Persediaan untuk menjalani kehidupan hari tua

Topik persediaan untuk menjalani kehidupan hari tua ini khas buat diri sendiri secara peribadi. Kalian boleh juga baca dan manfaatkan info tersebut.

Malah kalian turut jadi orang tua atau warga emas suatu hari nanti.

Bukan mrhanafi seorang sahaja yang bakal jadi warga emas hehehe.

Takrifan warga emas ialah mereka yang sudah berumur 60 dan ke atas.

Angka ini sudah diterima pakai United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Meniti hari tua adalah perkara yang menakutkan bagi mereka yang belum buat persediaan.

Ia sama seperti ajal.

Bahkan ajal lagi menakutkan kerana boleh berlaku bila-bila masa.

Mengapa menakutkan walaupun ajal sudah ditentukan masanya ?

Ya, menakutkan kepada mereka yang belum bersedia dengan amal ibadah, dosa yang banyak serta hutang keliling-pinggang.

Apakah persediaan untuk menjalani kehidupan hari tua ?

Persediaan untuk menjalani kehidupan hari tua

Persediaan paling utama dari mental dan cara fikir.

Hari tua memang penuh dengan kejutan dan teka-teki.

WAJIB BACA :   Minum air suam elak gejala serangan penyakit jantung

Mungkin kejutan kita tidak sempat tua atau usia tidak sampai 60 tahun.

Mungkin teka-teki kehidupan hari tua kita penuh dengan kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan.

Adakah itu pasti ?

Belum pasti juga kerana rezeki manusia akhir zaman semakin sukar diramal atau dijangka dengan tepat.

Ada kemungkinan hari tua kita dilalui dengan keuzuran, kemelaratan dan kefakiran.

Perkara ini mohon dijauhkan.

Doa yang baik-baik dan kesudahan juga membawa kebaikan.

Sebagai persediaan kepada kemungkinan tersebut sediakan mental yang kuat dan cara fikir yang bijak.

Ironinya bijak merancang, merangka dan melaksana serta bertindak bermula hari ini.

Jangan tunggu sampai esok kerana mungkin esok sudah terlambat untuk kita bertindak.

Giatkan berfikir cara mendapat pelbagai sumber pendapatan.

Antara sumber pendapatan yang boleh diceburi dan diterokai tentulah bisnes netcommerce.

Antara orang paling berjaya dalam bisnes netcommerce

Bisnes ini boleh dijalankan secara digital tanpa penglibatan kos tinggi sebagaimana bisnes konvensional yang lainnya.

Itulah saranan mrhanafi agar dana hari tua tidak cepat habis sebelum masanya.

WAJIB BACA :   Bermain Dengan Driver Bukan Disengnajakan Untuk Suka-suka

Dana hari tua yang signifikan seperti simpanan KWSP, wang pencen dan Tabung Haji belum mencukupi untuk menampung kos hidup pada masa akan datang.

Kos perubatan seperti ubat-ubatan atau suplimen kesihatan bakal penyumbang komposisi perbelanjaan yang tinggi.

Ini belum termasuk makanan yang sihat dan berkhasiat, yang rata-ratanya bukan murah seperti makanan proses.

Ketika usia warga emas sangat tidak patut untuk menjamu selera dengan ikan masin, telur goreng, mi segera dan nasi berkuah kicap setiap hari.

Ini gara-gara tidak cukup bajet dan hidup pula atas belas ihsan anak-anak.

Usahakan cara fikir agar tidak menjadikan anak-anak sebagai mesin ATM.

Mereka ada kehidupan tersendiri walaupun tanggung jawab terbesar mereka menjaga kebajikan ibu bapa.

Jadilah orang tua yang boleh berdikari, kaya dan cergas sihat hingga hujung nyawa.

Memang nyawa urusan Allah SWT.

Tapi usaha dan tawakal letak pada manusia itu sendiri.

Namun sebagai orang muda yang bakal jadi orang tua, wajib jaga nyawa atau kesihatan mulai sekarang.

WAJIB BACA :   Orang berjaya miliki dua rahsia ini

Kesihatan sangat berharga seumpama nyawa.

Sudah pasti persediaan untuk menjalani kehidupan hari tua dengan menjaga kesihatan.

Kawal berat badan.

Tips kurus

Jika sekarang ini kalian mempunyai berat badan berlebihan cubalah untuk ikuti 6 tips kurus yang mudah lagi senang.

Ketika hari tua, keupayaan mengurus diri sendiri sangat bergantung kepada tahap kesihatan.

Atas sebab demikian, usahakan untuk menjaga kesihatan dengan sungguh-sungguh.

Sihat badan dan sihat fikiran.

Kawal fikiran agar tidak stress.

Jika stress boleh ke tahap Anxiety.

Sekiranya ada berlaku juga perlu baca artikel Mengikis sisa-sisa Axienty Disorder.

Biarlah hari tua nanti kita jalani dengan menikmati hidup penuh bermakna dan bererti.

Wang saraan hidup cukup dan kesihatan pula optimum.

In shaa Allah detik-detik terakhir sebelum kita ke alam Barzakh atau kubur mudah, lancar dan licin.

Jika semuanya sudah bersedia..

Apalagi ucapkan selamat tinggal dunia dan selamat datang alam selamanya.

  • kemas kini 16/6/23

16 thoughts on “Persediaan untuk menjalani kehidupan hari tua”

  1. Sepanjang masa saya selalu terfikir pasal hari tua, non stop. Semoga Allah permudahkan urusan kita samada pada masa kini atau akan datang. Semoga semuanya baik-baik saja. Aamiin..

    Reply
  2. Betul, menjaga kesihatan juga merupakan salah satu usaha menghadapi hari tua. Bimbang diri susahkan orang nak menjaga.

    Reply
  3. ini sudah saya pikirkan jauh2 hari. karena saya dan suami sama sekali tak ingin saat tua menyusahkan anak2. makanya di masa produktif sekarang ini, kami disiplin berinvestasi, sedia emergency cash, having health insurance dan rutin membeli gold bar setiap bulan. semuanya untuk persediaan di masa tua .

    masalah makanan pun juga mulai diperhatikan. dan yg terpenting rutin workout.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge