Artikel Bulan Ramadan Berbentuk Cerita

Bulan ramadan kembali lagi untuk tahun 2018.Seperti tahun yang sudah-sudah tentunya bulan Ramadan membawa banyak cerita berbentuk nostagia dan kenangan terindah.Admin akan rakamkan dengan penulisan dalam blog admin.

Cerita admin akan berkisar kepada ragam bersahur,berbuka dan terawih.In shaa Allah admin akan menyoroti cerita-cerita begini sebagai pengisian minda dan penambahan iman.

Semoga cerita yang baik dijadikan ikutan dan cerita kurang elok dijadikan sempadan.Yang wajarnya admin suka berkongsi cerita untuk pembaca.Harapan admin pula agar pembaca suka akan cerita tersebut biarpun gaya penceritaan tidaklah sehebat manapun.

artikel bulan ramadhan

Artikel ini ditulis sehari sebelum menyambut Ramadan 2018.

Pengumuman berpuasa pada 17 Mei 2018 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pasti disambut penuh gembira.

WAJIB BACA :   5 tips memikat hati wanita agar mudah tergoda

Admin seronok apabila kedatangan bulan Ramadan.Seronok untuk mendapat peluang berdoa pada masa mustajab sepanjang bulan puasa.Lebih afdal lagi ketika berbuka puasa.

Doakan admin jadi orang kaya dan berjaya meletak diri sebaris dengan orang kaya.In shaa Allah ingin sekali menjadi orang kaya yang beriman dan bertakwa.

Dah kaya tentunya mudah untuk menempah pakej fotografi perkahwinan.

In shaa Allah.

Ketika admin makan tengahari di restoran ternyata cukup sibuk.Ramai sungguh membuat persiapan akhir mengenyangkan perut.Sudah pasti tibanya bulan Ramadan perut akan sentiasa kosong sebaik sahaja tengahari sehingga waktu berbuka.

Pusat membeli belah juga sibuk.Masing-masing berpesta membeli barangan keperluan untuk sahur dan berbuka ketika Ramadan.Begitulah normalnya budaya orang Malaysia menjelang Ramadan.

WAJIB BACA :   Lampu Kereta Biru Kembali Bersinar

Admin pula macam biasa.Cuma terkenang dengan keluarga serta anak-anak.Nasib baik anak anak sudah semakin besar.Kehilangan ayah mereka dari ‘radar keluarga’ tidaklah begitu terasa.Mereka sudah faham.Sebelum ini ayah mereka telah ‘diabaikan’ secara tidak langsung,Bukan suatu yang luarbiasa untuk mereka.

Alhamdulillah.

Redha sahaja apa yang berlaku dan admin terus fokuskan minda untuk membina semula kehiduapan.Semoga bulan Ramadan ini bakal memberi harapan baharu.Kebetulan pula ada kerajaan baharu.

Hidup ini tidak semestinya diisi dengan perasaan muram durja.Kehidupan tetap diteruskan  demi mencapai impian menjadi orang kaya di dunia dan akhirat.

Jadi sempena kedatangan bulan Ramadan dan juga hari Guru, admin mengucapkan selamat hari Guru dan selamat menjalani ibadah puasa buat pembaca semua.

WAJIB BACA :   Rambut panjang gaya lelaki masa kini

Jumpa lagi.

14 thoughts on “Artikel Bulan Ramadan Berbentuk Cerita”

Leave a comment

CommentLuv badge