar tidur. Misalnya rahsia G-spot, Foreplay dan Afterplay. Maaf istilah yang janggal disebut untuk masyakat Malaysia.

Begitulah serba sedikit dan serba ringkas.

Nak tahu selanjutnya boleh cari buku tersebut di pasaran.

Kalau ada.

Saya tak berani nak kata.

Adakah masih ada atau tidak  jilid buku tersebut. Ini kerana buku 2 Jiwa satu Cinta adalah buku lama. Buku edisi kedua tahun 2009.

Lama dah.

Yang pasti. Ilmu hubungan intim tak akan luput oleh peredaran zaman. Dari dulu sehingga sekarang tetap sama.

WAJIB BACA :   Petros Mercu Kejayaan Masa Depan Sarawak

Zaman batu Paleolitik sama.

Zaman media sosialitik pun sama.

Ok.

Itu dah mencukupi. Kita sambung semula.

Saya boleh cadangkan pembaca untuk mendapatkan buku lain jelah secara digital seperti buku ini bawah ini :dua jiwa satu hati

[Dapatkan Di Sini]

Kesimpulan:

Masa bercinta sangat indah. Semuanya baik dan menawan.

Tengok belacan dikatakan cokelat. Orang kampung saya kata “Otak dan minda sudah tidak centre”.

Baiklah.

Cukup sampai di sini.

Jika ingin tahu ulasan buku yang lain-lain boleh sahaja  layari ke  Blog Obses Buku 

*kemaskini 1/11/20

Comments 35

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge