Punca Kepada Sindrom Kurang Idea

Salam dan selamat sejahtera. Sesekali sekala memang akan ada berlaku. Saya dan blogger yang lain pasti menghadapi sindrom kurang idea.

Puas fikir itu dan ini. Idea tak juga muncul-muncul. Saya akhirnya gagahkan diri untuk bertenang dan menulis sahaja apa yang terlintas diminda.

Tujuannya supaya momentum menulis itu sentiasa ada.

sindrom kurang idea

Apa yang perlu andaย  dilakukan apabila berhadapan dengan situasi ini. Sudah pasti jangan terlalu risau atau panik tak tentu pasal. Dulu teman sekerja pernah berpesan.

“Hanafi jangan fikir sangat tentang idea. Nanti idea datang la bila hati dah tenang.”

Ada betulnya kata-kata dia walaupun dia bukan blogger macam saya. Setelah ditelusuri dengan mendalam saya membuat kesimpulan terhadap punca sindrom kurang idea seperti di bawah ini.

WAJIB BACA :   Pengembaraan marhaen dari Samarahan ke Miri

1.Kurang membaca

Kurang membaca maka kurang idea. Tepat sekali. Idea tak berkembang.

Daya berfikir berkurangan. Tambahan pula itu kesilapan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Siapa yang rajin membaca sila angkat kaki.he..he..sekadar bergurau.

2.Kurang mood menulis

Mood memang faktor utama kerana menulis dengan perasaan berbeza cara menulis bersandarkan fakta.

Mood menulis boleh ke laut dan boleh juga naik mencanak ke langit. Perg! Ayat power nie. Kegunaan ayat power untuk cerita dalam bab Cara Buat Duit.

3.Jiwa kurang tenteram

Selagi kita bergelar manusia maka tak akan boleh lari dari masalah. Jiwa tidak tenteram besar pengaruhnya kepada kehidupan.

Bukan setakat untuk menulis blog sahaja. Dunia bekerja pun sama.

WAJIB BACA :   Bertuahnya Dapat Minum Air Lemon Panas

Idea akan datang jika sudah ada ketenangan dalam diri.

4.Masalah belum selesai

Punca kepada jiwa kurang tenteram kerana rentetan masalah belum selesai. Ia bagaikan adik beradik.

Akar umbi kepada masalah mesti diselesaikan. Jika tak ia seperti bom berangkai. Tak putus-putus.

5.Lumrah seorang manusia

Dalam banyak perkara inilah menjadi sandaran utama saya.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT. Kita perlu pertolongan Allah SWT waima untuk mencetus ilham atau idea.

Mesti ingat DIA setiap masa dan ketika.

{Sekilas pandang}

Punca kepada sindrom kurang idea boleh diatasi jika kena dengan caranya. Terpulang kepada cara masing-masing.Saya lebih suka berehat buat seketika .

WAJIB BACA :   Seminar Penulisan Melangkaui Kebiasaan bersama Shahren Yusri

Tidur atau mandi ataupun berjalan dengan santai diluar rumah. Kalau tak pun tegur anak gadis jiran sebelah he..he..he..

Tindakan memaksa diri sendiri terutama diluar kemampuan masa dan keadaan bukan sesuatu yang bijak.

  • Kemas kini 24/9/24

24 thoughts on “Punca Kepada Sindrom Kurang Idea”

  1. Saya setuju. Kadang-kadang kita dah pun mula menulis, di pertengahan jalan pula idea melarikan diri. Dikejar-kejar hilang tak berjumpa, bersembunyi entah di di mana…

    Reply
  2. Ini juga antara perkara yang kadangkala melanda diri ambe.
    Susah nau nak dapat mood and timing menulis.
    Kalau dah mula susah pulak nak benti. Heheheh…

    Reply
  3. bro pun tau saya ada 2 blog satu personal dan satu buat duit ebook. Yang personal macam kelaut sikit dan memang kurang idea, tp minat beralih kepada buat duit, so blog ebook tu la selalu saya ada idea nak buat, hehehhee

    Reply
  4. itu perkara biasa.. heheh
    tapi untuk akademiblog.com saya selalu tulis nota, atau bende penting apa yang kena update di blog.

    masa idea datang terus salin dekat nota kecil..
    hehehhe

    Reply
  5. NO 4 selalunya akan buat saya tak boleh nak menulis..kdang2 sebab fikir tengahari nak masak apa je…selagi tak selesai tu selagi tu la tak de mood nak update blog..kalau buka pun tak tahu nak update apa sebab fikiran ke lain..masalah besar tau tu..ekekke

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge