Ramai orang berkeinginan untuk menjadi orang berjaya.Namun masih ramai lagi yang belum berjaya menjadi orang berjaya.Tentu ada rahsia di sebalik ini semua.
Mengapa ini terjadi ?
Adakah orang berjaya itu satu takdir yang telah ditentukan ?
Adakah orang berjaya milik orang tertentu sahaja ?
Inilah persoalan yang selalu berlegar dalam minda saya sekarang ini.
Bagaimana menjadi orang Berjaya dengan cara yang paling praktikal ?
Bukan sekadar teori.Bukan sekadar testimoni
Tetapi cara yang betul-betul berkesan untuk menghasilkan “success result”.Ada bukti yang boleh dipercayai dan diyakini.
Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan bos besar tempat saya bekerja.Beliau pecahkan rahsia mengapa beliau boleh berjaya dalam segala lapangan yang diceburinya.
Sebagai orang yang nak berjaya dan ingin menjadi orang berjaya seperti beliau tentulah saya cukup teruja untuk mengetahuinya.
Menurut beliau, ada dua perkara yang mesti ada dalam mindset untuk berjaya.
Table of Contents
Orang berjaya
Tentulah saya percaya kerana kejayaan beliau sudah dibuktikan depan mata saya sendiri.
Lainlah kalau saya sendiri yang bercakap dan kejayaan pula belum nampak batang hidungnya. ( kejayaan untuk tackle awek hehehe ).
Saya teruskan.
Ada dua mindset orang berjaya menurut bos saya.Rasanya semua orang boleh menteladani mindset atau mentaliti ini jika ingin berjaya dalam apajua bidang yang diceburi.
1.Bekerja dengan teruja
Dalam bahasa popularnya ialah “do the job or task with passionate.”
Bak kata Tuan Afnan Rosli, buat sesuatu dengan “soo good” sehingga orang lain tidak dapat “deny” hasil kerja kita.
Bos saya kata, bekerjalah dengan penuh teruja setiap masa.Dengan bekerja cara begini kita tidak akan rasa letih dan jemu untuk melakukan dari hari ke sehari.Malah boleh melakukan sepenuh hati dan buat sehabis baik.
Menurut bos lagi, beliau sentiasa bekerja tanpa rasa letih dan jemu.Bahkan beliau sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu dengan terbaik.
Apa impikasinya ?
Sudah tentu kejayaan lebih cemerlang berbanding orang kebanyakan yang ada di muka bumi ini.
Saya juga mengakui fakta ini.Saya banyak membaca kisah orang berjaya.Mereka teruja dangan apa yang mereka lakukan tanpa kenal erti penat lelah.Mereka melakukan sesuatu yang mereka sukai umpama rehat sambil bekerja atau bekerja itu rehat.
Malah ada yang sudah bertaraf jutawan tetapi masih lagi bekerja kerana mereka bekerja kerana minat dan keghairahan yang tidak boleh bawa bincang lagi.
Jadi tidak hairan, mereka ini semakin hari maka semakin kaya.
2.Sentiasa berfikiran positif
Saya kaitkan rahsia bos saya dengan teori oleh Bob Proctor, seorang pakar motivasi dunia.
Bob Proctor kata kejayaan sebenar dipengaruhi oleh :
5 peratus = strategi
95 peratus = mindset
Ya.
Mindset yang bagaimana mana boleh membentuk orang berjaya ?
Berbalik pada topik ini.
Tentulah pemikiran positif.Mereka melihat setiap perkara buruk ada hikmah yang baik.
Agama Islam sendiri mengajak umatnya untuk sentiasa ada harapan positif.Ada husnuzon dan yang paling penting jangan berputus asa dalam kehidupan ini.
Bos saya kata lagi, beliau sentiasa melihat sesuatu perkara dengan pandangan positif.Tidak perlu untuk mengeluh atau resah tanpa sebab yang jelas.
Penutup
Izinkan saya untuk menggunakan kata-kata ini,
“sudah terang lagi bersuluh” .
Lihat sekali lagi.Rahsia orang berjaya adalah bekerja dengan teruja dan sentiasa berfikiran positif.
Ada dua sahaja.
Tentulah amat praktikal untuk kita praktik dalam kehidupan setiap hari.Dua ini sahaja sudah cukup dan jika hendak lebih pun boleh.
Sebab orang berjaya tidak cakap sahaja.Mereka buat apa yang mereka kata.
Pembaca pula bagaimana ?
Harapan saya semoga kita semua ada keinginan dan kesungguhan untuk berjaya
*Kemaskini 10/2/2020
tidak syak lagi, memang ini antara ciri utama…
itu sudah semestinya…
moga kita tergolong juga dalam orang yang berjaya
insya allah akan mama ingat ni tq mr h for sharing
alhamdulillah..
moga ianya bermanfaat
fuh rahsia hebat ni
sebenarnya banyak lagi rahsia hebat..
cuma dua rahsia ini amat praktikal untuk diamalkan
suka baca entri ni! 2 sikap ni kalau cakap, kita semua memang tahu..tapi sangat mencabar untuk mempraktikkannya. Semoga kita semua berjaya seperti bos tuan
JMR recently posted…Tak Rugi Baca: Nasihatkan Pemimpin Yang Bermewah-mewah.
ya tuan..
semoga kita diberi kekuatan untuk beramal sungguh-sumgguh
sangat lah setuju dengan point ni. kalau tak, takleh la nak berjaya kan ^_^
umi nazrah recently posted…Ibu Hamil Tidak Boleh Pakai Produk Krim dan Serum Muka?
betul tu..
siapa yang mampu beramal in shaa Allah boleh berjaya nanti
Nice sharing… Teman setuju dengan point yang di kongsikan dalam entry nie…
alhamdulilah..
terima kasih dan moga kita diberi kekuatan untuk beramal
bunyi formula mcm mudah
in sha Allah semoga semua berjaya dunia dan akhirat
Sharminie Zainul Abidin recently posted…Kadar Dividen ASB dan Bonus 2019
aamiin …
mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua
Perkongsian yg baik utk renungan dan panduan buat kita semua. Moga kita juga tergolong dikalangan org2 yg berjaya di dunia serta akhirat.. aamiin.
aamiin dan terima kasih tuan..
moga ianya bermanfaat
Terima kasih atas panduan ini
sama-sama bro..
semoga ianya bermanfaat
betul sekali…
ya..
moga ianya bermanfaat..
bekerja dengan teruja memerlukan kita punya minat yang mendalam pada kerja kita..
sunah sakura recently posted…Wordless Wednesday: Richiamo Coffee UTM Johor Bahru
sayangnya tak ramai yang jumpa dengan kerja apa yang mereka sukai dalamm hidup ini
Betul tu.. untuk berjaya bukan senang. tp kena buat apa yg kita minat dan sentiasa bersemangat..
Nurhidaya Mohamed recently posted…Kenangan Semalam Olan Cover
tulah..
moga-moga kita ada kekuatan untuk melakukan pada tahun yang akan datang ini
Insyaallah. mudah mudahan begitulah hendaknya…
Nurhidaya recently posted…Aku Dalam Teka Teki (Lirik) Wann Cover
ua..betul tu.
moga bermanfaat hendaknya