Boleh ke awet muda dengan bersenam?

Awet muda dengan bersenam bukanlah perkara mengejutkan. Memang ada orang yang sudah membuktikan secara nyata. Jika kurang percaya boleh baca artikel ini sampai ke penghujungnya.

Bersenam tidak dikhususkan dengan hanya jogging di jalan raya atau mengangkat besi di gymnasium. Bersenam dengan melibatkan pergerakan aktif seperti mengemas rumah, berkebun dan sebagainya juga amat digalakkan.

Tujuan utama bersenam untuk mengeluarkan peluh dan memastikan organ badan manusia sentiasa aktif.

Dalam memahami konsep tersebut boleh rujuk artikel rahsia Tun Mahatir kekal sihat.

Sebelum itu saya ingin berkongsi cerita menarik dengan apa yang berlaku pada 10 Oktober 2021.

Majlis Penyerahan RP REDEMPTION 

awet muda dengan bersenam

Majlis berlangsung di HQ Volten International dengan kehadiran Grup CEO, Tuan Ismail Che Ani bersama isteri. Sudah tentu bersama para penerima yang sudah berjaya.

Penerima RP tertinggi pada majlis tersebut ada empat orang ejen dengan kejayaan menebus wang tunai RM100 ribu secara percuma dari syarikat.

Ada tak syarikat yang sudi memberi percuma wang yang begitu banyak kepada ejen mereka ?

Inlah rezeki orang yang bekerja keras, konsisten dan komitmen tinggi untuk menyebar kebaikan dalam bidang kesihatan.

WAJIB BACA :   Isteri berpantang suami menahan geram

Makan malam sup tomyam ayam

awet muda dengan bersenam

Cuaca pada petang 10 Oktober 2021 memang panas lit lit. Tidak senang duduk saya dibuatnya.

Saya merancang untuk shopping demi merasai nikmat sejuk penghawa dingin dalam pasar raya. Saya ubah fikiran pada saat terakhir kerana tidak tahu apa yang mahu dibeli pada hari tersebut.

Pelan B pulak berjalan. Saya ambil keputusan untuk pergi makan malam dine in di restoran yang berhawa dingin. Menu yang saya pilih tomyam ayam dengan air lemon panas kosong tanpa gula.

Dulu-dulu saya suka makan makanan yang bergoreng. Selera saya kini berubah kepada makanan yang ada sup, kurang berminyak dan kurang pedas.

Makanan ini lebih sihat dan dalam masa yang sama boleh menjadikan kita lebih muda dari usia.

Kenapa?

Tak percaya ya..

Rasanya itulah sahaja perkongsian saya tentang apa yang berlaku pada 10 Oktober 2021.

Sekarang kita ke topik perbincangan sebenar yakni awet muda dengan bersenam

Awet muda  rezeki yang besar pada seseorang. Bayangkan anda berumur 60 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun.

Ini bermaksud usia anda sudah diawet 20 tahun daripada angka sebenar.

Bagaimana kalau anda berumur 40 tahun tetapi masih segak dan tampan seperti berumur 30 tahun. Ia bonus keajaiban untuk lelaki.

WAJIB BACA :   Sembang kopi O peng bersama teh peng

Bagi wanita, awet muda adalah anugerah terindah kerana mereka berjaya mempertahankan kecantikan untuk jangka masa yang cukup lama.

Lagi-lagi kalau sudah menjadi isteri orang, tentulah suami tidak akan mengerling wanita lain di luar sana.

Betul ke ?

Persoalannya kini bagaimana awet muda dengan bersenam boleh menjadikan lelaki kekal tampan walaupun sudah berusia dan wanita pula kekal menawan walaupun sudah berumur.

Jom kita teruskan pengembaraan ilmu yang menarik ini..

Awet muda dengan bersenam

awet muda dengan bersenam

Berjalan kaki merupakan senaman yang bagus untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja. Dalam dunia fitness dikenali sebagai briswalking.

Senaman ini sangat mudah kerana kita hanya perlu berjalan kaki. Terpulang untuk berjalan kaki dengan perlahan atau cepat.

Kalau saya memang suka berjalan cepat dengan langkah yang laju dan pantas. Kadang-kadang perlahan juga untuk menikmati keindahan alam.

Briskwalking membolehkan otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh dengan lebih baik. Darah yang mengalir lancar memastikan anda kekal sihat dan boleh nampak muda untuk sekian lama.

Selain berjalan kaki, anda boleh melakukan senaman aerobik, zumba, poco-poco dan taichi. Lagi seronok kerana ada iringan muzik yang rancak. Dalam bersenam dapat berhibur juga.

Secara tidak langsung kesihatan terjaga dan emosi pula enjoy. Gabungan gerakan yang mengeluarkan peluh dan muzik yang mengembirakan akan tubuh badan serta minda yang sihat.

WAJIB BACA :   3 punca penyakit buah pinggang…nak selamat wajib baca info ini !

Orang sihat akan sentiasa kelihatan muda.

Berat badan sangat berperanan untuk kekal sihat . Sebaiknya dapatkan BMI yang ideal.

Tidak gemuk dan tidak kurus. Bak kata orang yang sedang-sedang sahaja.

Jika terlalu kurus akan kelihatan tua dan jika terlalu gemuk pula mengundang pelbagai kompikasi kesihatan.

Sekali lagi solusi untuk mengatasi masalah ini dengan senaman.

Hanya senaman boleh membakar kalori yang tidak diperlukan badan kita.

Kalori yang berlebihan akan membentuk lemak dan berkumpul bawah perut terutama kepada lelaki yang sudah berusia. Ditambah pula dengan kemerosotan kadar metabolisma.

Penutup:

Awet muda dengan bersenam sudah saya buktikan sendiri. Ramai orang kata saya seperti lelaki 30-an sedangkan umur sebenar saya dalam lingkungan 40-an.

awet muda dengan bersenam

Saya amalkan senaman seperti jogging dan briswalking, makan secara berhemah dan mengambil suplimen produk dari Volten International.

Setiap malam saya minum dua sachet Vtameen iaitu susu halia hitam yang pertama di dunia.

 

Setiap hari saya mengambil minimum dua kapsul halia hitam sebagai booster tenaga dan pelindung auto imunisasi badan.

awet muda dengan bersenam

Berita baik, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan satu sachet Vtameen kepada pembaca yang bertuah.

awet muda dengan bersenam

Saya harap ada pembaca yang serius untuk tahu kebaikan dan manfaat Vtameen dalam menjaga kesihatan tahap optimum. Untuk itu saya bagi secara percuma dan diposkan secara percuma juga.

Maklumat lanjut boleh Whatsapp saya segera:  013-4841910

Comments 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge