Dana persaraan untuk masa depan

Bilakah masa sesuai untuk bersara ?

Jawapannya amat subjektif.

Terpulang kepada kalian sendiri kerana hidup ini kalian sendiri yang tentukan.

Bersara muda dengan keadaan kebebasan kewangan adalah impian paling ideal.

Bersara wajib pada usia 55 tahun merupakan pilihan terakhir kepada pekerja swasta manakala penjawat awam pula ada usia 60 tahun.

Namun isu ini masih dalam perbincangan untuk melanjutkan usia wajib persaraan.

Biar pihak berwajib yang menentukan.

Persoalannya kepada diri kita sendiri.

Adakah kita bersedia untuk menghadapi usia persaraan yang bakal menjelma ?

Lagi baik dan molek jika dapat bersara dari usia yang diwajibkan.

Ada yang berpendapat, ketika pekerja sudah berusia atas 40-an, mereka menjadi liabiliti kepada majikan.

Tenaga, idea dan komitmen tidak sama seperti pekerja dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.

Andainya kalian sudah berada di luar usia tersebut maka artikel ini sesuai untuk bacaan sebagai persediaan mental dan emosi.

Sebelum ini mrhanafi ada menulis artikel dalam topik yang berkaitan iaitu Bekerja lagi selepas bersara: Pilihan atau keperluan ?

Ketika usia bersara rasmi tentulah kita tidak perlu lagi bekerja seperti biasa.

WAJIB BACA :   Baju Sekolah Putih Untuk Leman

Masa yang terluang boleh dinikmati untuk ulang-alik ke masjid, sembang santai di kedai kopi atau lepak riadah di taman rekreasi.

Betul ke boleh buat begitu ?

Boleh jadi betul.

Ada kemungkinan tidak betul kerana lepas usia bersara, ada banyak lagi komitmen yang belum selesai.

Hutang rumah, kereta dan hutang peribadi masih berbaki.

Anak-anak masih belajar dan mereka masih perlu dibiayai ketika berada pengajian tinggi.

Bonus kalau mereka ada biasiswa atau PTPTN yang menjadi talian hayat kewangan.

Dalam bahasa mudahnya, usia sudah bersara tetapi keadaan hidup masih belum bebas kewangan.

Kira-kira satu dekad yang lepas, pihak pengurusan syarikat tempat mrhanafi bekerja pernah bertanya,

“What is your golden dream in your life ? ”

Wah !, soalan bonus untuk mrhanafi.

Sudah semestinya dan yakin mrhanafi menjawab,

“ I will live in financial freedom.”

Kini lepas berbelas tahun kemudian, mrhanafi masih teringat moment tersebut.

Alhamdulillah, walaupun belum mencapai kebebasan kewangan, mrhanafi sudah menikmati kehidupan bebas hutang.

Ya, perlu faham bahawa bebas hutang dan bebas kewangan dua perkara yang berbeza.

WAJIB BACA :   Bina taman cinta segerakan rasa bahagia

Bebas hutang berada dalam keadaan zero liabiliti.

Bebas kewangan pula ialah wang sudah cukup untuk menampung kos kehidupan tanpa perlu bekerja lagi sehingga ajal menjemput.

Jika bekerja sekalipun ia adalah pilihan atau rutin hidup untuk menghabiskan waktu terluang.

Bahkan bebas kewangan yang ideal pula ialah wang bekerja untuk kita.

Maksudnya kita ada aset yang menjana pendapatan pasif secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Aset ini menjadi dana persaraan untuk masa depan.

Tujuannya jelas.

Kita bakal menikmati hidup dengan tenang, bahagia dan tidak bergantung harap kepada belas ihsan orang lain.

Malah kita tidak perlu pun untuk menjadikan anak-anak sebagai ‘ATM’ tatkala usia tua.

Mereka wajib berbakti kepada orang tua tetapi kita wajar tidak menyusahkan mereka.

Biarlah mereka membina kehidupan sendiri dengan model yang kita asaskan dahulu.

Ibu bapa boleh memberi kesenangan kepada anak-anak dan mereka tidak boleh menyusahkan orang tua kelak.

Ingatlah konsep ini kepada anak-anak muda sekalian.

Sekarang kita beralih kepada apakah aset yang boleh dijadikan dana persaraan ?

WAJIB BACA :   Kesepian seorang lelaki...hanya yang pernah mengalami sahaja tahu !

Ada banyak pilihan.

Contoh.

Antaranya pelaburan selamat seperi ASB dan Tabung Haji.

Pelaburan ini tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.

Cukuplah simpan RM100k dan dapat RM4.5k pada hujung tahun.

Yang penting nilai tidak menurun menjadi RM90k.

Selain pelaburan wang, emas 999 boleh juga menjana pendapatan.

Emas 999 berbeza tau dengan emas 996 atau emas perhiasan.

Maklumat lanjut boleh rujuk dalam artikel Nak Kaya Seribu Daya.

Dana persaraan lainnya dengan menceburi bisnes.

Sudah tentu ada yang kurang minat dengan dunia bisnes.

Tapi pasti ada yang suka dengan bisnes kerana dengan bisnes boleh menjadikan dana persaraan cepat terpenuhi.

Maklumat lanjut dan terperinci boleh baca dalam Keperluan untuk memiliki penggantian pendapatan

Kesimpulan

Dana persaraan yang biasa tentulah pengeluaran wang KWSP semasa berumur 55 tahun. Selain itu wang pencen bagi penjawat awam yang bersara dari perkhidmatan mereka.

Cukup atau tidak dana ini terpulang kepada Amalan pengurusan pendapatan yang inklusif dan Kejayaan dalam kehidupan bergantung kepada 3 perkara ini

Semoga ada manfaatnya dan jika ada pendapat yang lagi baik jomlah berkongsi di ruangan komen.

Comments 10

  • Pandai pilih gambarhiasan tu…. sesuai!

  • sbb tu, bila kerajaan benarkan pengeluaran duit KWSP sy sedikit bimbang terhadap golongan yg tiada pencen, tak ada simpanan etc. sy terfikir, mcm mn mereka nak hadap kehidupan lps bersara nnt.
    ya betul duit KWSP tu duit kita dan ada yg ckp, kalau tak merasa skrg bla lagi?
    tp dlm keadaan ekonomi dan jg keadaan kesihatan sejagat, kita… kalau boleh berfikirlah lbh jauh.
    andai kata duit KWSP tu kelak bkn duit kita, sekurang2 ada sedikit harta kita tinggalkan utk anak-anak/waris. kalau kita panjang umur, sekurang2 kita tak meminta2 ketika usia sudah melepasi 60 thn…

    *just my 20 cent!

  • Insya-Allah, cukup. Cuma tak boleh bermewah-mewah. Cukup makan di hari tua, tak susahkan anak-anak, dah Alhamdulillah.
    Nur recently posted…Plan tak jadiMy Profile

  • Ibu rasa seperti nak bersara pilihan 55 tahun..
    Dengan keadaan kesihatan dan penyakit ibu..
    Waktu itu tiada bebanan hutang..
    Aqil pun dah 29 tahun..
    Semoga Allah swt permudahkan segalanya..
    In shaa Allah! Manusia hanya merancang dan DIA juga penentunya..

  • Saya pernah membaca tentang simpan 10% daripada pendapatan kasar setiap bulan ke dalam Tabung Persaraan. Tanbungan yang kita tak akan usik sehingga hari persaraan.

    Saya cuba, setiap bulan. Tapi asyik terpaksa mengorek sahaja sebelum gaji yang baharu diterima. Asyik gagal. Mungkin tiada displin, mungkin tak pandai kawal perbelanjaan.

    Bulan ni saya rendahkan target kepada 5%. Separuh saya depositkan ke Rakuten untuk beli saham, separuh lagi saya deposit Wise.

    Harap-harap berjaya.
    Mr Ringgit recently posted…Infografik: Nak buat apa dengan duit gaji? Pay Yourself First.My Profile

    • antara satu faktor yang menyebabkan jadi begitu kerana perbelanjaan memang tinggi dan perdapatan masih belum mencukupi..

      usahakan untuk menambahkan pendapatan yang kedua selain cara penjimatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge