Dua cerita biasa bawa mesej luar biasa

Tak sangka cerita biasa ini sarat dengan ilmu yang berat dan hebat. Diakui luar biasa untuk saya.

Tak terlintas.Tak terduga.

Namun mesej cerita ini akan saya ingat sampai bila-bila.

Kalau boleh hingga hujung nyawa. Kalau tak boleh selagi ada ingatan.

Aamiin.

In shaa Allah.

Cerita pertama : Lelaki 77 tahun

Gambar hiasan sahaja

Bos ajak minum pagi. Saya fikir berdua. Rupanya ada undang seorang tetamu.

Orangnya hebat. Berusia 77 tahun. Sudah naik haji dan sudah berpencen jabatan kerajaan.

Cara fikir dan cara pandangannya untuk kehidupan ini digarap dengan pemerhatian dan pengalaman.

Kami bertiga sembang. Sebetulnya mereka berdua. Saya cuma sebagai ‘ubat nyamuk’

Ubat nyamuk istilah anak muda. Misalnya ada pasangan kekasih ‘dating’, mereka akan bawa orang ketiga.

Orang ketiga ini sebagai peneman bagi pihak cowek maupun cewek.

Dari situ wujudnya istilah ubat nyamuk sebagai syarat jangan berdua sahaja.

WAJIB BACA :   Jom Aplikasi Istighfar Untuk Cipta Keajaiban

Kita teruskan cerita.

Lelaki ini berpesan kepada saya dan bos. Katanya untuk menjadi orang kaya atas kehendak Allah.

Bila-bila sahaja boleh bagi. Berapa banyak boleh bagi. Semuanya mudah dan dengan izin Allah sahaja.

Tetapi ada dua perkara yang susah. Sukar untuk manusia. Tidak semua manusia berjaya memilikinya.

Bahkan dua perkara ini terlalu mustahil untuk dibeli dengan wang ringgit.

Perkara tersebut adalah keikhlasan dan kejujuran.

Sifat ikhlas dan jujur ini boleh jadi alsebab Allah anugerahkan kekayaan kepada manusia.

Saya pegang pesanan ini. Saya setuju sekali.

Sebab soal ikhlas dan jujur dari manusia itu sendiri.

Selebihnya… biarlah Allah nilaikan. Bagi ganjaran dan imbuhan.

Tidak di dunia. Pasti ada di akhirat.

Cerita pertama saya noktah. Saya masuk cerita kedua.

Cerita kedua : Zip beg berjenama

Beg berjenama ini berharga RM300 lebih di gedung membeli belah terkenal. Selepas diskaun dapatlah harga RM90 lebih.

WAJIB BACA :   Bakso Sarawak Menu Terbaik Untuk Berbuka Puasa

Saya tak rancang beli. Cuma ketika ‘bershopping’ bersama anak dara sunti mereka diberi peluang pilih barang untuk dibeli.

Mereka pilih beg berjenama untuk saya. Selepas membelek sekian lama, saya bersetuju beli.

Rupa juga menarik dan hati pun sudah berkenan.

Seminggu dipakai, zip beg tersebut rosak. Bukan satu tetapi dua zip.

Dalam hati terasa sedikit kesal. Sudah terbang RM90 begitu sahaja.

Apatah lagi terbeli beg berjenama yang diyakini kualiti sesuai dengan harga.

Saya dapat mesej berharga. Beg berjenama yang mahal belum tentu terbaik kualitinya. Boleh juga rosak dan mungkin menyesal terbeli.

Kepercayaan saya untuk barang berjenama jatuh merundum. Lebih baik beli sahaja apa-apa jenama yang harganya berpatutan.

Jika rosak sekalipun jenama tersebut tidak tercalar dengan kes terpencil begini.

Mesej kedua soal hati.

Seandainya berterusan mengguna beg mahal dan berjenama mungkin penyebab hati saya jadi riak tak tentu pasal.

WAJIB BACA :   Indahnya Hidup Berkeluarga

Mungkin merasa diri lebih baik dari orang lain.

Sedangkan hakikat sebenar, tiada apa pun yang boleh melayakkan kita rasa angkuh, sombong dan bangga diri.

Kesudahan cerita saya bersyukur kerana beg berjenama tersebut rosak.

Saya berjaya merendahkan kekaguman kepada barang jenama.

Saya berjaya menaikkan persepsi kepada barang tiada jenama.

Jenama, harga mahal dan tempat berprestij bukan alasan untuk kita memandang tinggi diri sendiri.

Sebaliknya wajib mensyukuri apa jua nikmat yang Allah kurniakan baik berupa kesenangan maupun kesusahan.

Kesimpulan

Cerita lelaki 77 tahun dan zip beg jenama berkaitan tarbiah hati.

Soal hati sangat luar biasa kesannya kepada manusia. Hati dikuasai sepenuhnya oleh Allah.

Jaga hati agar selalu ikhlas, jujur, tidak riak dan sentiasa bersyukur.

In shaa Allah kebaikan itu sentiasa berpihak kepada kita untuk dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat.

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge