Admin memang selalu makan di kedai.Selalu juga take away.Setakat ini belum ada kesempatan untuk memasak sendiri semenjak tinggal di bilik sewa murah.Inilah kehidupan orang yang sudah kembali solo.
Kini admin sedar betapa indahnya hidup bekeluarga.
Hidup berdua dengan isteri.
Hidup berempat bersama anak dan isteri.
Semua ini tiada galang gantinya.
Syukur.
Admin sudah merasai 16 tahun.
Satu tempoh agak panjang.
Tempoh itu ternyata pinjaman untuk admin bagi merasa betapa indahnya hidup bekeluarga.
Hasil pemerhatian..
Ketika makan admin memerhatikan keadaan sekeliling.
Jarang kelibat orang makan sorang-sorang macam admin di kawasan tersebut.
Orang lain bawa keluarga.
Bawa teman atau pasangan.
Ketika melihat keluarga tengah menikmati makan malam tatkala itu admin panjatkan doa.
Bukan doa untuk admin.
Doa untuk mereka supaya kekal bahagia dan harmoni .
Bersama ahli keluarga mensyukuri nilai kasih sayang yang tak terbeli dengan wang ringgit dan harta benda.
Oh indahnya hidup bekeluarga.
Jadikan keluarga nombor satu.
Ketepikan kepentingan sendiri.
Boleh ?
in shaa allah, boleh
terbaik la
insya allah.. family first..
Alhamdulillah…bagus tu
jodoh pertemuan takdir Ilahi…manusia berusaha dan berdoa..
ya..betul tu
terbaik tuan..16 tahun..banyak betul sudah pengalaman…
keluarga memang utama…bak kate pepatah air dicincang takkan putus kalau tak bayar bil memang akan putus
Belang Tarung recently posted…6 Kelebihan Menanam Pokok Durian Musang King (D197)
hahahaha..
mendalam sugguh maksudnya
Boleh. InsyaAllah =)
alhamdulllah..
pertahankan perkahwinan
Aku bacanya bapeerrr pakcikk 🙁
it okay..
Pertama kali singgah ke blog yang ini…:)
16 tahun? berarti sama kita…Semoga selalu Sakinah Mawaddah Warahmah. Aamiin.
aamiin..
terima kasih atas doa ya!
Alhamdulillah ya 🙂
Kita emang harus selalu bersyukur 🙂
ya..betul tu