Sebetulnya mrhanafi bukan kaki wayang. Namun terdetik dalam hati nak bawa orang rumah menonton wayang secara berdua sahaja.
Sayangnya kesempatan yang ada tersebut hanya ada pada waktu malam.Itupun setelah anak-anak dah tidur. Mereka boleh ditinggalkan bersama sanak saudara yang sudah dewasa.
Sepanjang dua hari merancang. Ternyata perancangan tidak menjadi. Akhirnya hajat tidak kesampaian.
Pada hari pertama mrhanafi cuba menyuarakan hajat dengan berbicara secara lisan. Selain itu terus online untuk mencari jadual dan tajuk filem yang ditayangkan.
Hari kedua kami memutuskan untuk menonton Dilwale pada pukul 10 malam. Jadual tayangan ini adalah yang terakhir dalam hari tersebut.
Mrhanafi sudah mempersiapkan apa yang patut.Kini terpulang pada mrhanafi untuk terus beli tiket sebelum tayangan bermula.
Tanpa disangka-sangka plan itu dibatalkan. Keputusan untuk tidak jadi menonton filem Dilwale akan menjadi kenangan tak indah dalam hidup mrhanafi.
Biarpun Dilwale sendiri sudah disinonimkan filemberjiwa besar namun si penonton ini masih berjiwa kecil untuk melaburkan duit kepada hiburan.
Mana ada best kalau tengok sorang sorang.Jika berdua feelingnya lebih terasa.
Tentunya tidak adil bagi mrhanafi untuk menghebohkan sebab apa hajat tersebut tidak kesampaian.
Dalam banyak hal ada juga yang perlu disembunyikan supaya aib itu tidak membuka pekung di dada.
Mrhanafi akan merancang sesuatu yang lain untuk orang rumah.
Perkara yang jauh lebih baik agar kesempatan untuk masa berdua itu tetap ada. In Shaa Allah mrhanafi akan berfikir lebih kreatif untuk menceriakan suasana.
Biarlah Dilwale itu menjadi titik tolak untuk mrhanafi berfikir semula. Fikir melalui muhasabah diri agar lebih kerja keras dan berusaha jauh lebih baik mengejar impian.
Apabila dah berjaya mesti ramai yang akan suka.Hukum alam memang begitu. Manusia lebih suka pada hasil kejayaan berbanding proses untuk mendapat kejayaan tersebut.
Mrhanafi sangat akur bahawa apa jua perancangan yang kita buat hanya Allah SWT yang tentukan. Selagi ingat kepada falsafah ini maka hati kita lebih redha dan tenang untuk menerima apa jua keadaannya.
Dari sisi kehidupan yang lain pula, manusia yang berhajat kepada seuatu perlu meminta secara terus kepada Pemilik Semesta Alam.
Dia Yang Maha Memberi dan Maha Mengetahui kemampuan hambaNya yang soleh serta solehah.
- Kemas kini 7/9/23
nanti lain kali boleh tengok
Raihanah Ahmad recently posted…Kanak-kanak dan Masalah Peparu Pneumothorax
harap-harap macam tulah
sedih juga kalau hajat tidak kesampaian
Raihanah recently posted…Facial Di Rumah dan Spa Bergerak Gombak dalam Sinar Harian
tulah..apa nak buat..tahap kesungguhan mereka pada peringkat minimum..
Salam MrHanafi…. minggu lepas my wife dan anak2 ada ajak, saya tak pergi. Dorang saja yang pergi, mereka kata “Cerita Delwale memang best”.
TopSeoFriendly recently posted…MAA Takaful Cash Giveaway By Papaglamz
aduh tuan…lain kali mesti pergi ..kasihan anak dan isteri..kalau nak tak suka cerita boleh tidur dalam cinema..siapa yang tahu..he..he..
tak dapat tengok wayang pun tak apa..boleh tgk kat you tube je..ema pun tgk kat cd je,
pun boleh juga..cuma feel tu lain la..nak pegang tangan pasangan (sah) best dalam wayang
saya pun sama belum tengok lagi cerita dilwale nih… memang tak sempat.
zik recently posted…Keputusan penuh liga epl 13 dan 14 januari 2015
kalau bukan keperluan ..tak tengok pun tak pe..
mungkin boleh plan pada hari lain pulak?
cik tom recently posted…Gluastacol â Bantu Legakan Sakit Sendi Anda
boleh dan mungkin dengan orang lain pulak..he.he..
Beli dvd cetak rompak pastu tengok kat umah pun ok.. ehehe
Akim recently posted…Identiti Nofarahliya Dan Pemilik Kereta Mewah Lamborghini Yang Kemalangan
bukan yang cetak rompak la bro..he..he..
hahaha.. saya pun teringin nak tengok, tapi tak dek masa. asyik full je.
nak tgk yang download malas pulak nak download diatas faktor kelajuan internet malaysia ni. heheh
bukharimalek recently posted…Hati Hati Traveller! 10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
pergi la cinema bro..bawa cewek bro yang cantik-cantik tu..jangan cakap saya tak de kerana bro amat diminati oleh awek seluruh Malaysia
Takpe, nanti boleh buar surprise lain untuk wifey tersayang~
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Vitamin Shaklee Untuk Slip Disc atau Sakit Tulang Belakang
yalah kan ..nanti bawa suprise yang lebih gempak seperti bawa madu ke atau sebagainya
Tak apalah Mr Hanafi. Tak tengok di panggung, boleh je download & tonton di rumah. Jimat kos & dapat luangkan quality time bersama keluarga. Tapi, kalau masih nak tonton Dilwale lah. 🙂
tengok kat wayang feel dia ada lain sikit..lebih lebih lagi dengan pasangan
lama tak tengok hero heroin ini bergandingan semula cerita barukan huhu…asyik lama sahaja alahai..baru mesti gempak
ya..memang yang baru nampak gempak
Ramai sungguh peminat SRK dan Kajol ye, sampai sold out tiket
Noriza Rahman recently posted…Mudahnya Nak CANTIK, KURUS dan BERTENAGA dengan Protein!
he..he..cerita paling top sekarang ini
kalau rumah ada system cinema maka amat digalakkan..si suami dan si isteri boleh guling guling tanpa rasa malu dan segan
Wah…bro pon kempen cerita diwale nie…macam akan rugi kalo tak tonton nie…tapi bila mengenangkan sapa nak jaga anak2 sama laa bro…yerlaa nak beli couple seat jek..kalo ngan anak2 4th row sekali… 😀
p/s: takde2 sangat kena angkat kat astro first jek laa nanti… tengok midnight jek laa heh..feel sama mcm kat GSC? 😛
si bongkok recently posted…#Review Kerja Translator Jawapan Terbaik Bagi Yang Gagal Dapat Kerja
tengok tengah malam bersama isteri memang best bro..lebih lebih lagi kalau ada isteri terbaik dunia dan akhirat…patuh dalam bab yang tu…
p/s : terlepas pulak komen mengarut kan bro!
ada banyak masa lagi.
leh tengok nanti.
tak pun, tunggu hari raya la nanti.
titan recently posted…Reng De Tu Mohe Gerua, Raanjhe Ki Dil Se Hari Dua.
betul tu..tengok time raya pun boleh la
saya pun tengok..tapi bukan tengok monitor tv, tapi tengok isteri yang tengah tengok dilwale, minat sangat nak tengok dilwale..jiwaku bukan hindustane
wow..romantik sungguh bro..dapat pahala tu sebab tengok isteri dan bukan tengok Kajol
tak minat sangat melayan hindustan ni sebab tak larat nak layan lagu dia hahaha
sebab bro bukan berjiwa hindustani..he..he..he..