2 tanda paling ketara lelaki lansia

lelaki lansia
Gambar hiasan

Lansia adalah istilah yang digabung daripada perkataan lanjut usia. Penggunaan istilah ini cukup popular di Indonesia yakni sama ertinya warga emas kalau di Malaysia.

Umur lansia dalam anggaran 60 tahun ke atas ataupun sehingga ke hujung nyawa.

Lelaki lansia

Izinkan saya berkongsi pandangan peribadi berkaitan lelaki lansia dengan santai dan bersahaja.

Tanda lelaki lansia yang pertama ialah boroi, buncit atau onepack

Hormon mereka sudah menurun sangat. Kadar metabolisme sangat rendah.

Walaupun bukan semua, lelaki yang sudah lansia tidak segagah dan sehebat zaman muda.

Tanda kedua lelaki lansia ialah rambut botak tengah atau depan atapun keseluruhan.

Bukan sesuatu yang pelik kerana rambut begitu adalah tanda lansia yang biasa.

WAJIB BACA :   Wira yang tidak didendangkan

Tiada apa yang perlu dimalukan lagi.

Awek muda yang cantik pun tidak tergiur melihat lelaki lansia kalau hanya bermodalkan paras rupa semata-mata.

Lainlah lelaki lansia yang berharta, kaya dan hebat iman mereka.

Lagipun zaman muda sudah berlalu dan era kegemilangan sudah berakhir.

Mungkin ketika dalam zaman muda dahulu mereka ada gaya. Bahkan ada juga yang cukup istimewa sehingga menjadi rebutan serta dambaan ramai wanita.

Saya perasan kawan-kawan yang sebaya dan seusia sudah mulai boroi  dan botak

Tidak hairan kerana mereka menuju lansia dalam beberapa tahun yang akan datang.

Jadi apa yang perlu dilakukan jika sudah menginjak lansia.

Sudah tentu perbanyakkan bersyukur kerana Allah SWT sudah memberi kesempatan untuk mereka hidup hingga ke usia demikian.

WAJIB BACA :   Nak Ubah Cara Penulisan Blog

Ada yang pergi ke alam sana, sewaktu muda seperti usia remaja, kanak-kanak dan bayi lagi.

Selain itu lelaki lansia wajar menjaga kesihatan pada tahap optimum.

Pada usia begini juga mereka wajib berusaha meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal ibadah semampu yang mungkin.

Pendek kata, hal dunia semakin dilepaskan perlahan-lahan dan hal akhirat semakin didakap erat-erat.

Wallahualam.

P/s: Al- Fatihah buat artis Bad Indigo, 48, yang meninggal dunia pada 26 Oktober 2023 dan pelakon Badrul Muhayat, 55, pada 28 Oktober 2023. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. Aamiin.

24 thoughts on “2 tanda paling ketara lelaki lansia”

  1. sama juga kalau di pikir”,wanita pun begitu,gak ada yang kekal dan abadi,kesehatan, kecantikan,gagah, semua akan menghilang pada waktunya, hanya bisa banyak bersyukur sudah di beri usia banyak dan menjaga kesehatan,memperbanyak amalan ibadah .

    Reply
  2. tak ada seorang pun yg bisa menolak usia tua. tapi setidaknya kita bisa memilih untuk menjadi tua secara gracefully ☺️. yg artinya, selalu menjaga makan, janganlah lagi semua yang tak sehat dimasukkan perut, harus rajin dan rutin berolahraga, dan seperti kata Abang, udah wajib lebih memikirkan ibadah krn usia tak ada yg tahu.

    menjadi tua pasti, tapi saya ingin menjadi tua yang semakin bijak dalam berfikir dan tingkah laku. terkadang ada orang tua yg seperti balik lagi menjadi kanak2. jangan sampai lah menjadi seperti itu.

    Reply
    • hahaha..pulak dah.

      secara logik memang begitu apabila kurang menarik maka rasa insecure akan berkurangan..

      sama juga dengan isteri…kalau jenis yang cantik sikit tu…rasa jeles jadi lebih juga pada suami hehehee

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge