Cara lupakan seorang ini pernah saya cuba.Inilah gara-gara saya berkenalan dengan awek cun di Facebook.Perkenalan kami terlalu singkat dan cepat.Dia datang seperti kilat dan pergi pun seperti kilat.Sehingga kini kami tidak berhubung lagi kerana saya dah kena block.hahahaha
Sungguhpun begitu saya berterima kasih kepada dia.Tak sangka dia telah perturunkan dua cara lupakan seseorang.
Saya hargai perkongsian tersebut dan saya kongsikan pula dalam blog ini.Mana ada manfaat untuk kita semua.
1.Banyak beristighafar
Istighfar adalah amalan seribu satu guna.Tidak dinafikan.Inilah cara yang terbaik.Cara paling ampuh untuk memastikan fikiran dan jiwa lebih tenang.
Ditakdirkan ada awek minta putus maka hati kita akan rasa tertekan.Jiwa gelisah dan perasaan berkecamuk.Buat apa nak meroyan dan feeling down lama-lama.
Ala.Awek je pun.Apa nak kisah sangat.Ada ramai lagi awek yang cantik dan menarik untuk didekati.Mereka ada yang sudi dan ada juga yang tidak sudi.
Lunrah dunia.Jangan pula kecik hati.
Cuba beristighfar.Banyak-banyak.Tanpa henti dan terus menerus.Insha Allah kita akan rasa lebih reda dan berlapang dada.
2.Jangan bersendirian
Ingatan kepada seorang akan menjadi jadi ketika kita bersendirian.Kita akan bermonolog.Untuk perkara baik tidak kisah,Ini tidak.Teringat pulak cerita kecewa dan putus kasih.Dahlah.Kisah yang lepas tu, janganlah dikenang lagi.Lagi dikenang merana diri.
Penyelesaian yang dikongsikan oleh kawan saya mudah.Jangan bersendirian.Jumpa orang.Jumpa kawan.Jumpa sesiapa sahaja sebagai teman untuk sembang yang positif.Tetapi awas, jangan pulak membawang.
Ketika bersama mereka kita boleh melupakan seseorang perlahan-lahan.Tidak mustahil walaupun sukar.Mana tahu boleh lupakan terus.
3.Cari pengganti
Hukum dunia ini sangat mudah.Siapa yang pergi boleh sahaja diganti yang baharu.Tidak perlu timbul satu dalam seribu.
Orang yang sudah tidak suka buat apa mahu kenang.Lepaskan dan ganti yang baharu.Tidak mustahil yang baharu itu jauh lebih baik dan lebih sesuai.
Amalkan sikap terbuka dan tidak rerlalu setia pada orang yang salah.Ia sama juga dengan konsep, satu pintu sudah tertutup maka ada 9 lagi pintu lain yang sentiasa terbuka.
Buka minda, hati dan perasaan.In shaa Allah dapatlah pengganti baharu yang padan.
Penutup
Cara melupakan seseorang ini kelihatan mudah namun tidak semudah yang kita fikirkan.Pernah orang kata.Kalau tidak mengalami sendiri mana tahu.Sebab itu buat dan amalkan.
Itupun terpulang dengan persepsi.Lagi cepat move on lagi cepatlah happy.
Barulah tahu power atau tidak.
Selamat beramal dan jangan lupa untuk baca pula 5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin
Betul tu, lupa memang mudah tapi parut luka tu ..ermmmm
Saya susah nak lupakan sesaorang …itu satu perangai yang susah nak saya buang …
hahaha..
bagus juga kalau tak lupa sesorang..
kalau jumpa pada masa akan datang akan senang ingat
Perpisahan itu terkadang ada hikmah disebaliknya yg kita tak tahu. Sebab Allah bagi pada apa yg kita perlu ,bukan yg kita hendak.
Perkongsian yg menarik.
ya..
ada kewajaran di situ.
alhamdulillah
Ala..pergi pun seperti kilat tu yang tak best tu..Hahaha..lain kali cari yang lambat seperti siput pulak ok..Hahah..
Tapi betul la tips yang dia bagi tu.. Istigfar banyak2..lepas tu jangan bersendiri. Ajak je la sesiapa berbual. Tak pun keluar joging petang2 join uncle untie bersenam sambil sembang2.
Kalau malam pulak layan filem ke drama ke.Tengok Kdrama. Kdrama biasa nya akan buat kita ketagih..Memula memang malas nak layan sebab diaorang ensem2 dan cantik2 .Kita akan rasa insecure ..Hahaha.. Tapi dah lama2 jadi best pulak.
ada pengajaran di situ.
easy come easy go.
hukum dunia semua ini.
not really serious la..
hahahaha
Betul !! Nak melupakan tu nampak macam mudah je tapi nak hilangkan parut tu yang susah. Sekali terkena aduiii sakitnya ku disini 🙈🙈
hahaha..
parut kat luar orang nampak.
parut dalam hati siapa yang tahu.
adeh…give me shoulder please
Saya sering sendirian, tapi bukan karena seseorang, melainkan karena gadget. Kira-kira mas solusinya apa ya, biar tidak terlalu bergantung sama gadget??
saya kurang suka gajet..
manusia yang betul lagi best mas hahaha
Dia bukan jodoh yang terbaik. Dan betul istighfar bukan saja dalam kesedihan malah setiap saat pun bagus dilazimi. Banyak kebaikan di sebaliknya.
ya..
saya juga berfikir begitu.
sesiapa yang datang dan pergi memang atas kehendak Allah jualah.
Berjumpa, berpisah adat kehidupan
ya…tuan,
setiap pertemuan ada perpisahan
buat benda yg kita suka. melancong ke shopping ke scuba ke… lama2 bila kita tenggelam dlm keseronokan, maka secara x langsung hal pahit tu dpt dilupakan sedikit demi sedikit
anies recently posted…بندر سري بݢاوان بروني دارالسلام : كامڤوڠ اير
wow..petua yang menarik.
boleh sangat untuk dicuba
Saya tambah lagi boleh? Saya buat time putus cinta dulu:
1. Doa dan bangun solat malam (yang ni buat hati jadi tenang).
2. Buang semua benda yang boleh ingatkan saya pada dia.
3. Join aktiviti (biar sibuk).
4. Cepat2 cari pengganti.
No 4 tu menjadi betul sebab saya dah kawen dengan si pengganti tu la sekarang 😀
hahaha…boleh sahaja .
semoga perkongsian awak nanti boleh memberi manfaat kepada orang lain…
terima banyak ye..
p/s: Saya suka no 4
Mine is, like the oldie saying: Time will heal your hurts..
Charlotte Gan recently posted…Flower Fun Brunch with Illy Ariffin ~ Discover Tanamera with Pure Natural Ingredients
hahahaha..that right.
i absalutely agree with you