Stori mencari cinta sejati yang admin tulis sebelum ini mendapat respon kawan-kawan.Admin ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan dan dokongan moral yang terbaik.In shaa Allah admin akan guna pakai mana yang sesuai dan berkenan dalam hati.
Dalam artikel ini admin akan kongsikan stori disebalik tabir penulisan artikel yang agak peribadi.Bukan bertujuan membuka pekung di dada.Apatah lagi memburukkan mana-mana pihak baik pada admin sendiri atau pada mereka yang berkenaan.
Sebelum menulis…cinta sejati
Admin kekeringan idea.Akibat tiada idea yang mantap dan bernas maka stori tersebut pendek sahaja.Jumlah perkataan cuma 150.Tak kurang dan tak lebih.
Sejujurnya ketika menulis stori mencari cinta sejati admin betul-betul sebak.Admin menangis dalam diam.Air mata menitis laju membasahi pipi yang kini semakin menampak kedut usia tua.Sebak menjadi jadi dengan alunan lagu yang mendayu-dayu dari suara serak basah oleh Cakra Khan.
Sayu dan pilu.
Pada ketika itu terlintas dalam hati untuk batalkan sahaja penulisan tersebut.Lama juga admin merenung laptop tanpa berbuat apa-apa.Renungan kosong.Fikiran kosong.
Namun admin paksakan diri untuk terus menulis.
Selepas menulis….
Admin terus tersungkur di tasik madu.Semangat yang dulunya kental dan tabah.Akhirnya goyah.Tidak bermaya waima untuk mengukir sekuntum senyum.Nasib baik belum ada awek.Kalau ada pasti dia juga merajuk sama.
Selang berapa hari kemudian.Barulah ada rasa pulih dari pergolakan perasaan dan emosi.Admin hampir tidak terdaya untuk menahan rasa kesedihan.
Sebab.
Hubungan 16 tahun hidup bersama bakal diakhiri dengan perpisahan.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Admin tiada pilihan terbaik kerana hati masih terluka.Sayangnya luka terlalu dalam sehingga proses penyembuhan mengambil masa yang cukup lama.
Walau apapun alasanya, anak-anak menjadi mangsa keadaan.Mereka tidak bersalah.Mereka terlalu muda untuk memahami erti redha dan sabar kepada ujian dunia.
Admin akur dan akui.Mungkin khilaf sendiri.Mungkin silap dia.Tidak mustahil juga kekhilafan dan kesilapan kedua belah pihak.Semoga kesalahan tersebut diakui untuk dijadikan pedoman pada masa yang akan datang.
Penutup
Akhirnya stori mencari cinta sejati siap juga namun mengajak pembaca untuk mendoakan admin agar terus tabah dan bersangka baik terhadap ketentuan Illahi.
Dari sudut lain pula, inilah peluang untuk admin menemui cinta sejati yang lebih baik seandainya takdir demikian rupa.
Wallahualam.
Wah kenal juga sama chakra khan, penyanyi indonesia. Aku malah suka sama lagu-lagunya khai bahar, suaranya enak di dengar.
hahaha..
saya peminat Chakra khan kerana suaranya yang serak -serak basah..
khai bahar adalah penyanyi yang tidak kurang hebatnya dalam Youtube..dan smule
Berat mata memandang…berat lagi bahu yang memikul…jika pengakhiran sedemikian yang harus bro lalui, laluinya dan permudahkan urusan ini sebaik mungkin…dan harap ikatan anak dan ibu bapa terus kukuh walaupon akan tidak lagi sebumbung….. 🙁
p/s: Namun jika ada ruang kemaafan demi kelangsungan kehidupan anak utk masa hadapan…berusahalah utk menyelamatkannya…ini doa serta harapan dari saya – sahabat blogger yang mengenali en hanafi di alam maya….ameen
p/p/s: Wang bukanlah segalanya..namun tanpa WANG juga hidup boleh merana jua… 🙁
terima kasoh bro..
jika dari sisi demikian memang saya mahu menyelamatkan keadaan
namun dari soal asas yakni hati dan perasaan rasanya ruang untuk kembali semakin terhad.
tidak dinafikan wang adalah faktor terkuat dalam kehidupan ini lebih-lebih lagi dalam pengurusan rumahtangga.
namun jika belum rezeki bagaimana mungkin kita memprolehi dalam masa yang sangat singkat
terima kasih atas doa dan harapan semua
walaupun pahit, terpaksa ditelan jua…semoga tuan admin tabah..
time to move on…in shaa Allah, time will heal everything…
masih ada ruang sebenarnya..
namun ruang itu semakin hari semakin mengecil..
in shaa Allah try to move on
admin sebak teringat kisah lama nih
mohon bertabah
in shaa Allah.
saya tetap tabah
Bila saya sedang tak ada idea memang betul rasa kesal tu pasti muncul, tapi pun misal tak jadi menulis kekesalan tadi makin bertambah. Jadi serba salah juga, disatu sisi kering idea tapi di sisi lain masih ada yang perlu diutarakan agar yang mengganjal dalam hati dan pikiran hilang.
kalau dah dalam keadaan begitu paksa sahaja untuk terus berkarya
ya..
itu yang sebaiknya.
thanks
Banyak cerita yang bisa diambil pelajaran
semoga mendapat banyak kebaikan
cuma itu yang bisa tuliskan sebagai pemikiran setelah membaca tulisan di atas
ambil sahaja dari sudut positif..
yang negatif kita tinggalkan
harap bro hanafi terus tabah demi anak2.. mereka masih muda h=utk hadap semua ni
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik A Quiet Place
saya boleh tabah menghadapi ini semua..
cuma rasa kasihan sahaja dengan anak-anak terutama yang masih bongsu.
ada logik juga ..
tanpa kesedihan tidak akan wujud kegembiraan.
cinta hubungan dengan jodoh yang menjadi ketentuan Tuhan
itulah yang saya tengah fikirkan..
perancangan Allah itu lebih hebat
Move on bro… Nanti ada jalan lain yang lebih baik
ya..
sekarang masa untuk move on..
Moga admin terus tabah. InsyaAllah apapun di sebalik yang berlaku mesti akan ada hikmah.
Kauthar mohd recently posted…Tentang Saya
in shaa Allah.
sekarang tengah masa untuk cool down
semangat broo !!
ya..
saya cuba bersemangat la nie
Ya Allah mama baru baca ni.. tabah ye. Setiap Yang berlaku pasti Ada hikmahnya. Yang penting sentiasa berdoa Allah kiatkan semangat Dan teruskan hubungan baik dengan x Dan anak2
in shaa Allah.
saya terus berusaha untuk kuat semangat dan menjaga hubungan yang baik dengan mereka