Bukan selalu saya ada cerita kedai kopi. Kadang-kadang dan jarang-jarang.
Seusai mengerjakan tanggungjawab rutin di masjid berdekatan, saya singgah di kedai kopi. Saya berseorangan.
Tiada kawan untuk lepak seawal pagi begini. Memang saya tidak biasa untuk lepak bersama kawan-kawan.
Saya tidak membawa gajet. Sebab itu tiada gambar selfie. Yang ada dompet nipis yang di dalamnya tidak begitu ada duit. hehehehe
Cerita Kedai Kopi
Sambil menunggu pesanan kopi o kosong dan roti canai telur, saya bermonolog. Otak saya merawang ke angkasa.
Eh bukanlah.Jauh sangat tu. Fikiran bawah sedar saya mula menerokai alam sebelah sana.Seram juga nie.
Saya mula melihat diri sendiri dari dimensi lain. Jauh dalam lubuk hati rasa amat bersyukur kerana diberi nikmat sihat, nikmat rezeki dan nikmat iman ( walaupun iman senipis bawang tapi dosa setinggi gunung ).
Saya tiada memiliki apa-apa pun yang boleh dibanggakan. Sekiranya ada orang menemui saya ketika ini mungkin rasa tersentuh hati kerana saya hensem.
Taklah. Bukan itu maksud saya.
Penampilan saya masih tidak terurus. Muka pecah rumah. Badan kurus melidi dan rambut sudah mula menipis. Siapa yang suka dengan lelaki begini ?
Setiap hari saya menapak perlahan-lahan mengheret kaki beralaskan selipar murah. Tak sanggup beli yang mahal. hahaha.
Saya tiada kenderaan tetapi saya selesa dengan keadaan sedemikian. Tak kisahlah orang fikir bukan bukan kerana saya tidak hidup berdasarkan pandangan orang.
Fikiran saya semakin nakal. Tak akanlah hidup berseorangan begini sehingga usia tua. Memang tahulah masuk kubur sorang-sorang tetapi selagi masih kuat zahir dan batin apa salah hidup berpasangan.
Malam rasa sunyi. Tiada teman untuk berbicara dan bercanda. Pagi pula sejuk. Tiada tempat untuk ‘pemanasan’ dan ‘senaman’.( jangan fikir bukan-bukan pulak walaupun ada gambar tilam dan bantal yang banyak seperti di bawah)
Lantas saya terus berdoa. Sekadar berdoa dalam hati. Tak akanlah nak angkat tangan seperti habis solat. Tak salah tapi agak pelik kalau di kedai kopi.
Saya berdoa untuk diketemukan dengan pasangan yang boleh memahami dan menerima saya seadanya. Diakui saya banyak sifat buruk berbanding sifat baik. Percaya tak ?
Jangan lupa tau bahawa berdoa adalah cara cari jodoh
Kalaulah dijodohkan dengan orang yang sama bidang, minat dan citarasa mungkin inilah dinamakan anugerah terindah buat saya.
Demi Allah, izinkan kita saling mencintai dengan ikhlas menuju ke Jannah Firdausi.
Aamiin.
Monolog saya berhenti di sini. Pesanan saya sudah sampai.Saya menikmati sarapan pagi tanpa berfikir-fikir apa lagi. Malah tak sempat pulak nak layan lagu Cerita Kedai Kopi
- kemas kini 1/7/22
Hehehe cari jodoh ke Mrhanafi ?
hahahaha…
soalan yang tepat dan padu.
nak jawap pun malu.
terbaek 🙂
terima kasih bro
Cari jodoh ke ? hehehe
ya…
cari jodoh.
malu apa bossku hahaha
baru nak tanya, kedai kopi yang mn 1?
biasanya penulisan saya tidak mendedahkan kat mana saya minum..
namti kena serbu awek hahahaha
kena cari blogger jugak la nampaknya..Jangan risau ramai blogger masih bujang tu.Hahah..
Diana Rashid recently posted…APA BARANGAN YANG KITA PATUT LETAK DALAM GOODIES BAG
boleh la kot..
perlu rajin blogwalking mungkin boleh jumpa hahahaha
apa yg mengasyikkan kt kedai kopi tu heheheh…
ingat kn dpt usha awek
tak delah..
khayal je semnentara tunggu makanan yang dipesan sampai..
blogger kalau berkhayal boleh jadi pemulisan artikel hahaha
Paling mengasyikan bermonolog sendirian sambil melihat matahari terbit.
ahmadyani recently posted…Rahsia Bagaimana Hasilkan Pendapatan RM1,500 Dalam Seminggu!
betul tuan..
berkomunikasi dengan diri sendiri sambil melihat panorama alam
Semoga dipermudahkan segala urusan dan pencarian bro..org kata, kalau nak cari jodoh di sekeliling tu, on WeChat masa minum di kedai kopi tu hehe
JMR recently posted…Peluang Jana Pahala Bersama Program Pure Heart Oleh Muslim Volunteer Malaysia.
aamiin..
masalahnya kualiti pengguna Wechat boleh ditpertikaikan hahahaha
saya doakan semoga ada jodoh yang terbaik untuk tuan. insyaAllah amin.
aamiin dan terima kasih
Saya membacanya kok jadi seperti bercermin ke diri saya sendiri, apakah nantinya ada jodoh.
Tapi tak mengertilah, semua jalan hidup itu rahasia Tuhan …, kita cukup menjalani dengan hati dan pikiran senang saja 🙂
mas jangan risau…
bersangka baik selalu dan positif…
semuanya akan jadi ok
semoga ketemu jodohnya…in shaa Allah,..berusaha!!
ya tuan…
usaha tangga kejayaan
insya allah mama doakan mr hanafi berjumpa dengan yang terbaik dunia dan akhirat
aamiin dan terima kasih atas doa yang begitu berharga sekali.
Masa single, saya selalu berdoa semoga Allah kurniakan suami yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat. Tak sangka Allah perkenankan walaupun suami saya tidaklah alim, tapi kami sama2 belajar mencari ilmu dunia dan akhirat. Allah Maha Pengasih pada hamba-Nya. Berdoalah selalu. Kalau bukan sekarang, in shaa Allah nanti Allah akan makbulkan.
aamiin..
Moga-moga jodoh kalian diberkati dan kekal bahagia hingga ke Syurga.
Ujian kehidupan tidak sama dan sebagai hambaNya wajar bersyukur dengan apa yang ada
tiba2 lagu Cerita Kedai Kopi terngiang-ngiang di telinga haha
anies recently posted…بندر سري بݢاوان بروني دارالسلام : ÙƒØ§Ù…Ú¤ÙˆÚ Ø§ÙŠØ±
lagu memang menghiburkan..