Bekerja lagi selepas bersara sentiasa berlegar dalam minda ramai orang. Rata-rata beranggapan, selepas bersara merupakan masa untuk berehat, beribadah dan bersantai begitu sahaja.
Boleh ke macam tu hehehe..
Zaman persaraan juga sinonim dengan masa emas untuk menikmati hidup tanpa tekanan.
Inilah fasa kehidupan terbaik yang diimpikan semua orang sebelum rumah kata pergi, kubur kata mari.
Tapi, sayangnya tidak semua berpeluang untuk merasai senario sempurna tersebut.
Ayuh kita renung sejenak..
Adakah bekerja lagi selepas bersara itu satu keperluan atau pilihan ?
Kita rungkai persoalan ini kepada golongan majoriti atau B40 dan M40
Ketika kalian sudah berumur 55 tahun maka kalian boleh bersara dari pekerjaan.
Pekerja sektor awam boleh dilanjutkan tempoh persaraan hingga umur 60 tahun.
Bagaimana pula dengan sektor swasta yang mewajibkan untuk bersara pada umur 55 tahun.
Malah wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat dikeluarkan habis atau kosongkan dalam akaun satu dan dua.
Ketika umur 55 tahun keperluan hidup masih diteruskan.
Makan dan minum masih seperti biasa.
Kos perubatan atau suplimen mungkin meningkat.
Anak-anak pula mungkin ada yang masih bersekolah atau menuntut di pusat pengajian tinggi.
Pada masa ini keperluan kewangan masih menjadi keutamaan.
Jadi sebagai seorang ketua keluarga masih dituntut untuk mempunyai kerjaya demi menyara kehidupan biarpun sudah usia bersara.
Nak harap duit tabungan masa tua mungkin tidak mencukupi.
Mahu atau tidak, kalian terpaksa untuk bekerja seperti biasa.
Beruntung kalau ada wang pencen, pendapatan pasif atau tabung persaraan yang mencukupi.
Bagaimana kalau tiada wang pencen dan tiada pula wang tabungan untuk terus survival ?
Jawapannya kalian masih perlu bekerja lagi hingga ke satu masa yang mengizinkan.
Apakah pekerjaan yang sesuai untuk golongan pesara ?
Pasti ada yang keliru dan tertanya-tanya persoalan ini.
Jika ditimbang tara dengan logik akal, bisnes digital adalah kerjaya yang amat disarankan.
Itupun kalau kalian sudah tiada pilihan seperti di bawah..
Mungkin kalian ada tanah, boleh menjadi pengusaha tanaman atau petani moden.
Jika ada kereta yang bagus, boleh memohon menjadi pemandu e-hailing seperti Grabcar, Maxim dan Airasia Ride.
Boleh juga jadi pencipta konten di Youtube dan Tiktok untuk menjana wang dalam ekonomi Gig.
Semuanya terserah pada pilihan, keinginan dan kemahiran yang ada.
Bekerja lagi selepas bersara
Kesimpulannya, golongan majoriti walaupun sudah bersara tetapi masih wajib bekerja lagi kerana tiada pilihan.
Sebaliknya golongan minoriti ada pilihan terbaik untuk bersara dengan wang yang banyak, harta yang melimpah dan kekayaan yang berkah.
Mungkin kalian ingin seperti golongan minoriti tersebut maka rahsia untuk menjadi seperti mereka ada dalam pautan —> ini.
Persiapan tu pun penting kan?
ya….sangat penting Uncle
tidak boleh tidak
Tidak tahu mengenai masa hadapan. Mungkin tidak hidup sampai bersara.
jangan macam tu….hidup perlu optimis
kalau tidak panjang umur apa boleh buat
moga kesempatan yang saya ada sebelum pencen ni kita dapat membuat sebaik-baik perancangan bekalan demi kebahagian dunia & akhirat
aamiin dan semoga hajat awak kesampaian
abah saya masih bekerja secara sambilan lepas bersara. duit pencen bulanan yang diterima tak cukup sebab masa berkerja bawah kerajaan, servis abah tak cukup untuk dapat pencen penuh. masa tu tak ada pilihan sebab agensi yang abah saya kerja bertukar kepada swasta. jadi kesannya duit pencen yang diterima sekarang hanya 3 angka saja. Nak tak nak abah bekerja sambilan juga untuk menampung kehidupan harian. saya & adik2 ada juga bantu tapi tak lah banyak…
Fieza Sani recently posted…Berapa Kos IVF Yang Buat Baru Ni
Memang benar apabila pendapatan tidak mencukupi maka masa lepas bersara terpaksa bekerja lagi.
tidak wajar juga untuk mengharap duit anak-anak kerana mereka ada kehidupan sendiri
betul tu bila masuk umur 55 tahun, keperluan kesihatan lagi lah bertambah byk kosnya
kan….semakin berusia semakin tinggi pula kos hidupnya
jujur ckp sy kesian tgk org2 tua yg masih bekerja sedangkan usia sebegitu mrk dah x perlu bekerja lg. ada yg bg alasan ddk rumah x tau nk buat apa jd mrk pilih utk bekerja.
Kalau bekerja kerana pilihan itu tidak apa..bila-bila masa boleh berhenti
tapi kalau bekerja kerana keperluan yang mendesak…memang kesian dan moga kita semua ambil pengajaran daripada kisah mereka
ini sudah saya bahas dengan suami, nak melakukan apa saat sudah bersara nanti.
tapi kami sepakat ingin hidup dari passive income. itulah kenapa saat ini kami kerahkan semua aset seperti rumah dan apartemen utk disewakan ke orang .
lalu uang dari hasil sewa, kami investasikan di stok saham yang menghasilkan dividen besar, lalu sebagian kami letak goverment bonds dengan return tinggi. . dan itu cukup utk memenuhi keperluan kami di masa tua nanti.
memang hrs dipikirkan dan dilakukan dr sekarang. jadi saat waktunya tiba, bisalah sedikit santai dalam hidup
wah perancangan dan tindakan yang bijak…
boleh sangat jadi panduan kami semua nie
Kemungkinan besar akan bekerja sehingga 60 dan selepas tu kalau sihat tubuh badan & minda, tengok keperluan sbb anak bungsu mungkin masi belajar waktu tu, Insya-Allah.
Zurainny Ismail recently posted…6 Things to Remember Before Quitting Your Job to Run Your Own Business
tak pe…bekerjalah selagi mampu kerena bekerja itu satu ibadah hehehe
Buat masa ini, perancangan adalah bekerja ikut kemampuan. Lepas usia bersara lebih memilih utk kerja yang tidak stress atau yang lebih cenderung dengan minat. Kena mula awallah 5-10 tahun sebelum usia pencen supaya sekurang-kurangnya apa yang kita buat dah nampak hasilnya.
merancang awal agar tidak menyesal kemudian
masa mustahil untuk diundur ke belakang
Lepas pencen, kita boleh berniaga kecil-kecilan. Kita bos, kita kuli. Jadi, boleh ikut masa kita. Kalau nak travel jalan-jalan, pergi je la. Itulah plan saya dan suami. Insya-Allah. 🙂
Nur recently posted…High tea with besties
semoga impian tercapai dan kita semua terus sihat serta pnjang umur
pada mama, jika badan masih kuat apa salahnya bekerja lagi selagi khidmat diperlukan
betul juga..tengok pada ahli politik..mereka berusia 60 tahun ke atas tetapi ligay lagi bekerja hehehe