Plaza Merdeka adalah pusat membeli belah yang terletak di tengah Bandaraya Kuching Sarawak. Lokasinya amat strategik kerana dekat dengan Waterfront dan Padang Merdeka.
Lebih menarik lagi Plaza Merdeka dekat dengan Balai Polis.Ironinya Plaza Merdeka selamat dari perkara yang kita tidak ingini.
Mungkin orang luar Kuching belum faham perkataan ‘kayo-kayo’.
Admin sendiri pun tidaklah ‘lihai’ dialek Melayu Sarawak.Maklum sahaja admin bukanlah Orang Melayu dan bukan juga penduduk asal di Bandaraya Kuching.
Ok la.Kita teruskan.
‘Kayo-kayo’ merujuk kepada aktiviti merayau-rayau tanpa hala tuju yang jelas.
Mak oii !
Negatifnya perkataan tu.
Hati kecil selalu bermonolog,
“ Alangkah indahnya dunia ini jika berjalan di Plaza Merdeka bersama isteri tersayang.”
“Lebih indah lagi jika menemani isteri untuk shopping sakan.”
“ Sayang pilih jer.Biar abang bayarkan “
“ Tapi ingat sayang, beli ikut keperluan tau.”
“ jika terbeli ikut kehendak, sayang bayar sendiri la jawapnya ”
Jelas kelihatan isteri syantik senyum tersipu malu sambil mencubit bahu sasa admin nie…
Fuyoo!
Hahahaha
Sewaktu kayo-kayo di Plaza Merdeka sempat juga terbeli alas lantai pelbagai guna.
Alas lantai ini agak lembut dan diperbuat bahan elastik.Warna memang menarik.
Ada yang lebih lembut dan lebih empuk tetapi harganya lebih menipiskan dompet .
Banyak keperluan ( hampir kepada kehendak juga) alas lantai pelbagai guna tersebut.
Mungkin sesuai untuk alas baby meniarap..
Jika belum ada baby amat sesuai sebagai alas aktiviti ‘buat baby’.
Hahahaha….sensitif word tu.
Mungkin sesuai juga untuk lapik badan sewaktu buat workout di rumah
Itu pun jika nak jadi abang sado yang memiliki perut ‘six pack’
In shaa Allah, admin pun semakin berminat nak bentukkan badan seperti anak muda zaman sekarang.
Sedap mata memandang.
Badan sado nie..bukan keutamaan nak dapat jodoh.
Ia sekadar bonus untuk melengkapi pakej seorang lelaki hebat.
Seorang lelaki hebat harus ada pakej 5K:
1.Keimanan yang unggul
2.Kewangan yang mantap
3.Kesihatan yang tip top
4.Ketampanan yang tersendiri
5.Keperibadian yang memukau
Penutup:
Sekiranya ada pembaca berkesempatan untuk ke Kuching Sarawak jangan lupa untuk kayo-kayo di Plaza Merdeka.
Pergi ke tingkat 4.Kalau tak silap ada tempat makan-makan dan carilah menu lokal yang tiada ditempat lain.
Nanti bila dah perut kenyang memboyot boleh la kayo-kayo ke Jambatan Darul Hana yang menyeberangi Sungai Sarawak.
Lokasinya di Waterfont.Dekat sangat dari Plaza Merdeka.
Kalau setakat membetis tu..kira kacang jer.
Sekian.Semoga bermanfaat.
- Kemas kini 25/12/22
saya pernah sekali ke Kuching, Sarawak. Dah lama dah. Kalau ada rezeki ke sana lagi, boleh la ‘kayo-layo’ di Plaza Merdeka tu.
Ibu Mifzal recently posted…i-Suri : Caruman KWSP Untuk Suri Rumah
pada masa itu Plaza Merdeka belum siap lagi..
ya selepas ini boleh datang lagi ke Sarawak.
BELUM ADA rejeki ke malaysia yang di borneo harap suatu hari nanti bisa
berdoalah mas…
Sarawak tak jauh kalau melancong dari Sambas atau Ponti
WAH SERONOKNYA KAYO KAYO DI PLAZA MERDEKA…TENTU MASIH KAYA KERANA ALAS KAKI JE YG DIBEL
ya..memang best.
tidak dinafikan
Wah multifungsi ya alas lantainya
sebetulnya begitu..
banyak guna dan harga pun murah
bilalah saya nak sampai ke sini ya, bolehla kayo-kayo dengan suami kat sana
ajumohit recently posted…Antara tips dan rahsia jual tudung jenama sendiri
hahahahaha..
memang boleh kayo-kayo dengan famili di sekitar bandar Kuching nie
saya belajar perkataan baharu hari ini, kayo kayo, hehhee
bahasa pasar je tu bro..
boleh juga dijadikan koleksi perbendaharaan kata
Mungkin boleh jd kn sbg satu destinasi bila dpt ke sarawak nanti.
Kauthar mohd recently posted…Youth Skincare Bantu Masalah Kulit Breakout : Review Pengguna
memang boleh..
kawasan yang berdekatan dengan Waterfornt je..
saya belum menjejakkan kaki di negeri Sarawak. Bila agaknya dapat ke sana.
doakan murah rezeki..
pasti boleh ke Sarawak ..
aamiin
Gedungnya tinggi banget ya…elok dipandang mata…
ya..
boleh dikatakan tinggi juga tu.
Rindu mau ke sini lagi. Insha Allah.. 1 fine day 🙂
aryn fadz lee recently posted…PENYAKIT KAKI, TANGAN DAN MULUT ATAU HFMD DAN CARA PENCEGAHANNYA
wow..pernah ke Sarawak ye.
saya doakan murah rezeki untuk melancong ke Sarawak
alas lantai tu saya pun ada. sama warna. guna untuk sit up. tak penah lagi sampai serawak
wah…kita serupa la bro..
in shaa Allah..
ada rezeki boleh la melancong ke Sarawak bro hehehe
hahahahaha…
pergi hari Jumaat dan balik hari Ahad dah kira ok la tu..
untuk hanimun
Teringin juga nak kayo-kayo di Kuching
in shaa Allah bro…
kalau ada rezeki mai la ke Kuching
Hahahaha..aamiin..semoga cepat2 bertemu jodoh ye admin..
aamiin..
terima kasih atas doa tersebut
pernah duduk dekat kuching empat bulan pada 2015. lama sangat dah.. selalu jugak kayo-kayo dekat plaza merdeka ni. sebab ada kerja di old court house sebelah depan tu..
lama kmk sik klaka serawak. hahaha
izwan recently posted…Teknik Asas Jana Pendapatan Dengan Lubuk Dagangan FCPO
hahahahaha…
itu merdeka plaza..bangunan lama
yang ini plaza merdeka
belumpernah ke negeri sebrang 🙁
ada masa boleh pergi ..
moga murah rezeki nanti
Lama sungguh tak ke Kuching.. kali terakhir pada tahun 2000. Teringin juga nak ‘kayo-kayo’ ke sana lagi nanti 🙂
Khir Khalid recently posted…Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre
wow…
lama juga tu..
dah dekat 18 tahun
dah lama teringin nak ke sabah/ srwk. kalau ada kesempatan memang kena singgah kayo kayo ni
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Crazy Rich Asians
ya..
mudah-mudahan Nikhazami murah rezeki dan berkesempatan untuk kayo-kayo
Bagus entry ni. Dapat saya belajar loghat bahasa setempat. Nanti boleh buat siri belajar bahasa / loghat Sarawak
Aqil Adli Agro recently posted…Anak benih pokok durian Kim Hong D198
hahahhaha…
alhamdulillah..
lain kali kalau ada idea boleh tulis lagi belajar dialek setempat
ingatkan kayo-kayo sejenis kek lapis sarawak hahahah
tak la..
kalau nak buat resepi baru kek lapis boleh juga..
namakan sebagai kek kayo-kayo