Dengan kesempatan ini admin ingin mengucapkan Hari Raya Aidiladha buat rakan pembaca.Tidak kira dilokasi mana sekalipun atau dipelosok manapun muka bumi yang nan luas ini.
Tahun ini merupakan tahun ketiga admin merayakan Hari Raya Aidiladha berseorangan tanpa insan tersayang dan keluarga tercinta.
Tahun lepas admin kelu dan sendu mengenangkan nasib badan.

Dua tahun lepas pun sama.Keberuntungan belum berpihak kepada admin.
Atas sebab-sebab yang sukar dielakkan admin terpaksa menerima hakikat tersebut.
Mungkin ini dinamakan pengorbanan.
Admin belum mampu menyediakan ongkos untuk daging korban.
Namun admin mampu ‘menyembelih’ perasaan sedih,hiba dan tersisih supaya kekal tabah dan bersabar selalu.
Syukur alhamdulilah pada tahun 2018 admin berjaya mengubah tradisi.
Admin merayakan pagi Aidiladha bersama-sama warga kota di kompleks membeli belah.
Tetapi sebelum itu…
Solat sunat Aidiladha

Pada pagi raya yang redup, admin mengambil keputusan untuk solat Aidiladha di Masjid Bahagian Kuching.
Setibanya di masjid agak terkejut.Ada sekumpulan anak muda yang mengambil inisiatif menyusun selipar.
Mereka ambil tag nombor sebagaimana kita menyimpan barang sebelum masuk kedai.
Admin rasa kurang senang.Namun admin husnozun bahawa mereka membantu para jemaah untuk menjaga selipar atau kasut.
Rupa-rupanya dikenakan bayaran sebanyak RM2.Agak mahal juga bayaran ‘parking’ untuk selepar buruk admin.
Fikir logik macam tak patut dikenakan bayaran semata-mata nak susun selipar dan menjaga agar tidak hilang.
Setelah difikir secara emosi, admin redha.
Itu cara mereka mencari rezeki untuk menampung kos hidup yang semakin menggugat iman sekarang ini.
Cuma risau juga sekiranya mengambil air wuduk di masjid dikenakan bayaran suatu hari nanti.
Sedekah tabung masjid lain cerita la.
Kalau boleh jangan berlaku kerana di masjid sepatutnya tiada urusan jual beli sebegitu.
Selepas solat sunat Aidiladha 2018
Seusai solat sunat Aidiladha admin mencari kedai makan.
Punyalah azab.Namun azab kubur dan azab Padang Mahsyar mohon dijauhkan sama sekali.
Satu kedai pun tidak beroperasi kerana Hari Raya Aidiladha.
Admin senyum sendirian.
Tak akan la nak balik bilik sewa.
Sebab kat bilik sewa tiada siapa yang sudi menyediakan juadah hari raya sebagaimana orang lain yang ada keluarga bahagia.
Sedihkan kalau hidup bersendirian lama-lama.
Nasib baik ada kedai 7E yang buka.Dapatlah juga merasa air kotak dan kacang bungkus sebagai juadah pengalas perut di pagi Raya yang indah.

Perjalanan ke Vivacity
Selang beberapa lama selepas itu admin menempah Grab ke Vivacity.
Cuci mata dan kayo-kayo sebagai pengubat kesunyian di pagi raya.
Emosi tersentuh melihat insan sekeliling yang ceria dan gembira dengan keluarga masing-masing.
Betapa nikmatnya ada institusi keluarga bahagia dan harmoni.
Demi menyantuni diri sendiri, admin makan tengahari di restoran segera dengan menu burger ikan dan air mineral.
Setelah perut dialas, admin sempat menyoping (bukan mengemop).
Inilah terapi minda dan emosi dikata empunya diri kesunyian di pagi raya yang mulia.
Alang-alang sudah berada di Vivacity admin turut menyambar kasut getah yang ada potongan 70 peratus.

Boleh juga sebagai kenangan terindah berhari raya Aidiladha di Vivacity.
Malah akan digunakan untuk aktiviti jogging serta jalan-jalan pada masa yang datang.
Penutup
Sudah tiga tahun admin beraya Aidiladha berseorangan.Tanpa keluarga dan tanpa teman.
Tahun 2018 lebih terasa peritnya kerana berada dalam konflik perasaan dan krisis emosi yang belum ada penyelesaiannya.
In shaa Allah dengan izinNya admin akan tidak akan berseorangan lagi pada masa hadapan.
Doakan sama-sama.
Aamiin
Selamat hari raya Aidiladha kepada admin dan pembaca blog mrhanafi. Pasal tolong jaga selipar kena caj tu tak sepatutnya berlaku. Mudah-mudahan tak melarat sampai ke masjid-masjid lain.
Ksjb @ kerjasendirijb recently posted…Mahligai Impian Katering mungkir janji?
ya…saya pun nak follow up lagi..
adakah solat Jumaat pun begitu.
jika ada juga saya akan utarakan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan masjid
bertabahlah mrhanafi, allah ada perancangan baik untu mrhanafi.. berbaik sangkalah dgn allah insya allah allah tak pernah lupakan org yg sabar
In shaa Allah..
setiap kejadian ada hikmahnya.
memnang hikmahnya baik untuk semua.
Selamat menyambut hari raya aidiladha.
Moga bertemu dengan bahagia yang dinantikan…aamiin
Saya doakan tahun depan dapat beraya dengan keluarga tersayang..
aamin dan terima kasih semua..
it okay..
saya sudah biasa dan tabah melaluinya
In Shaa Allah thn depan sdra akan berteman.
aamiin dan terima kasih tuan..
moga doa kalian dimakhbulkan
moga sentiasa tabah. pengorbanan itu manis sebenarnya. salam aidiladha.
ya…
salam aidiladha..
in shaa Allah semuanya ok
Keep spirit, mr. Hanafi …
Semoga tahun depan mr. Hanafi sudah ditemani seseorang spesial merayakan Idul Adha bersama ☺
By the way,
Sepatunya bagus dan besar juga salenya 😁
thanks Mas Himawan..
in shaa Allah tahun depan sudah ada perubahannya
BERKORBANLAH SEKADAR TERMAMPU N CUBA BINA SEMULA KELUARGA INSTITUSI YG MEMBAAWA BHGIA BERMAKNA..TIDAKLAH KAYO2 SENDIRIAN DI HARI RAYA
in shaa Allah..
akan datang kerana patah tumbuh hilang berganti
selamat hari raya bro. lamak dah sik singgah india street ya.
encikhafiz.my recently posted…Harga Kereta Perodua Selepas SST September 2018
hahahaha..
biasalah bro mun dah jadi orang sinun
Semuga segera bertemu jodohnya kekal bahagia hingga ke jannah, cepat2 cari jadi takdelah lagi berjuadah raya dengan berger ikan dan air mineral je. Kesiannya lahai.
aamiin
hahahaha..
saya sejujurnya tak suka makan ayam..
suka ikan dan daging.
so inilah menu yang terbaik..
apa-apapun terima kasih atas perhatian.
selamat hari raya bro..
semoga tiada lah suatu hari nanti bilai nak masuk masjid kena jadi ahli duu.
hahahaha…
ya selamat Hari raya haji juga
harap-harap jangan macam tulah
Sekumpulan anak muda itu sungguh kreatif dan inovatif juga dalam mencari rezeki, walau bikin jengkel hati 😀
apa boleh mas..
rezeki wajib mau diusahakan sahaja
Asalam ..sedihnya membaca ..faktor kerja kah tak blik kampung ni.
Tak apa ada warga kota beraya juga tu..
itu salah satu sebabnya..
apa-apaun masa dah berlalu..
tiada apa yang nak dikenang lagi
Salam Aidiladha. Semoga pengorbanan ini berganti gembira nanti. InsyaAllah.
Aamiin dan terim kasih bagi doa yang didambakan
Salam Aidil Adha admin..
Semoga perjalanan mencari cinta menemui penghujungnya selepas ini agar cepat menuju ke jinjang pelamin..
aamiin dan terima kasih atas doa yang begitu bagus sekali..
jika ada..
in shaa Allah akan dikemaskini dalam blog ini..
Harap bertabah ye Admin, macam akak nie dah lali keadaan macam tu, tapi kita buatlah happy..
Pesanan lain kali sedia bekal makanan secukupnya awal2 sebelum kedai semua tutup.
terima kasih akak..
saya rasa itu idea yang bagus..
standby makanan yang secukupnya..
Rasanya belum terlambat utk ucapkan Salam Aidiladha. In shaa Allah, pasti akan ada sinar cahaya yg Allah bakal kurniakan nanti… aamiin ya Rabb.
Khir Khalid recently posted…3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise
Aamiin dan terima kasih tuan…
Salam merdeka dan semoga jiwa kita turut merdeka dari belenggua sikap dan tabiat negatif
Menarik cerita admin ni… Walaupun sedih… Tapi isi kandungannya menarik untuk dibaca dari awal hingga akhir…
Moga Allah memurahkan rezeki tuan dan dipermudahkan segala urusan tuan…
InsyaAllah…
Sulaiman recently posted…kekuatan mengalah, kemenangan memohon maaf
aamiin dan terima kasih bro
rm2 tu sy pun rs agak mahal… lainlah kalau rm2 tu diguna utk kebajikan masjid…
takpelah..
lain kali boleh elak juga tu.
Pengorbanan juga tu..
Tapi.. Tulah.. Mungkin keadaan mendesak kot..
boleh dikatakan keadaan mendesak juga la
Menarik story yg admin share..Moga di mudahkan segala urusan kita sume
https://www.celikvitamin.com/blog/pengedar-youth-skincare-shaklee-seluruh-malaysia-sabah-sarawak/
terima kasih dan semoga memberi manfaat hendaknya
banyak2 bersabar yea Hanafi. InsyaAllah satu hari nanti doa Hanafi akan Allah SWT makbulkan
aamiin dan terima kasih atas sokongan moral yang begitu berharga buat saya
Saya doakan admin tak sepi lagi di aidiladha akan dtg. Aminnn
Kauthar mohd recently posted…Cyst Semasa Hamil. Adakah Ia Boleh Memudaratkan Bayi?
aamiin dan terima kasih la ye
Asalam..subahanallah rupanya Etuza berpeluang menuynaikan solat Jumaat wajib di masjid itu..masjid yang begitu indah di Kucing Sarawak.
Nanti kita jumpa jika Etuza mampir ke sarawak lagi ya..hehehe
Wsalam..
boleh sahaja tuan..
roger-roger sahaja