3 sebab pergi gym yang lawak mencuit hati

Saya ada sebab pergi gym yang seakan-akan lawak. Gym tempat orang bersenam. Angkat besi. Tarik besi dan macam-macam lagi. Lama-lama jadi urat dawai tulang besi.

Penglibatan saya ke dunia gym sudah masuk bulan kedua. Tentu ada sebab saya masuk gym. Dulu saya malu nak pergi gym. Saya paksa diri dan ada sebab saya pergi.

Namun sebab saya pergi gym kedengaran lawak. Realitinya tak la lawak sangat. Saje jer yang buat lawak hehehe.

Sebab pertama: Nak hilangkan perut boroi

Lelaki perut boroi memang lawak aka lucu. Bukan orang lain. Saya la orangnya.  Ada orang kata macam suami mengandung tiga bulan yang tidak akan beranak sampai bila-bila.

Dengan pergi gym, saya berusaha mengurangkan perut boroi. Yalah kan..angkat besi guna banyak tenaga. Kalori berlebihan dibakar. Inilah kelebihan pergi gym.

WAJIB BACA :   Beli Tetikus Untuk Keperluan Kerja

Setakat ini perut boroi saya sudah berkurang 25 peratus. Tak perlu saya nak tunjuk gambar. Risau ada orang muntah hijau. Rupanya lawak sangat hahaha.

Sebab kedua : Nak hilangkan rasa sunyi

Saya kembali hidup solo sekarang ini. Ia bukan pilihan saya dan saya akui takdir Illahi. Tiada anak-anak di sisi dan orang tua pula tinggal berjauhan.

Jadi pergi gym, saya boleh hilang rasa sunyi. Timbul pulak rasa seronok. Ramai orang sihat di gym. Badan sasa dan besar-besar. Meriah sungguh suasana angkat besi ramai-ramai.

Ada juga wanita cantik tetapi mereka agak seksi. Saya tak mau cerita lebih, Risau pulak kalau ramai lelaki yang pergi gym sekadar nak tengok wanita cantik. Pergi gym bukannya nak angkat besi. Silap hari bulan benda lain yang terangkat.

WAJIB BACA :   Ucapan Selamat Tahun Baharu 2016

Tips ke gym untuk wanita bagi saya ,mudah sahaja..pakailah pakaian selonggar yang boleh dan warna gelap. Jangan dedahkan lekuk tubuh yang memancing para lelaki pulak.

Ok. Cukup.

Tak sangka perasaan sunyi merupakan cabaran hebat buat lelaki solo macam saya nie hehehe.

Harap lepas doa pembaca saya dipermudahkan dapat teman hidup yang baharu, Doa jangan tak doa. Ingat doa itu gratis guys hahaha.

Sebab ketiga : Nak hilangkan dari dunia online

Saya bekerja 100 peratus online. Jadi bila saya masuk gym, saya tidak bawa telefon. Saya offline terus selama mana saya berada di sana.

Dalam masa tersebut saya betul-betul fokus untuk angkat besi. Tiada panggilan telefon, tiada Whatsapp dan Facebook. Sebab itu saya tidak ada gambar selfie di gym. Saya tidak bawa telefon.

Selama sejam atau lebih ataupun kurang, dunia offline begitu nikmat rupanya. Saya lupa sementara apa yang berlaku di dunia online.

WAJIB BACA :   Selamat Datang Tahun 2017

Suka saya ingatkan, saya pergi gym semasa luar waktu bertugas. Bos dan rakan sekerja sudah faham. Jika saya tidak dapat dihubungi luar waktu bekerja makna saya tengah dating dengan teman wanita cantik di gym.

Eh bukan. Saya tengah fokus dengan latihan angkat besi di gym. Ini alasan yang betul-betul punya.

Kesimpulan

Saya pernah tanya sebab mereka pergi gym. Rata-rata mereka kata nak sihat, pergi gym untuk kurus dan minat. Itu sebab masing-masing. Terpulanglah kerana mereka pergi gym ada tujuan dan hala tuju sendiri.

Lagipun bayaran masuk gym tidak mahal. Tiada isu membazir untuk tujuan kesihatan. Yang penting minat, kesungguhan dan keyakinan bahawa gym menjadi tempat untuk orang sihat sepanjang hayat.

Bila badan sihat kita berusaha mengelakkan diri dari mangsa virus corona. Virus ini tidak nampak di mata tetapi berbahaya kepada mangsa.

Itu sahaja…dan jangan segan-segan untuk teruskan bacaan artikel bawah ini:

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge