Kisah gadis cantik ini pasti membuka mata ramai di kalangan kita. Bukan kerana kecantikan tetapi kerana kecekalan. Kecantikan gadis ini memang diakui.
Tiada sesiapa yang menafikan.
Disebalik kecantikan paras rupanya ada sesuatu yang membuat saya kagum.
Gadis ini kuat kerana mampu mengangkat simen yang seberat 50kg seguni.
Dia angkat simen dan saya angkat besi dalam gym.
Namun perjuangan dan matlamat kami berbeza.
Dia bekerja untuk mencari rezeki manakala saya pula beraktiviti untuk kesihatan.
Yang pasti badan kami akan keletihan dan kepenatan yang sukar digambarkan.
Siapa dia gadis cantik yang mempunyai senyuman menawan ini ?
Namanya Nur Aini.
Aini seorang pelajar dalam jurusan pendidikan di universiti.
Aktif pula dalam bidang persilatan.
Tujuannya bekerja sebagai pengangkat simen kerana ingin membantu kedua orang tuanya yang memang menyambung rezeki dengan cara demikian.
Bukan Aini sahaja, tetapi tiga orang adiknya yang lain pun sama membantu.
Penglibatan Aini sebagai pengangkat simen ini sejak tahun 2013 lagi.
Jika dicongak sudah 10 tahun Aini membanting tulang dan mengerah tulang empat kerat biarpun dilakukan secara sambilan.
Sebagai kesimpulan, saya menyelami dan memahami bahawa mereka insan terpilih kerana diuji dengan memcari rezeki dalam bidang 3D ( dirty, dangerous dan difficult).
Bersyukur anda kerana bekerja dalam bilik berhawa dingin dan tangan pula sibuk mengetuk papan kekunci komputer.
Kisah gadis cantik
Kisah penuh inspirasi ini boleh anda tonton dalam video di bawah :
Kagum dengan semangat dan kecekalan anak2 muda macam ni. Semoga dia akan berjaya dalam pelajaran dan dapat keluar dari jurang kemiskinan.
ya…memang ada potensi dia akan berjaya kerana semangat dan usaha yang hebat
UIsh! Kuatnya!
Uncle angkat tangan mengalah!
Kita sudah berumur uncle tak macam tenaga orang muda lagi
saya angkat anak pun mengah haha
kalau anak sudah 10kg…memang boleh tahan juga beratnya
Kuatnya dia. Saya mampu angkat beras 10 kilo je.
Nur recently posted…Azam baru
Kalau sudah biasa…Puan Nur pun boleh angkat 50kg
Apa saja demi rezeki yg halal.. beruntung org tuanya.. dah la kacak, pandei gik ya.. semoga dipermudahkan urusan duniawi nur aini tok
Yalah tek…hasil didikan yang bagus…anak jadi terbaik buat orang tuanya
itulah kehebatan seorang perempuan…bisa melakukan apapun seperti para pria😁 selain cantik paras, pandai,plus badan pun sehat,bayangkan 10 th jadi pengangkut semen …woow
badan dia jadi kekar dan besar..
kesan angkat benda yang berat
memang hebat👍👍👍kekuatan dan semangat dia sangat sangat💪semoga segala usaha dan keikhlasannya diberkati dan membuahkan hasil
betul tu…tidak semua sanggup buat apa yang dia sanggup lakukan
50kg itu lebih berat dari berat badan saya sendiri bang, hanya 43kg saja. hehehe. Masya Allah kiranya Allah memberi keberkahan bagi gadis ini dan adik-adiknya
berat badan 43kg adalah normal untuk wanita
tapi angkat berat 50kg itu lura biasa kuatnya