Seminar Penulisan Melangkaui Kebiasaan bersama Shahren Yusri

Sekali lagi mrhanafi  berpeluang untuk mengikuti Seminar Penulisan Melangkaui Kebiasaan bersama Shahren Yusri.  Tidak dinafikan masih ramai di kalangan kita yang belum mengenali Shahren Yusri.

Siapa Shahren Yusri ?

Sebelum kita berbicara dan bercerita tentang beliau, izinkan mrhanafi merakamkan dahulu sekelumit kisah perjalanan ke Seminar Penulisan Melangkaui Kebiasaan yang bertempat di Pustaka Negeri, Sarawak.

Seminar ini hasil usaha sama Suara Sarawak, New Sarawak Tribune, Centexs Commercial dan Pustaka Sarawak pada 14 Julai 2022.

Jom…

Shahren Yusri

Shahren Yusri
Gambar beramai-ramai bersama peserta FOTO : Alif Noni

Seusai menghantar anak ke sekolah, mrhanafi terus memecut dari Kota Samarahan ke Kuching.  Jam sudah menunjukkan  6.10 pagi.

Keadaan jalan raya belum lagi sesak sehinggalah jam 6.30 pagi. Tidak lama selepas itu kereta mulai banyak  menjalar di jalan raya.

Masing-masing ada tujuan.

Sudah pasti turun bekerja mencari rezeki untuk menyara kehidupan yang sementara ini.

Alhamdulillah tepat jam 7.10 pagi, mrhanafi selamat sampai ke destinasi.

Wah…masa sangat awal.

Ada sekitar dua jam sebelum seminar bermula. Apalagi…inilah peluang untuk sarapan pagi dalam kenderaan.

Mrhanafi sempat bekal telur rebus dan air kosong. Selain penjimatan, ia merupakan makanan sihat untuk jaga badan

Tak sanggup rasanya untuk bersarapan di kedai tatkala kadar inflasi makanan yang semakin membimbangkan ketika ini.

Selesai bersarapan, mrhanafi gunakan masa yang terluang ini untuk menghabiskan bacaan buku Allah Itu Dekat. Ulasan buku ini boleh dibaca dalam blog Obses Buku sedikit masa lagi.

WAJIB BACA :   Ada apa dengan teaser ? Berikut adalah contoh ayat teaser makanan

Kita tinggalkan dulu kisah mrhanafi yang entah apa-apa hehehe.

Kembali kita ke kisah Shahren Yusri yang menjadi topik utama perbincangan dalam penulisan artikel mrhanafi kali ini.

Kita kenali dulu siapa Shahren sekarang ini, sebelum kita mengali latar belakang sejarah beliau.

Shahren Yusri merupakan Pengurus Besar Centexs Commercial Sarawak.

Beliau merupakan perintis organisasi ini bermula dari ‘scratches’ sehinggalah kini sudah berusia tiga tahun.

Menurut Shahren, beliau sanggup memikul dan mengalas tanggungjawab tersebut untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri.

Impiannya untuk melihat Centexs Commercial Sarawak sebagai organisasi yang berjaya untuk membawa jenama dan nama produk Sarawak ke merata dunia.

Itulah impian yang hebat untuk memberi manfaat yang besar kepada penduduk di Sarawak secara khususnya dan Malaysia amnya.

Ada satu kisah epik dalam perkongsian Shahren yakni kisahnya sebelum berada di  kerjaya hebat sekarang ini.

Jom kita undur masa..

Shahren pernah bercita-cita untuk menjadi seorang peguam sewaktu zaman persekolahannya. Minat dan kecenderungannya sangat tinggi dalam bidang sejarah.

Namun ada satu tragedi yang cukup tragik dan kisah sedih menyentuh emosi berlaku sewaktu beliau ingin mendaftar dalam jurusan undang-undang di Uitm  tahun 1999.

WAJIB BACA :   Iklan Percuma Guna Landing Page

Malang tidak berbau.

Shahren mengalami kecelakaan jalan raya apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan bas.

Kemalangan ini menyebabkan beliau lumpuh sebelah kaki sehingga tidak mampu berjalan selama setahun.

Sepanjang tempoh tersebut beliau menjalani fisioterapi dan menutup peluangnya untuk ke Uitm dalam meneruskan impian menjadi seorang peguam.

Sungguhpun begitu, Shahren sangat cekal dan tetap meneruskan pelajaran ke tingkatan enam walaupun hanya belajar dari rumah pada peringkat permulaan.

Seterusnya Shahren melanjutkan pengajian di Unimas dalam bidang komunikasi dan berjaya menggenggam ijazah pada tahun 2005.

Shahren pernah menjalani latihan industri dengan sebuah syarikat akhbar tempatan sebelum merantau ke Kuala Lumpur. Di sana, beliau berjaya diterima sebagai  wartawan kadet Utusan Malaysia. ketika itu.

Kerjaya Shahren kemudiannya bersinar dan bergemerlapan sebagai wartawan di Kosmo.

Penulisan berita beliau sentiasa berada di muka hadapan akhbar sehingga membawa beliau berjaya memenangi anugerah Kajai pada tahun 2007.

Shahren Yusri
Foto: Page CENTEXS Commercial

Anugerah ini sangat berprestij.

Syarat kemenangan sangat ketat.

Penulisan berita wajib jelas, ada solusi dan bukti gambar serta berita susulan tentang kejadian.

Jadi tidak hairan Anugerah Kajai menawarkan imbuhan RM20 ribu serta sijil yang mengandungi emas bernilai ribuan ringgit.

Sehingga artikel ini ditulis hanya Shahren Yusri sahaja orang Sarawak yang menjadi pemenang tunggal Anugerah Kajai.

WAJIB BACA :   Kopi senyawa jiwa dan rasa

Bukan itu sahaja, ketika menjadi wartawn beliau sentiasa membolot hadiah terbaik bulanan dari Utusan Malaysia dan Kosmo.

Shahren sudah menanam hasrat dan impiannya untuk menjadi wartawan yang terkenal sebaik sahaja menceburi bidang mencabar ini.

Untuk itu beliau telah bekerja secara luar biasa dan hasilnya juga luar biasa.

Alhamdulillah ia terbukti dan meminjam katanya, bahawa kejayaan tersebut dirancang untuk menjadi kenyataan dengan tindakan.

Tidak lama selepas itu Shahren bertukar kerjaya untuk berkhidmat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, setiausaha akhbar menteri, hos tv dan pengacara majlis.

Selepas meninggalkan dunia wartawan, Shahren terus menyerlah kerana setiap tahun mendapat anugerah pekerja cemerlang.

Kesimpulan

Apa yang mrhanafi boleh belajar dari kejayaan Shahren ialah kejayaan hebat bermula dengan impian dan diteruskan dengan tindakan.

Kita juga mesti cepat dan banyak belajar tanpa had masa dan keadaan.

Selain itu jangan berada di zon selesa sehingga melumpuhkan daya upaya untuk mencabar kemampuan diri.

Begitulah sedikit catatan dan ringkasan yang mrhanafi ingat dalam Seminar Penulisan Melangkaui Kebiasaan bersama Shahren Yusri.

Mana yang terkurang  itu mungkin atas kelemahan pemahaman dan ingatan mrhanafi sendiri yang tidak begitu tajam sejak usia semakin menghampiri separuh abad.

Semoga ianya bermanfaat buat anda sebagai pembaca.

5 thoughts on “Seminar Penulisan Melangkaui Kebiasaan bersama Shahren Yusri”

    • biasanya wartawan dikenal dengan byline atau nama sahaja.

      jarang sungguh nak kenal rupa..

      ya…saya bekal telur rebus sahaja pada masa tu….hari lain tak la macam tu

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge