Senaman jalan kaki bakar kalori

Senaman jalan kaki bakar kalori merupakan tajuk yang mudah difahami.  Senaman ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Baik mereka yang sudah menghadapi masalah berat badan atau mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang ideal.

Senaman jalan kaki tidak memerlukan kos yang tinggi.

Senaman jalan kaki tidak menggunakan peralatan yang mahal.

Kalau ada sekalipun, ia satu pilihan dan bukan kewajipan untuk senaman berjalan kaki.

Sekiranya ada wang lebih lagi bagus kalau membeli mesin treadmill.

Boleh buat senaman tanpa mengira masa.

Siang atau malam.

Baru-baru ini saya ada membaca satu artikel Bahasa Inggeris tentang kebaikan berjalan kaki untuk membakar kalori.

Jom kita telaah artikel tersebut dengan saya menterjemah beberapa point penting yang berkaitan.

Senaman jalan kaki bakar kalori

Senaman jalan kaki bakar kalori
Gambar hiasan

1.Berjalan santai

Dengan berjalan santai selama 30 minit akan membakar 105 kalori.

Kelajuan berjalan santai dalam 2 mph.

Sambil berjalan kaki sambil berzikir pun bagus juga.

2.Berjalan pantas

Kaedah berjalan kaki cara ini agak pantas sedikit berbanding casual walking.

Sebanyak 140 kalori akan terbakar.

Kelajuan untuk berjalan pantas sekitar 3.5mph.

Pengalaman sendiri yang pernah buat senaman berjalan pantas boleh mengeluarkan sedikit peluh.

3. Berjalan laju

Berjalan laju agak mencabar.

Kelajuan dalam 4.5mph manakala 185 kalori akan terbakar dengan berjalan laju.

Ia sesuai untuk mereka sudah berada pada tahap fitness yang stabil.

4.Berjalan lebih laju

Sudah terang lagi bersuluh bahawa berjalan lebih laju seakan-akan berjogging.

Kelajuan yang dicatatkan sekitar 5mph.

Ia membakar 220 kalori.

Anda akan tercungap-cungap apabila belum biasa untuk melakukan senaman jalan kaki seperti orang berlumba ini.

Kesimpulan

Senaman jalan kaki bakar kalori ini sudah terbukti berkesan.

Kini terpulang kepada anda untuk memilih aktiviti berjalan kaki atau membiarkan sahaja kalori berlebihan dalam badan.

30 thoughts on “Senaman jalan kaki bakar kalori”

  1. betul berjalan kaki adalah olahraga merakyat,murah meriah,ada anjuran untuk terus melangkah sebanyak sepuluh ribu langkah perhari..betulkah?

    Reply
  2. Salam sehat selalu Mr…

    Ini olah raga yang rutin saya lakukan setiap pagi. Minimal 30 menit kalau sedang ada urusan penting. Tapi seringnya selama 60 menit.
    Beberapa kali saya ambil data pakai aplikasi pedometer, ketemu angka bahwa 30 menit saya berjalan equal dengan 2 km. Demikian dengan berjalan santai.

    Salam persahabatan selalu.
    Titik Asa recently posted…Sarapan Pagi ber-Ketupat Sayur PadangMy Profile

    Reply
  3. nak kembalikan momentum mcm dulu rajin berlari sana sini tu dah agak payah skrg… so solusinya setiap hari parking jauh2 supaya dpt berjalan at least 200 langkah setiap pg…

    Reply
  4. Saya pergi kerja, hari2 jalan kaki dari stesen LRT ke pejabat. Dari stesen LRT ke pejabat lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki. so consider saya exercise lah pagi-pagi kalau macam tu kan..hehe..

    Reply
  5. Briskwalk org nunggah nektok… hehehe… mun ada digital watch pun bagus dpt moniter brp step kita sehari… mun mmg set timing ms briskwalk agik bagus dpt nangga performance dirikpun… kmk pun lmk dh x briskwalk… setakat trn nait tangga di opis ajak nektok

    Reply
  6. Hanafii …. artikelmu ringan tapi faedahnya berat. He he …. saya setiap pagi habis subuh keluar musala langsung jalan kaki 1 km. Alhamdlillah masih kuat. Di usia ke 70 tahun saya masih kuat naik 6 anak tangga bawa jemuran.

    Reply
  7. Lepasni bolehlah kongsikan senaman yg kita boleh buat hanya melalu kerja2 rumah..menyapu ke..mop…nak thu juga berapa kalori boleh turun

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge