Saya dapat idea untuk tulis puisi tentang kopi ketika bersarapan. Jadi tidak hairan timbul idea untuk menulis tentang kopi senyawa jiwa dan rasa.
Sejujurnya saya tidak mahir berpuisi. Bahkan genre puisi bukan minat saya untuk mendalami apa lagi menghayati.
Namun saya cuba tulis puisi walaupun bukan kepakaran dalam genre tersebut.
Kebetulan juga Blogger Puan Nur ada meminta saya tunjuk hasil puisi dari ChatGPT.
Sebagai pemudah cara, saya minta bantuan AI ChatGPT.
Lainlah kalau Blogger Kak Paridah Ishak.
Beliau otai dan lejen dalam genre puisi.
Beliau bijak bermain kata.
Beliau dan sastera umpama isi dan kuku.
Tanpa berbasa-basi jom kita teliti dan hayati puisi dari ChatGPT tentang kopi.
Kopi senyawa jiwa dan rasa
Kopi, senyawa jiwa dan rasa
Di pagi yang tenang, secangkir kopi menyala
Aroma harumnya mengusik hidungku dengan lembut
Saat ku raih cangkir itu, ada magis yang terasa
Kopi, sahabat setia di setiap langkahku
Dalam setiap tegukan, hidupku terbangun
Panasnya menyentuh bibir, membangkitkan semangat
Cita rasa pahitnya, menari di lidahku
Seperti puisi yang mengalir dari jari-jari pena
Dalam setiap tetes, cerita bergulir
Bijinya tumbuh dari perjuangan tanah dan air
Dipetik dengan penuh cinta oleh tangan teliti
Menjadi cairan hitam yang menyentuh jiwa
Di antara waktu yang berlalu begitu cepat
Kopi, penolongku dalam kesunyian yang gelap
Ia mendampingi pagi-pagi yang sunyi sepi
Sambil menemani pikiranku berkelana
Kopi, sumber kehangatan dan kelembutan
Dalam senyuman dan cerita yang tercipta
Menjadi penghubung bagi jiwa-jiwa yang bertemu
Seperti tali yang mengikat pertemanan
Jadi, mari kita berbagi secangkir kopi
Dalam gelas yang bersama, kita bersatu
Menikmati hembusan pagi yang penuh berkah
Sambil merasakan pesona magis kopi
Hasilnya bait kata dan lenggok bahasa puisi tersebut kira boleh tahan juga.
Saya tidak puas hati dengan ChatGPT kerana seakan-akan mengatasi kehebatan manusia, saya cabar ia sekali lagi.
Kali ini saya suruh ChatGPT tulis pantun pulak tentang kopi.
Di pagi hari ku bangun semangat
Menyeduh kopi, aroma terasa nikmat
Dalam setiap tegukan, jiwa terjaga
Kopi, penyemangat di hari yang panjang berjalan
Bijinya tumbuh di ladang yang subur
Disangrai dengan cinta, memberi kehangatan tiada tandingan
Di pagi-pagi yang sunyi, cangkir kopi menyapa
Sambil menemani langkah di dunia yang terbuka
Cita rasa pahitnya, menjadi kelezatan
Seperti puisi, mengalir di setiap tetesnya
Kopi, peneman setia di pagi dan petang
Dalam setiap tegukan, kenikmatan yang tak tergantikan
Kopi hitam, menggoda di setiap pagi
Memberi semangat, menghilangkan kantuk yang mengganggu
Dengan secangkir kopi di tangan, ku menyapa dunia
Berjalan dengan penuh semangat, oh, betapa nikmatnya
Nampaknya pantun ciptaan ChatGPT tidak menepati hukum syarat penulisan pantun.
Tiada seni,
Tiada rangkap pembayang dan maksud ungkapan pula berterabur.
Penilaian saya : Gagal.
Nak baca pun rasa gelak dan muak.
Mungkin pada masa kini masih belum power tetapi pada masa yang akan dataag mungkin lebih baik.
Sekiranya robot AI ini sudah menemui input baharu dari pengguna dan arkib alam maya pasti manusia akan kalah juga.
Namun AI tidak boleh berfikir seperti manusia tetapi AI boleh menyusun fakta, data dan maklumat jauh lebih baik daripada kita.
Dijangka Google Bard akan menyaingi ChatGPT dalam perkara tersebut.
Persoalannya kini adakah manusia boleh terancam dengan perkembangan teknologi AI.
Sama-sama kita fikirkan.
Kita perlu tunggu dan lihat serta harus berwaspada akan kemungkinan gelombang AI dalam mendominasi kehidupan manusia.
Pastikan kita sebagai manusia tetap menjadi khalifah di muka bumi ini.
Boleh tahan puisi yang si AI buat.
ya memang boleh tahan..
boleh kalah manusia juga
puisi dari Google Bard tak try ke?😁
saya belum cuba lagi…nanti nak cuba juga tapi dalam English pulak
Terima kasih, Encik Hanafi, share puisi kopi oleh AI ChatGPT. 😀
Saya sedikit skeptikal, sebab sejenis old fashion. Entah-entah dia plagiat dari mana-mana.
Lagi pun, bapak AI sendiri menyesal buat AI. Dia kata, boleh bawa kemusnahan. Entah kenapa bila cakap pasal AI, saya teringat cerita lakonan Will Smith, dalam filem I-Robot. (2004). Scarry ok, kalau jadi macam tu.
Saya juga ada jumpa gambar marathon kucing di FB, dihasilkan oleh AI. Juga, gambar orang tua main skateboard, pun AI buat. Dia boleh mengadakan benda yang tak wujud.
Eh, terpanjang pula komen saya. 🙂
Nur recently posted…Happy birthday to me…
memang AI ini boleh bawa mudarat dan kemusnahan kepada manusia pada masa akan datang jika digunakan oleh insan yang berhati hitam.
AI sukar untuk dihapuskan kerana sekarang sudah dipelbagai dalam video, muzik, gambar dan sebagainya
Samalah… uncle pun penagih kopi… hehehe
nasib baik penagih kopi dan bukan penagih cinta hahaha
haha pantun chatgpt tak ikut nahu laa mr h
ya…pantun oleh ChatGPT belum lulus lagi hehehe
chat gpt pun berpuisi walaupun gagal😀..saya sejak dahulu penyuka dan penikmat kopi terutama kopi hitam..sejak ada lambung bermasalah tiga bulan lebih tak sentuh kopi..padahal suka kangen cium aroma kopi di seduh air panas
kopi memang sedap untuk diminum..
ok juga kalau tak minum kopi
ngak apa-apa
tapi tetap saja hasil penulisan AI itu tidak ada feel saat dibaca. terasa sekali robot. beda dengan tulisan/cerita/puisi yang ditulis manusia. kreatifitasnya ada, apalagi kalo based on pengalaman pribadi. akan terasa feel nya untuk pembaca :D.
Tau tak pe…
mana mungkin robot boleh gantikan manusia dalam semua aspek
Duh, asik banget foto kopi nya Mas…
Saya suka kopi hitam, kadang tidak pakai gula, kadang ditambah gula sedikit saja.
Kalau rumah kita berdekatan, asiknya kita menikmati kopi bersama di cafe terdekat.
Salam persahabatan,
Titik Asa recently posted…Keluarga Besar
Salam perkenalan…saya minum kopi untuk kasi idea menulis
Kopi yang tiada gula memang sedap juga
Sajak dia okay, tp pantun dia mmg xde rima. hehe. Dgn teknologi sekarang, kena pandai adjust juga la kalau nak guna bantuan medium mcm ni. Jadikan dia mcm pencetus idea. Dia karang, tapi kita kena adjust balik ayat biar karangan tu ada soul dan susunan ayat dia sedap didengar. Kadang2 kaku sangat dah mcm direct translation pulak bila baca. Cuma yg merisaukan AI la sebab boleh generate muka yg x pernah wujud. Orang kata boleh cetus fitnah. Hmm.
AI boleh membantu memudahkan urusan kita dalam karang mengarang tetapi jangan ambik bulat-bulat.
Betul tu…setakat mengarang artikel masih boleh diterima tetapi menggambarkan manusia yang tidak wujud alam video memang membawa kesan yang bahaya jika tidak awasi..