Lampu Kereta Biru Kembali Bersinar

Sudah beberapa hari lampu kereta biru buta sebelah mata.Alhamdulillah lampu kereta biru kembali bersinar.Mrhanafi juga berharap ada sinar juga menerangi perjalanan Hero Borneo Team  yang kini menjadi promosi hangat dalam media sosial.

IMG_20160426_092320

Lampu kereta merupakan bahagian yang sangat penting.Cahaya lampu diperlukan ketika waktu malam.Waktu siang pun boleh dinyalakan ketika hari hujan terutama semasa hari hujan.Rasionalnya untuk tujuan keselamatan.Bayangkan tiada cahaya lampu tatkala kereta meredah kepekatan malam.Pasti tidak akan ke mana-mana.

Atas sebab keselamatan dan keperluan mendesak telah menerbangkan sejumlah wang mrhanafi.Tak la mahal sangat.Cuma tersentap juga kalau gaji lambat lagi.Mrhanafi ingatkan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian untuk mengurus bajet kewangan sebijak yang mungkin.

WAJIB BACA :   Pengalaman di Klinik Kesihatan Jalan Masjid

Sediakan bajet tunai kecemasan minimum RM50.Jika ada bajet lebih lagi bagus.Jangan guna wang selain dari kecemasan.Jika terpakai ganti balik sewaktu hari gaji pada bulan hadapan.Bahkan jangan kasi pinjam dengan orang sekalipun jika tahu seseorang itu jenis lambat membayar hutang.Lebih baik tidak memberi hutang dari putus kawan kerana tidak bayar hutang.

Ternyata dengan bajet kecemasan ini memberi kemudahan untuk mrhanafi membayar kos menggantikan lampu yang telah terpadam.Kini lampu sudah menyala demi menyinari perjalanan waktu malam.Hampir setiap malam kami menyelusuri jalan di Kota Samarahan atas urusan tertentu.

{sekilas pandang}

Selain dari menggantikan lampu depan,pada bulan Oktober 2016 ini juga telah menelan bajet yang tinggi untuk kereta biru.Tempoh memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan berlaku dalam masa yang sama.

WAJIB BACA :   Tarikh 7.7 berhantu untuk kaki shopping

Namun mrhanafi tidak perlu gusar kerana sumber pendapatan kedua sedang pergiatkan sekarang ini.Malah berharap kejayaan tersebut boleh dimanfaatkan pada mereka yang memerlukan.

Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s : Sekarang tengah harga runtuh untuk servis promosi dalam laman mini Anda Berimpian Kami Laksanakan.

24 thoughts on “Lampu Kereta Biru Kembali Bersinar”

  1. Kereta putih kami ni pon banyak pakai duit sekarang.. Dengan aircond rosak, nak bayar roadtax & insurans lg bln depan ni, nak servis lagi.. Dah repair aircond hari tu tapi rosak balik.. Mau melayang lagila nih $$$.. Sobs! T_T

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge