Keunikan Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang Amat Mengujakan

Tasbih biji pisang Sunan Bonang sangat unik dan langka.Penghasilannya sangat terhad dan sukar untuk diperolehi.Sekiranya terjumpa dengan mudah perlu berhati-hati kerana dikhuatiri terbeli tasbih biji pisang Sunan Bonan yang bukan asli.

Penghasikan tasbih ini dari kawasan Tuban, Jawa Timur.

Alhamdulillah dengan izin Allah jualah,admin berjaya memiliki tasbih yang langka dan unik ini.Bagaikan dirancang tasbih ini sampai ke tangan admin pada malam 9 Zulhijjah atau pada Hari Arafah.

Amat sesuailah admin menerima sesuatu yang hebat pada masa terbaik  demi kecintaan pada peninggalan karamah para Wali Allah.

Tasbih ini  sangat diburu oleh para pencinta barang ganjil, langka dan ekslusif .Mungkin juga jadi dambaan kepada para pencinta peninggalan warisan Wali Allah.Demi kasihnya mereka pada tokoh hebat yang begitu banyak sumbangannya dalam syiar Islam di Nusantara ini.

Wallahualam.

Sejarah Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang

Menurut  catatan Wikipedia Sunan Bonang ( Wali Songgo ) adalah anak kepada Sunan Ampel dengan isterinya, Nyai Ageng Manila.

Sunan Bonang lahir pada 1465 Masihi dan wafat pada 1525 Masihi sewaktu berusia 60 tahun.

Untuk pengetahuan,Bonang adalah satu nama di desa di Kabupaten Jepara, Indonesia.

Sunan Bonang  terkenal dalam hal ilmu kebatinannya.Beliau mengembangkan ilmu (zikir) yang berasal dari Rasulullah SAW, kemudian beliau kombinasi dengan keseimbangan pernafasan yang disebut dengan rahsia Alif Lam Mim ( ا ل م ) yang ertinya hanya Allah SWT yang tahu.

Sunan Bonang juga menciptakan gerakan-gerakan fizik atau jurus yang beliau ambil dari seni bentuk huruf Hijaiyyah yang berjumlah 28 huruf dimulai dari huruf Alif dan diakhiri huruf Ya’.

Beliau menciptakan gerakan fizik dari nama dan simbol huruf hijayyah adalah dengan tujuan yang sangat mendalam dan penuh dengan makna.Rasionalnya mengajak anak murid-muridnya untuk menghafal huruf-huruf hijaiyyah agar mampu membaca dan memahami isi Al-Quran.

Penekanan keilmuan yang diciptakan Sunan Bonang mengajak murid-muridnya untuk melakukan Sujud atau Solat dan zikir. Hingga sekarang ini, ilmu yang diilhamkan kepada Sunan Bonang masih dilestarikan di Indonesia oleh generasinya dan diorganisasikan dengan nama Padepokan Ilmu Sujud Tenaga Dalam Silat Tauhid Indonesia

Ternyata Sunan Bonang adalah guru batiniah yang cukup hebat.

Bermulanya satu keajaiban luar akal fikiran manusia

Pada satu hari, ketika mana Sunan Bonang tengah khusyuk berzikir di beranda masjid, tiba-tiba tali tasbih beliau terputus.Biji – biji tasbihnya jatuh berjuraian.

Oleh kerana Sunan Bonan amat menyayangi tasbihnya beliau cuba mengutip kembali dengan bantuan beberapa anak murid.Mereka cuma menemui 99 daripada 100 biji tasbih.Ini bermakna 1 biji masih tercicir.

Usaha mencari diteruskan sehingga akhirnya mereka menemui juga.Bagaimanpun Sunan Bonang redha dan menyuruh biji tersebut ditanam sahaja agar memberi manfaat kepada anak cucu kemudian hari.

Bermula dari situlah tumbuhnya pokok pisang bonang atau pisang pidak menurut istilah tempatan.Pisang ini amat unik kerana  tidak mempunyai anak atau tidak dapat membiak sebagaimana jenis pisang biasa.

Kawasaan penanamanya hanya berada di Makam Sunan Bonang  di Tuban,Jawa Timur.Ada juga usaha untuk menanam di tempat lain namun didapati pisang tersebut tidak menghasilkan buah yang diingini.

Biji pisang ini memiliki keunikan tersendiri yakni isi buahnya sedikit tapi memiliki biji pisang yang berukuran besar dan kuat.

Warna biji pisang Sunan Bonang juga berwarna hitam atau coklat gelap dan berkilat. Ukuran biji yang besar dan berwarna hitam berkilat inilah yang menjadi bukti keaslian untuk dijadikan tasbih dari biji pisang pohon Sunang Bonang.Bahan asas dari tasbih ini yang terbuat dari biji pohon pisang yang sangat langka atau jarang-jarang untuk ditemui.

Memang benar kata  seorang Mahaguru, hanya orang yang ada jodoh dengan tasbih ini boleh memillikinya dengan izin Allah SWT.

Boleh dikatakan sangat bertuah dan sangat beruntung mendapat rezeki tersebut.Sekali lagi admin rasa sangat bersyukur kerana berjaya memiliki sesuatu yang ‘limited edition’.

Manfaat dari keberkatan dari tasbih biji pisang Sunan Bonang

Berikut adalah manfaat dan faedahnya memiliki tasbih biji pisang Sunan Bonang sebagaimana yang dipercayai ramai pemiliknya.Namun begitu ia bergantung juga kepada amalan seseorang kerana semuanya adalah anugerah Allah kepada hambaNya yang terpilih.

Wallahualam.

1.Sebagai ikhtiar membuat pemagaran ghaib dari serangan fizik dan non-fizik
2. Kemakmuran dan kesejahteraan hidup berkeluarga.
3. Disegani masyarakat dan ditakuti musuh
4. Memperkuatkan daya kepemimpinan sehingga sangat sesuai digunakan oleh para pemimpin(Boss,Majikan,Pegawai,Menteri)
5. Meningkatkan kepercayaan diri dan wibawa
6. Meningkatkan daya kekuatan fizikal penggunanya
7. Mudah untuk fokus dan meningkatkan konsentrasi
8. Kepekaan batin terhadap firasat dan tanda alam
9.Meningkatkan kekuatan bathiniyah sehingga mudah di dalam mempelajari Ilmu Hikmah
10.Meningkatkan kecerdasan spiritual
11.Membangkitkan khodam pendamping pada diri pengamalnya
12.Media menembus dimensi ghaib,melihat alam Ghaib
13.Memancarkan Aura Kharisma wibawa agung
14.Memunculkan Aura Pengasihan tingkat tinggi
15.Menambah kepercayaan diri
16.Media menarik pelanggan ataupun pembeli datang ke tempat bisnes pemiliknya
17.Memberikan rasa selesa,tenteram dan juga ketenangan jiwa
18.Menarik kekuatan lawan dan juga melumpuhkan lawan secara halus dan cepat
19.Memperkuat dan melipat gandakan ilmu yang dimiliki.
20.Memindahkan hujan serta kegunaan lainnya.
21.Tasbih ini energinya sangat halus dan dingin serta banyak lagi khasiat yang hanya dirasai oleh pemiliknya

Cara penggunaan

Penggunaan tasbih biji pisang Sunan Bonang sama dengan mana-mana tasbih yakni digunakan untuk berwirid dan berzikir.Namun zat energinya lain dari kebiasaan

Tasbih ini ada berkah lantaran diisi ‘sesuatu’ oleh Mahaguru secara spiritual.

Untuk memahaminya admin jelaskan seperti berikut.

Admin umpamakan kita pergi ke suatu tempat menggunakan kenderaan.Kita boleh naiki basikal dan sampai juga destinasi yang dituju.

Dalam masa yang sama kita diberi pilihan untuk menaiki kereta supersport yang serba mewah dan sangat laju.Dengan izin Allah juga kita boleh sampai namun lebih cepat,lebih nikmat dan lebih mudah.

Pendek kata tasbih biji pisang Sunan Bonang cuma sarana dan media dalam kita menyampaikan hajat dan keinginan kepada Allah dengan keberkatan warisan karamah Wali Allah.

La haula quwata illah billah.

Soal percaya dan yakin adalah hak masing-msing.Hampir tidak mungkin boleh dipertikaikan oleh orang lain selagi mana kita masih berada dalam jaluran serta syariat agama Islam yang syumul .

Penutup

Aura dari tasbih biji pisang Sunan Bonang Anugerah Agung boleh dilihat melalui mata kasar.Dengan saiz yang besar dan warna kehitaman mengungkap ‘rasa’ yang sukar untuk diperkatakan.

Pertama kali admin memegangnya telah mendebarkan jantung dan meresahkan jiwa.Minda bagaikan terpaku seketika dan lidah kelu tanpa bicara.Seram sejuk bulu roma biarpun cuaca persekitaran panas dan kering ketika itu.

Ini cuma ekpresi peribadi admin yang mungkin tidak sama dengan  reaksi pemilik yang lain.

Namun begitu jangan pula taasub kepada benda kerana semua ini tiada apa-apa.Hanya Allah SWT sahaja yang memberi manfaat dan mudarat.

Yang paling penting juga iktikad dan keimanan berpasak kepada Allah SWT  melampaui segala-galanya.Dalam ertikata yang lain jangan mensekutukan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Suci KemuliaanNya dengan apa-apa sekalipun.

Admin percaya dan yakin hanya Allah SWT yang berkuasa namun ilmu-ilmu unsur alam masih banyak yang belum kita kaji dan terokai.Sebab itu ilmu yang baik boleh mendekatkan hambaNya kepada Sang Maha Pencipta.

Tiada sesuatupun ciptaan Allah SWT yang tiada manfaat kepada manusia dalam alam ini baik di bumi mahupun di langit.

Wallahualam bissawab.

p/s :Jika ingin memiliki Tasbih Keramat Biji Pisang Sunan Bonang Anugerah Agung ini amat dianjurkan untuk menghubungi sendiri Mahaguru Rizal melalui  Whatsapp.

38 thoughts on “Keunikan Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang Amat Mengujakan

  1. Ini kali pertama saya dengar biji pisang boleh dijadikan biji tasbih. Wali-wali Allah memang memiliki kisah hidup yang penuh barakah. Memang beruntung jika dapat mengecap sedikit daripada barakah ini.

    • memang bro..

      saya oun macam tak percaya biji pisang boleh ditebuk dan dijadikan tasbih sebegitu..

      dengan bentuk yang unik..memang feel jika tengah berwirid

    • kalau tidak kerana membeli tasbih ini..

      saya pun tidak tahu keunikan biji tasbih pisang Sunan Bonang..

      moga kita semua diberi kekuatan dan hidayah oleh Allah untuk berwirid dan berzikir secara konsisten

  2. pertama kali tahu wujudnya tasbih ini dan cerita mengenai sunan bonang. saya plak suka tasbih glow in the dark. teringat arwah nenek yg suka tasbih jenis tu sebabnya senang bila terlepas dari tangan mudah dia nak cari waktu malam2. hehe…

Leave a Comment

CommentLuv badge