Kesan Perceraian Yang Memilukan Perasaan

Kesan perceraian cukup dahsyat.Kesan pada emosi kita tidak nampak.Namun mereka yang mengalami cukup tahu dan cukup faham.

Sebab itu perceraian adalah langkah paling akhir.

Selagi ada jalan perbincangan dan pintu kedamaian mengapa perlu melalui perceraian.

Lainlah kalau sebab perceraian itu melibatkan kes berat.

Soal agama, akidah dan akhlak.

Rata-rata punca perceraian hampir sama.

Tiada persefahaman. ( komunikasi tidak berkesan )

Masalah kewangan ( tak tahan hidup susah )

Masalah curang ( peranan orang ketiga )

Lafaz cerai atau talak tidak boleh main-main.

Perkara ini amat serius.

Natijah perceraian yang paling ketara kepada anak-anak.

Emosi mereka akan bergolak.

Bukan sehari dua.

Malah berbulan bulan dan mungkin sepanjang hidup mereka.

WAJIB BACA :   Hikmah Bersedekah Untuk Murah Rezeki

Bekas isteri juga trauma.

Anak-anak bersama mereka.

Kehidupan akan berubah 360 darjah.

Memang ramai yang kata, saya kuat dan saya redha.

Namun dalam hati sanubari merintih sayu dan pilu.

Kos sara hidup siapa yang akan membiayai?

Bersyukur sekiranya menemui bekas suami yang bertanggungjawab.

Mereka boleh menanggung nafkah anak setiap bulan.

Malah boleh berjumpa setiap minggu.

Tetapi curahan kasih sayang ketika keluarga bahagia dengan keluarga yang bercerai amat berbeza.

Bagi pihak bekas suami kesan penceraian seperti minimum.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang ada kerjaya dan rupa.

Sungguhpun begitu jauh dalam hati mereka akan rasa menyesal kerana berpisah.

Lebih-lebih lagi perpisahan yang dipinta oleh bekas isterinya.

WAJIB BACA :   Apa yang kita nak sebenarnya ?

Nak bersama hingga ke Jannah tetapi tidak kesampaian.

Sungguhpun begitu lumrah dunia.

Ujian kehidupan.

Tidak semestinya perceraian membawa derita.

Ada yang memberi sinar bahagia.

Mungkin bekas isteri hidup lebih aman dan selesa.

Pergerakan tidak terbatas dan boleh berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.

Bagaimana dengan anak-anak ?

Mereka tetap menjadi mangsa dari kecil sehingga dewasa.

Anak perempuan yang akan berkahwin perlu mencari wali yakni ayah kandung mereka.

Jika hilang dari radar bertahun lamanya mana lagi nak cari ….

Dalam persoalan ini pasangan yang bercerai akan berkata sudah tidak ada jodoh.

Mudah sungguh pulak bagi jawapan sedemikian.

Lebih sedih tanpa ada kesungguhan dan ikhtiar untuk bersama kembali.

WAJIB BACA :   Siapa Pengamal Media Sosial Profesional

Lebih kecewa jika tidak dberi peluang kedua.

Peluang untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Jangan apabila sudah terhantuk baru terngadah.

Andainya perceraian mampu diselamatkan melalui kuasa cinta, wajib baca panduan dalam buku

33 thoughts on “Kesan Perceraian Yang Memilukan Perasaan”

  1. SA setuju, masa anak kecil tak terasa sangat kesannya..masa anak dah membesar ni banyak nak kena fikir, nak plak diri sendiri sahaja bekerja kan..apapun ada hikmah semua ni terjadi…

    Reply
    • yalah kan…

      SA baru seorang..yang lain lebih ramai dari tu.

      pasti dugaan lebih juga..

      semoga kita ambil iktibar dan hikmah yang baik baik sahaja

      Reply
  2. betul tu.. semoga rumah tangga kita terpelihara.. kene saling memahami.. kene tau tanggungjawab masing2..

    Reply
    • ya kesian…

      sebaiknya anak-anak bersama ibu mereka kerana kasih sayang itu tidak sama dengan kasih sayang ayah.

      nak buat macam mana bila fikiran dan emosi sudah tidak berfungsi lagi.

      Reply
    • ambik konsep mudah.

      perceraian bukan permusuhan.

      ia cuma melepaskan ikatan suami isteri tetapi hubungan anak-anak samoai bila-bila

      Reply
  3. Penceraian memang meninggalkan kesan mendalam dalam diri mereka yang terlibat. Semoga mereka yang mengalami tabah dan sabar menghadapi. Sebab itulah juga sebenarnya kita digalakkan untuk bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

    Reply
    • betul tu..

      siapa yang belum mengalami perceraian wajar untuk memperbaiki diri agar lebih terlindung dari ujian begini..

      mereka yang sudah bercerai mohon bersabar dan bertanggungjawab kepada anak-anak yang sudah ditinggalkan

      Reply
    • saya berharap kepada pihak yang menuntut cerai..

      fikirkah anak-anak dan jangan fikir perasaan sendiri sehaja.

      bahagia dan cinta adalah proses.

      mungkin sekarang tidak bahagia tetapi tidak mustahil boleh bahagia suatu hari nanti

      Reply
  4. Ya Allah sedih pulak baca..teringat pada kakak ipar yang belum bercerai tapi duduk berasingan dengan suami. Tengok anak2 yang hilang kasih sayang ayah sebab kahwin dua sedangkan tak mampu..semoga Allah permudahkan urusan mereka..

    Reply
    • semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk menghadapi ujian ini..

      selagi dapat diselamatkan ..jagalah ikatan perkahwinan sebaik mungkin

      Reply
  5. Takde siapa nak kan perpisahan lagi2 bab bercerai ni. Selain dipandang serong, kesan pada emosi anak2 turut terganggu. Tapi kalau tu jln terbaik siapa kita nak halang. Kalau boleh berbaik spt abby abadi dan norman dah cukup bagus dah tu kan.

    Reply
    • Abby Abadi dan Norman adalah contoh yang baik kepda pasangan selepas perceraian.Mereka masih berkawan tetapi bukan suami isteri.

      Mungkin ini dinamakan takdir dan sesiapa yang melalui akan Allah anugerahkan kekuatan ..In shaa Allah

      Reply
  6. I understand divorce is not an easy thing. Parental divorce has a negative impact on children.
    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I’ll follow you back.

    Reply
  7. Saya selalu rasa kasihan dengan nasib saya yang mak ayah bercerai sejak saya kecil. Saya kena buat semuanya sendiri. Mak kena kerja sorang2 nak besar kan kami. Jadi kami kena duduk menumpang orang.

    Bila dah besar, jumpa ayah langsung tak de rasa apa.Macam jumpa orang asing. Rasa geram pun ada sebab..banyak la sebab nya.

    Pesan saya kat sesiapa yang bercerai jenguk2 la anak2. Jangan abaikan nafkah anak2 sebab anak2 ni tahu ayah dia hantar duit ke tidak.Peduli ke tidak dengan diaorang. kalau ex wife halang jumpa usaha la untuk jumpa jugak

    Bila anak2 dah besar dia boleh ingat sama ada ayah dia usaha ke tidak untuk jumpa dia. Yang ex wife pun tak payah la nak halang2 anak jumpa ayah. Berdosa putuskan hubungan anak dan ayah nya.

    Jangan sebab kita marah kat bekas suami, kita pi tambah dosa untuk diri sendiri. Kan sia-sia tu..

    Reply
    • komen ini touching juga..

      saya baharu saya faham bagaimana perasaan seorang anak akibat perceraian..

      haraplah ramai yang sedar perkara ini.

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge