Inilah muzik suruh mata mengantuk..betul ke ?

musik suruh mata mengantuk

Antara percaya dengan tidak dikatakan ada muzik suruh mata mengantuk. Untuk mengujinya saya pasang muzik Marconi Union – Weightless

Jujurnya saya tidak yakin bahawa muzik tersebut boleh menyebabkan saya mengantuk.

Bahkan proses hipnosis juga tidak masuk kepada saya kerana ada sebab-sebab tertentu.

Saya pasang guna earphone dan akhirnya saya akui muzik Marconi Union – Weightless memang tidak memberi apa-apa kesan sama ada mengantuk atau rileksasi seperti yang didakwa.

Menurut Wikipedia muzik Marconi Union – Weightless didakwa boleh mengurangkan rasa stress sehingga 65 peratus.

Muzik ini release pada 16 October 2011 yang berdurasi lapan minit.

Ia dihasilkan melalui gabungan bunyi gitar dan piano serta beberapa elemen yang entah apa-apa.

WAJIB BACA :   7 Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat (Edisi kemas kini)

Laporan daripada portal psychiatrist.com menyatakan muzik Weightless ini terapi kepada mereka yang ada masalah yang berkaitan.

Tempo muzik ini ialah 60 beats per minute iaitu boleh memperlahan denyutan jantung orang dewasa supaya badan lebih tenang jika dalam keadaan stress.

Portal Independent pula mendakwa muzik Marconi Union – Weightless digunakan untuk menenangkan pesakit yang bakal melalui prosedur pembedahan.

Mereka menambah muzik yang suruh mata mengantuk ini boleh mengurangkan kerisauan, kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Kalau anda bagaimana pulak, percaya atau tidak.

Cuba layan di Youtube bawah ini.

Muzik suruh mata mengantuk

12 thoughts on “Inilah muzik suruh mata mengantuk..betul ke ?”

  1. Dengar macam ala ala tak boleh lelapkan mata je. Ce cuba try lagu spa. Lagi la mengantuk lagunya. Siap boleh tertidur bila terapis mengurut.

    Reply
  2. saya dah dengarkan, tapi sama lah bang, tak buat mengantuk 🤣. atau mungkin Krn saya dengar sambil mengerjakan sesuatu, jadi memang tak berefek langsung 🤭.

    tapi memang saya susah untuk mengantuk jika belum masuk jam tidur saya. tak mempan jadinya mendengar musik macam inipun

    Reply
  3. Oh, baru tahu tentang adanya muzik sebegini. Memang low la beat dia, 60bpm saja.
    Saya punya ubat mengantuk apa, tau, Encik Hanafi, cari movie di Netflix untuk ditonton. Bila jumpa, play. Tak sampai 10 minit, mesti dah kroh kroh… 😀

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge