Nak Ubah Cara Penulisan Blog

Nak Ubah Cara Penulisan Blog…Mrhanafi akui semakin sukar nak menulis blog.Pelik tapi benar.Biarpun menjadi blogger sudah 3 tahun namun kepakaran menulis masih proses.Belum tajam.Belum lagi menikam.Oh ya.Kalau boleh menulis cara sentap.Sehingga sekarang mrhanafi masih tertanya-tanya apa maksud sentap.Mungkin terkesan.Mungkin ‘touching’.Yang pasti serba kemungkinan.

penulisan bllog

Kita tinggalkan dahulu.Baik kita fokus dan kaji semula apa yang nak pembaca mahu dari penulisan blog.

Jika blogger mereka suka membaca kisah kita.

Kalau pembaca organik mereka nak maklumat yang boleh menyelesaikan masalah dan persoalan  mereka.

Sekiranya pembaca media sosial mereka nak cerita ‘rare’,sensasi dan topik yang mengaibkan orang.

Demi memantap jenama ( itupun mrhanafi perasan sendiri) nak juga pandangan para pembaca.Apa yang mereka nak dari blog mrhanafi.com.Sekiranya pendapat kalian boleh mrhanafi terima maka cara penulisan blog akan berubah.

WAJIB BACA :   Secebis Kisah Sedih Di Pagi Hari Raya Aidiladha 2018

Sekiranya masih suka dengan cara yang sedia ada maka mrhanafi akan kekalkan.Tujuannya agar mrhanafi tak syok sendiri menulis blog.Betul tak.

{sekilas pandang}

Jomlah bagi pendapat atau pandangan kepada mrhanafi dalam ruangan komen.Itupun kalau sudi.

Selamat membaca dan jangan pula lupa singgah di .

36 thoughts on “Nak Ubah Cara Penulisan Blog”

  1. MH nak ubah cara macammana?santai atau story telling?

    MV dah biasa dengan cara penulisan MH yang sekarang ni. Namun, kalau nak ubah untuk tarik lebih ramai viewers bagus juga tu MH

    Balas
  2. menulis bukan mudah kan… mungkin klau nk hasilkan penulisan kita jadi lebih bagus perlu untuk tentukan niche blog.. cara ni lagi senang dan memudahkan untuk kita kupas isu2 tertentu

    Balas
  3. Saya berpendapat.. Tulislah seikhlas hati… Dari lubuk hati… Asalkan dapat memberi manfaat kepada orang lain…. Walaupun mungkin cuma sedikit sahaja…
    Tak perlu mengejar populariti, sehingga sanggup mengaibkan orang lain…

    Balas
  4. utk blog peribadi, tulis lah apa sahaja. untuk blog komersial pula sy mementingkan organik trafik. macam kisah saya dengan adsense la,..apa2 pun blog ini amat menarik dan tidak mengecewakan. doakan saya juga istiqomah menulis seperti saudara.

    Balas
  5. saya rasa tak salah syok sendiri…terpulang kepada penulis blog dia nak tulis apa. Ada orang jadikan blog sebagai diari. Kalau nak baca, bacalah. Tak nak baca pun tak apa. kita tak boleh paksa orang kan? Mr. hanafi boleh tulis bidang yang mr.hanafi handal/mahir 😉

    Balas
  6. Sentap tu memang sesuatu yang mengesankan dalam jiwa tapi lebih kepada/bersumberkan isu panas/viral/bukan yang positif tapi boleh ambil jadi iktibar.

    Cumanya tak payahlah kita nak buka aib orang, nanti Allah jaja pulak aib kita. Lagi takut.

    Balas
  7. Bagi saya, kalau menulis tu kadang depan komputer selalu terdiam tak tahu nak tulis apa. Tapi bila tengok facebook kalaua da isu semasa tengah trending saya akan menulis ikut hal semasa, dari situ traffik masuk secara organik.

    Kadang menulis ni kena banyak berfikir apa tujuan kita tulis, kalau bagi saya suka menulis sebab salah satu hobi dan keduanya suka berkongsi maklumat.

    Dari situ saya sentiasa bersedia fikir tentang isu semasa.

    Ada juga sampai satu tahap, ada banyak idea mahu menulis, alih alih otak tetiba hang sebentar. Otak jadi blank teruk tak tahu nak tulis apa. Last-last terbiar blog sehari dua macam tu..

    >_<

    Balas
  8. kekalkan jer, saya tgk xda masalah cara penulisan, setiap orang berbeza, dan setakat ni saya ok dengan cara mrhanafi

    Balas
  9. penulisan yang menarik dapat meningkatkan minat pembaca untuk membaca blog kita.. kena sentiasa belajar menghasilkan penulisan yang baik..

    Balas

Leave a Comment

Entri Popular

Komen Terkini