Pertama kali jejak kaki ke Sekolah Seni Malaysia Sarawak

Sekolah Seni Malaysia Sarawak merupakan sekolah yang khas dan istimewa. Di Malaysia cuma terdapat lima buah sahaja iaitu di Masai, Kuala Lumpur, Perak dan Sandakan serta Kuching.

Penubuhan Sekolah Seni Malaysia untuk mengembang luas potensi dan bakat pelajar dalam dalam bidang seni dan kreatif selaras dengan  sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.

Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni Malaysia

Pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini  mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.

Terdapat 4 bidang pengajian bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari & Teater manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 & 5) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

WAJIB BACA :   Apa Azam Blogger Tahun 2016

Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sebarang maklumat lanjut sila layari https://essem.moe.gov.my.

Namun ketika artikel ini dicoretkan permohonan sudah ditutup untuk sesi tahun 2024.

Pengambilan pelajar adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara dan  pengambilan pelajar hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja.

TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang berbakat dalam bidang seni wajar memohon masuk ke sekolah yang berasrama ini.

Syarat yang dikenakan juga cukup mudah dan yang penting ada minat dan bakat dalam bidang yang berkaitan.

Teringat saya ketika zaman sekolah dulu. Saya pernah memegang watak utama atau hero dalam pementasan teater.

WAJIB BACA :   Telefon hilang kerana dicuri, apa perlu anda buat ?

Kami berlatih selama dua bulan setiap malam untuk menjayakan lakonan teater tersebut. Alhamdulillah ketika pementasan dilangsungkan kami berjaya lakukan dengan cukup baik dan hebat.

Ketika itu pementasan teater ada tiket masuk dan tidak ingat lagi berapa jumlah bayaran. Apa yang saya ingat habis pementasan teater kami dijamu makanan yang enal-enak.

Kepuasan amat terasa apabila dengar bunyi tepukan gemuruh para penonton serta ucapan tahniah daripada kawan-kawan.

Berbalik kita kepada cerita yang berkaitan tajuk pulak.

Pada hari Ahad sekitar jam 2.30 petang, saya berpeluang untuk menghantar anak saudara sepupu balik ke asrama Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching.

Jujur itu pertama kali saya menjejak kaki ke situ dan melihat pemandangan sekolah yang cukup indah. Bangunan teratur dan persekitaran pula berbeza dengan sekolah biasa.

WAJIB BACA :   Cerita Ada Makna

Wajar dalam hati saya berkata, Sekolah Seni Malaysia Sarawak  atau juga dikenali sebagai SSeM Sarawak boleh melahirkan insan berketrampilan dalam bidang seni yang penuh keindahan, kreativiti dan hebat dalam penggunaan otak kanan.

Oh, ya. Anak saudara sepupu saya ini sangat berbakat dalam penghasilan lukisan komik. Sesuai juga dia masuk ke sekolah seni.

Kartun dan komik yang pernah dilukiskan memang ada nilai komersil yang tinggi. Sayangnya saya tiada kesempatan untuk ambik gambar hasil karyanya.

Apa-apapun sama-sama kita doakan agar dia berjaya dalam dunia seni yang penuh kreativiti ini.

Aamiin.

 

36 thoughts on “Pertama kali jejak kaki ke Sekolah Seni Malaysia Sarawak”

  1. sekolah seperti ini memang wadah yg pas untuk anak”yang punya bakat dan seni, bersyukur sekali jika bisa ada kesempatan menempuh pendidikan buat mengembangkan minat dan bakatnya, semoga anak saudara sepupu nya bisa sukses dan terus berkreatifitas.

    Reply
  2. Wow.. pelakon teater rupanya ktk dolok ooo?? kmk first time jejak kaki ke sekolah seni ria masa taklimat petugas undi… taklimat di audi di sia… ingatkan dkt area rampangi ajak duhal nait ke atas atas nun agik… hahaha

    Reply
    • Alhamdulillah…bakat la sikit berlakon teater cuma sik ambik serius jak

      rasanya kedak jauh juak sekolah seni tok mun dari Samarahan

      Reply
  3. Betul..kalau ada anak-anak yang minat lebih ke arah bidang seni & kreatif, memang bagus masukkan ke sini sebab boleh kembangkan lagi bakat..Biasa dengar sekolah seni ni yang di Perak..Tak tahu ada cawangan juga di Sarawak & beberapa tempat lain…

    Reply
    • Ya…ada 5 cawangan di Malaysia termasuk sabah dan Sarawak

      para pelajar yang kreatif perlu dikembangkan bakat mereka supaya sebang nak dapat kerja dalam apa-apa jurusan yang berkiatan

      Reply
    • Dia ikut kelas biasa untuk sesi pago tetapi sesi petang mereka mereka dalam dalam bidang yang diingati…anak saudara tu belajar Seni Visual

      Reply
    • Betul tu Abam Kie…tidak semua yang berminat dalam bidang akademik..minat seni teruskan dan mereka boleh berjaya dalam bidang tersebut

      Reply
  4. Semoga gerangan yang dihantar ke sini terus berjaya dalam kehidupan dengan bakar yang dimiliki..Saya pun tak pernah sampai sana lagi 🤩 Nampak bersih Dan selesa tempatnya yaaa

    Reply
  5. dulu saya berharap dikasih bakat dalam bidang seni, tapi rasanya memang tidak lah 🤣🤣. jadi sekarang ini hanya sebagai penikmat seni saja, terutama seni lukisan, dan seni musik.

    Seandainya anak2 saya ada bakat di bidang ini, sayapun tak keberatan utk memasukkan mereka di sekolah seni, supaya bakatnya makin terasah

    Reply
  6. Wah, Encik Hanafi pernah berlakon teater rupanya. 😀
    Bagusnya ada sekolah macam ni. Saya tak tahu pun akan kewujudan sekolah seni ni. Sekolah sukan, saya tahu.

    Reply
    • Waktu muda-muda memang sanggup lagi buat benda seni begini tapi bila sudah tua begini memang tak larat dah.

      sekolah seni sudah lama tapi tak popular seperti sekolah sukan, SBP dan MRSM

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge