Pengalaman di Klinik Kesihatan Jalan Masjid

Klinik Kesihatan Jalan Masjid berada di tengah bandar raya Kuching. Mudah dihubungi dan senang ditemui jika anda baharu pertama kali untuk pergi ke sini.

Saya berpeluang untuk berada di klinik Kesihatan Jalan Masjid kerana ingin mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Temu janji ke klinik ini saya buat pada 8 Oktober 2021 dan pada 12 Okober 2021 diberi peluang untuk berjumpa doktor.

Ada beberapa SOP yang perlu dipatuhi untuk mendapat rawatan di klinik Kesihatan Jalan Masjid.

Pertamanya buat temu janji melalui telefon 082-427 110.

Setelah mendapat tarikh yang telah dipersetujui baharulah dibenarkan untuk ke klinik tersebut.

Mungkin SOP semasa Covid-19 dan sebelum ini saya tidak pasti adakah SOP yang sama digunapakai.

Ini cerita saya..

Tepat jam 10.00 pagi saya sudah terpacak depan klinik.

WAJIB BACA :   Amalan tarik rezeki yang mudah

Sebelum masuk dihendaki imbas suhu dan ditanya beberapa soalan skema.

Sudah tentu jawapan saya juga skema. Namun memang jawapan betul dan jujur.

Saya pergi ke kaunter pendaftaran dan dihendaki bayar RM1.

Klinik Kesihatan Jalan Masjid

Sungguh beruntung rakyat Malaysia kalau buat pemeriksaan di klinik kerajaan. Murah dan jimat.

Setelah mendapat angka giliran, saya pergi ke Zon 1. Tidak lama selepas itu angka giliran pun sampai. Wah cepat sungguh.

Rasa macam di klinik swasta pulak. Perkhidmatan yang cepat dan pantas.

Masuk sahaja ke bilik rawatan, saya menemui pegawai perubatan wanita. Masih muda dan cantik.

Setelah ditanya beberapa soalan dan direkodkan kenyataan, saya diperiksa tekanan darah. Selepas itu diperiksa telinga saya yang bermasalah gatal dan hilang pendengaran beberapa hari sebelum ini.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna telefon Oppo A5 2020

Menurut doktor tersebut, tiada masalah besar dan tiada infeksi kuman. Setelah mendengar penerangan doktor baharulah saya menarik nafas lega.

Alhamdulillah.

Semasa berada di kaunter farmasi Klinik Kesihatan Jalan Masjid, sekali lagi saya ditanya soalan skema.

“ Adakah saya alergik makan kacang? “

Sudah pasti saya berkata tidak kerana kacang adalah makanan paling digemari sejak zaman kanak-kanak lagi.

Setakat ini tiada kesan buruk makan kacang kecuali muka cepat berjerawat sewaktu zaman remaja dulu-dulu.

Sekarang memang jarang kerana saya sudah mengamalkan kapsul halia hitam dan minum susu halia hitam yang pertama di dunia iaitu Vtameen  .

Halia hitam bagus untuk kawal hormon dan Vtameen pula bermanfaat untuk kesihatan kulit, rambut dan tulang.

Akhirnya, saya diberi ubat Cerumol yang hanya perlu dititiskan ke dalam telinga dua kali sehari selama lima hari.

Kesimpulan

Semasa berada di Klinik Kesihatan Jalan Masjid saya dapat mesej yang jelas.

Kesihatan adalah aset paling berharga. Hargai nikmat sihat dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat.

Jalani kehidupan yang aktif dengan bersenam dan sentiasa bergerak ke sana ke sini.

Percaya atau tidak dengan pertanyaan ini — > Boleh ke awet muda dengan bersenam. Jawapan ada dalam artikel tersebut.

Tidak lupa juga, saya berbesar hati untuk memberi hadiah istimewa untuk anda. Boleh rujuk dalam artikel –> Hadiah menarik menanti anda semua

Jumpa lagi..

  • Kemas kini 25/12/22

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge