Pengurusan masa paling cekap adalah impian orang yang nak berjaya.Masa yang ada sangat terhad.Saya sendiri sudah merasai kesuntukan masa memandangkan faktor umur bukanlah muda belia.
Saya sangat percaya,
“Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali orang beriman dan beramal salih serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar” –>Surah Al Asr ayat 1-3.
Sesiapapun yang ada perniagaan memang tidak mahu rugi.Kalau diberi pilihan sentiasa mahu untung dan untung banyak setiap masa dan ketika.
Kalau nak berniaga dan kasi untung banyak boleh belajar >>
Dalam artikel ini bukan perniagaan yang saya nak kongsikan.
Saya teruja untuk berkongsikan pengurusan masa paling baik.Sekali lagi saya tekankan ini cara saya.Mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana kita berbeza cara berfikir dan gaya hidup.
Saya telah melalui kehidupan yang sukar dan penuh ranjau berduri.Tidak bermakna saya mengeluh dengan keadaan hidup yang saya lalui sebelum ini.
Saya cuma terkilan jika saya terbuang masa.Pengurusan masa tidak efektif
Dalam kontek artikel Hijrah Diri kali ini saya fokus kepada pengurusan masa paling baik.
Allah SWT Maha Adil kerana mengurniakan kita semua dengan masa 24 jam sehari untuk sesiapa sahaja.
Di mana sahaja berada.
Siapa yang bijak mengurus masa maka dia berhak untuk berjaya dan menikmati hasil kejayaan tersebut.
Alhamdullilah.
Masa kita boleh dibahagi kepada 3 perkara utama.
1.Masa Tidur
Ada orang yang kata tidur 7-9 jam sehari sudah memadai untuk orang dewasa.Tidak juga sesuai untuk semua orang.Terpulang kepada keperluan biologi dan pekerjaan masing-masing.
Kerja berat = tidur banyak
Kerja ringan = tidur sikit.
2.Masa bekerja
Kebanyakkan waktu berkerja di negara ini adalah 8 jam sahaja.Ini belum termasuk dengan waktu perjalanan pergi dan balik.Mungkin juga belum termasuk waktu rehat.Pukul rata mau juga 10 jam sehari hangus untuk bekerja.
3.Masa Beribadah
Bagi umat Islam ada 5 waktu solat yang wajib.Sekiranya setiap waktu diperuntukkan 15 minit bermakna dalam sehari kita luang masa untuk beribadat adalah 1 jam 25 minit.
Jangan pula lupa.
Ada lagi nie.
Berikut pula aktiviti penting yang memang diperuntukkan masa untuk kita guna setiap sehari.Saya selalu tersasar dari landasan.Mudah-mudahan selepas menghayati hijrah diri yang ke 5 ini saya lebih berdisiplin.
1.Aktiviti lumrah
Sengnaja mengunakan istilah lumrah kerana kita tidak mungkin boleh mengabaikanmnya.Masa untuk makan,minum,mandi,berak,kencing dan sebagainya tetap diperlukan.
Anggaran sehari dalam 3 jam cukup tak?
2.Aktiviti Santai
Dalam kehidupan ini, kita sukar untuk mengabaikan aktiviti santai.Mungkin boleh.Mungkin juga tidak.Itu terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri.Contoh aktiviti santai ialah lepak di kedai kopi atau lepak di media sosial.
Setakat ini saya peruntukan masa untuk Facebook cuma 2 jam.Itu belum termasuk Whatsapp dan Instagram.
3.Aktiviti pilihan
Tujuan aktiviti pilihan ini ada dua .Ada yang menguntungkan.Ada juga yang merugikan masa begitu sahaja.Saya harap saya pandai menilai aktiviti pilihan.Antara contoh aktiviti pilihan kepada saya ialah menerima ajakan kawan untuk sesi pesentation bisnes.
Jika saya dah ada bisnes memang sukar untuk mencuba peluang bisnes lain.Masa yang diperuntukan mungkin 3 jam.
Kesimpulan.
Apa yang dapat dari pengurusan masa paling baik ini ialah mengetahui dimana saya ketirisan dalam masa sehari.
Tiris dapat duit ok la juga.
Tiris menghabiskan duit maka sakitlah poket jadinya.
Jom lihat ilustrasi bagaimana saya menghabiskan masa dalam sehari.
1.Masa Tidur = 4 jam
2.Masa bekerja = 10 jam
3.Masa beribadah = 2 jam
4.Aktiviti lumrah = 3 jam
5.Aktiviti santai =2 jam
6.Aktiviti pilihan = 3 jam
Jumlahnya >>24 jam
Nampaknya masa saya banyak untuk bekerja.Mudah-mudahan bolehlah saya kaya dan jutawan kerana bekerja adalah komitmen masa paling tinggi sekali.
Aamiin.
Untuk tidak ketinggalan mengetahui artikel seterusnya jomlah sertai komuniti :
Sekian sahaja dan jumpa lagi serta tak lupa jutawan terima kasih kerana sudi membaca tentang pengurusan masa.
-mrhanafi-
Masa tidur 4 jam sehari memang tak cukup bagi saya.. walaubagaimanapun terima kasih di atas tips perancangan masa yang dikongsikan..
anuar recently posted…Rekod Jualan melebihi RM350K dalam tempoh 5 Hari dan 2 Rekod jualan Terbaru Affiliate Tempatan
tidurlah secukup-cukupnya tuan..
seorang ahli akademik wajar untuk rehat yang mencukupi..
kalau tak..
lain yang difikir dan lain pula nak disebut
Amin mama doakan semoga mrhanafi menjadi jutawan satu hari nanti. Mama ni Ada juga 24jam mcm org lain tapi mmg non stop bekerja tak Kita Di opis atau dirumah mmg x boleh rehat atau duduk diam. Ada saja benda perlu dibuat. Mcm x ckp aje 24 jam th
Aamiin dan terima kasih atas doa tersebut..
Mama Pipie boleh juga buat seperti yang saya buat..
kaji penggunaan masa dalam masa 24 jam
Everyone has enough time for himself. The time that is lost will never be recovered and take care ofbit carefully. Be careful always that you do not let other people spend it for you.
tulah tuan..
kalau awek ajak jumpa sekali sekala ok la..
setiap hari memang buang masa juga tu.
saya kalau tidur banyak lebih 6 jam dah pusing pusing hehehe
kita tidak sama.
Alhamdulillah..
sangat sesuai untuk diwar-warkan
Betul juga catatan tuan dalam bab waktu tidur tu. Sesetengah orang perlu masa yang lebih untuk tidur (rasanya ditambah dengan tidur siang (selalunya guru yang akan ada tuisyen pada sebelah malam). Saya percaya yang kerja waktu siang saja (bukan kerja berat) untuk tempoh tidur waktu malam 4-5 jam dah memadai.
Al-Manna Ameer recently posted…Getah Akasia Senegal Boleh Dimanfaatkan Semua Peringkat Usia
keja berat perlu tidur lebih..
kalau setakat tulis blog…
tidur untuk hilangkan rasa mengantuk pun dah cukup
“Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita!”
Begitulah sifat masa, yang pantas berlalu, tajam potongannya, halus gerakannya dan seni kawalannya, ibarat sebilah pedang yang tajam, di tangan seorang pendekar yang hebat.
Dedaun Comel recently posted…3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
wow..semakin dahsyat la permainan ayat pendekar bro Fareed
kalau tidor lebih 6 jam pun tak boleh
juga,sakit kepala nanti…
ikut kesesuaian badan.
ada yang boleh tidur enam jam dan ada yang kurang.