Tanda jatuh cinta sangat istimewa untuk dibicarakan.Hampir semua insan yang ada perasaan mengalami senario begini.Tidak kira di mana mereka berada.Baik tua atau muda.Perasaan ini merentasi zaman dan benua.
Masa pantas berganti.Waktu cepat bertukar.Namun cinta dalam hati manusia tetap kekal hingga kiamat.
Ya, itu sebagai mukadimah dalam saya membicarakan tentang tanda jatuh cinta.Perlu saya ingatkan perkongsian ini cumalah pandangan umum. [Bukanlah merujuk kepada saya tau ! ]
Sebelum ini saya telah menulis artikel cara cari jodoh dalam tujuh siri.Boleh rujuk semula jika belum membaca.
Ironinya jodoh dan cinta adalah dua perkara yang saling berkait.
Table of Contents
Tanda Jatuh Cinta
Ada orang mementingkan jodoh dahulu sebelum datangnya cinta.
Ada juga mengutamakan cinta sebelum dijodohkan kerana beranggapan cinta adalah kunci kebahagiaan.
Mungkin betul.Mungkin tidak.Tiada jawapan yang tepat kerana persoalan ini adalah subjektif dan kreatif.hahahaha
Cinta bukan jaminan untuk bahagia.Apatah lagi dikatakan ramuan ajaib untuk mengikat jodoh sehingga ke jannah.
Cinta anugerah Allah kepada makhluknya dalam membajai kasih sayang.
Dalam cinta itu sendiri telah dipakejkan bahagia, rindu, derita, sengsara, ghairah dan seumpamanya.
Unsur-unsur cinta yang berorientasi gelora nafsu tidak kekal lama.Ada turun naiknya.
Unsur-unsur cinta yang didasari agama boleh bertahan lama.In shaa Allah hingga akhir hayat.
Gabungan unsur cinta nafsu dan agama bakal menjadikan pasangan mengalami kemuncak bahagia yang begitu indah dan mengasyikan.
Mungkin ini dinamakan cinta dan nafsu perlu seiring selepas pernikahan.Malah inilah point utama untuk dapat kebahagiaan hakiki dalam hubungan cinta.
Persoalannya bagaimana kita nak tahu tanda jatuh cinta yang sedemikian rupa.
Saya telah membaca beberapa artikel dari pelbagai web dan portal yang berkaitan demi merungkai persoalan ini.
Dari situ saya telah mengabungjalinkan tanda jatuh cinta seperti di bawah ini :
1.Saling bertegur sapa
Kita makhluk sosial.Kita memang berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.Kita mungkin saling bertegur sapa.
Namun bagi mereka sudah diresapi perasaan cinta, ternyata komunikasi agak berbeza.
Pasti dirasai keserasian, keseronokan dan ketenangan bila ada tindakbalas dari keduanya.
Bukan setakat itu mereka akan sering berhubung melalui apa cara sekalipun.Mereka ingin sentiasa dekat.
Perbualan tentang diri masing-masing dan perasaan saling mengenali semakin tinggi.
Jika beginilah keadaannya memang sah anda sudah jatuh cinta baik secara sedar atau tanpa sedar.
Jangan menafikan lagi kerana perasaan itu tidak mungkin boleh disembunyikan.
2.Sudah mula ada perasaan cemburu
Orang kata cemburu tanda sayang.Betulkan.Yang tak betulnya cemburu membuta tuli atau cemburu buta.
Perasaan cemburu wujud kerana keinginan untuk memiliki.Perempuan cemburu apabila mendapat tahu bakal jodohnya ada orang lain cuba potong ‘line’.Begitu juga dengan lelaki akan rasa cemburu apabila mendapati bakal jodohnya sudah beri laluan kepada orang lain.
Cemburu ada baiknya.Dari situ kita dapat petanda si dia sudah ada hati dengan kita.Cewah !
Penyelesaian terbaik dengan menjaga diri agar tidak terlalu cemburu atas perkara yang tidak pasti.
3.Selalu memuji dengan penuh ikhlas
Pujian yang diberikan adalah ikhlas.Bukan berlakon atau disengnajakan.Si dia memuji kita kerana sifat dan nilai kebaikan yang kita ada.
Bahkan ada pujian yang diberikan seperti tidak masuk akal.Semua ini hasil bibit-bibit cinta yang hadir dalam hati mereka.
Biasalah ketika dalam mood bercinta, segala keburukan akan nampak kecil.Malah tak nampak langsung pun ada.
“Gula-gula apong ditangga kedak cokelat juak bah.”
Tidak hairan kalau ada pujian tinggi melambung dan menggunung.
Hebat tak tanda orang yang jatuh cinta ini ? Hehehehe
4.Mengambil keputusan untuk berumahtangga
Tanda jatuh cinta yang betul betul tulus ialah bersedia untuk berumahtangga.Selagi belum ada isyarat untuk ikatan yang sah maka hubungan sedemikian sekadar teman tapi mesra.
Bila hati sudah suka.Bila hati sudah nekad.Bila cinta sudah mengunci jiwa dan perasaan tiada halangan lagi untuk menyatakan sumpah setia untuk berumahtangga.
Mungkin ramai yang terpedaya dalam situasi begini.Ada yang terlalu berharap.
Janji manis dimulut namun tidak mengotakan adalah kezaliman emosi.
Lupakan makhluk begini kerana mereka tidak serius.Cinta memang cinta namun dikaburi nafsu semata-mata.
Bak kata orang habis manis sepah dibuang.
5.Tidak boleh melupakan seseorang
Perkara biasa untuk mereka yang tengah dilamun cinta.Bila cinta sudah bertapak dalam hati sanubari, ingatan akan terpateri.
Pada ketika itu fikiran berada di awang-awangan.Emosi berbunga-bunga dan senyuman sampai ke telinga.
Fulamak!
Setiap masa dan ketika akan asyik terkenang kenang.Muka berbayang-bayang.Kenangan ketika berjumpa dan bersama begitu dekat sekali.
Orang tua-tua kata sudah mabuk kepayang dan angau la tu.
Kalaulah begitu keadaannya maka sah sudah tanda jatuh cinta.
Penutup
Tanda jatuh cinta masih banyak lagi sebenarnya.Cuma saya tidak mengulas lebih lanjut.
Saya nak pembaca rujuk sendiri ilmu cinta dalam >>
jatuh cinta tu memang indah tuan lagi2 pada yang halal kan. cinta kan anugerah Tuhan untuk hambanya. tp cinta paling utama pada Dia dan kemudian rasulNya.
alhamdulillah..
nilah yang dicari ..
mudahan jumpa nanti.
mmg betul ada banyak lg tanda2 nya tu, banyak n pelbagai lg hehehe
hahahaha…
yalahkan ..
orang otai katakan.
yeee…sebab ada tanda2 jatuh cinta ni la saya cepat2kan kahwin dengan ex boyfriend saya…skang dia suami saya..gituhhh
alhamdullillah…
semoga bahagia hingga je Jannah
Alhamdulillah, tak lama lagi merasa lah nak makan nasik minyak ni 😀
hahahaha..
takdelah..
itu semua bayangan dan khalayan sahaja.
kalau betul..alhamdulillah.
siapa2 yg baca ni n ada tanda2 tu hulurlah kad jemputan ya
anies recently posted…My #SaturdayVibes @ The Hyacinth Cafe, Saville Melawati
saya belum ada tanda-tanda lagi nie..
harap ada pembaca la kot