Tips kurus ini mudah dan senang untuk kalian praktik. Tak kira sesiapa pun kalian. Untuk kurus wajib bakar lemak dalam badan.
Sebab lemak yang berlebihan itu menyebabkan badan mengalami berat berlebihan.
Tips kurus
Tips pertama : Senaman bina otot
Bina otot bukan untuk abang sado sahaja.
Perempuan pun boleh.
Tidak semestinya orang lelaki sahaja.
Tapi jangan keterlaluan.
Cukuplah otot yang sederhana dan solid.
Sedap mata memandang dan seronok untuk dipegang.
Tapi ‘pegang’ untuk mereka yang sah seperti suami dan isteri.
Untuk senaman bina otot, boleh pergi ke gym atau beli sahaja beberapa peralatan seperti dumble.
Tips kedua : Diet tinggi protein
Mengapa tinggi protein?
Protein adalah unsur pembina otot.
Cukup protein maka otot boleh membesar lepas senaman bina otot.
Sumber makanan protein terdiri daripada ikan, daging, telur dan kekacang.
Maksudnya banyakkan makan tersebut untuk dapat protein yang banyak.
Kurangkan karbohidrat dan lebihkan protein sebagai tips kurus yang bagus
Tips ketiga: Makan lemak baik
Lemak baik berfungsi untuk memberi tenaga kepada badan.
Antara makanan lemak baik terdiri daripada minyak zaitun, minyak jagung, avocado, kacang-kacangan, biji-bijian, dan ikan yang mengandung omega-3 tinggi.
Lemak baik boleh menyingkirkan lemak jahat dalam badan.
Tips keempat : Makan cukup fiber
Fungsi fiber bagi memastikan proses pencernaan lebih mudah dan lancar.
Masa membuang air besar akan lebih mudah.
Fiber ini juga akan memperbaiki sistem penghadaman kita.
Makanan fiber bantu membersihkan usus kita daripada segala sisa kekotoran yang tidak terhadam.
Makanan tinggi fiber seperti sayur, buah-buah, oat dan sebagainya.
Tips kelima: Kurangkan refined carbs
Refined carbs adalah makanan yang diproses.
Tinggi kandungan gula dan kalori juga.
Makanan refined carbs ini menyebabkan badan berhenti untuk membakar lemak.
Insulin akan naik dan lemak akan tersimpan.
Kesannya kalian susah untuk kurus.
Contoh makanan refined carb seperti mi, nasi putih, roti putih, air gas, cereal dan pasta putih.
Makanan ini menyebabkan kalian cepat lapar.
Kalian akan terus makan tanpa henti dan tanpa sedar sehingga badan juga naik tanpa perasan.
Tips keenam : Tidur yang mencukupi
Tidur lewat menyebabkan perut akan lapar.
Hormon leptin dalam badan akan kurang bekerja jika kalian kurang tidur.
Fungsi hormon Leptin untuk penekan nafsu agar keseimbangan badan terjadi.
Tidur yang cukup akan memastikan badan cukup rehat dan fungsi badan yang lain jadi sempurna.
Ingat kurang tidur jadi musuh kepada kalian untuk jadi kurus.
Kesimpulan
Sekarang boleh percaya tak bahawa 6 tips kurus yang memang mudah dan senang untuk semua orang.
Itupun dengan syarat faktor pemakanan dan senaman bergerak seiringan.
Tepuk dada dan tanya minda.
Nak atau tak nak.
Itu sahaja.
Nak lebih lanjut boleh juga baca Cara kurus dengan cepat, boleh atau tidak
Cuba untuk kurang kan makan karbohidrat.
Kurang makan juga.
Apapun tq kongsi tips.
semoga awak berjaya ye….
yakin boleh dan pasti boleh
tengah berusaha utk nak kurangkan refined carbs intake…susah betul
pelan-peln tak pe..
lama-lama boleh la sukses nanti
Patut berat saya susah nak turun. Kena kurangkan refined carbs. Alamak, hehe..
Nur recently posted…Saya suka makan
ya betul…tapi awak macam dah ok jer berat badan
kasi menten pun ok la
Tips kurus yang saya buat: joging, minum air masak, kurangkan gula dan makan healthy food. In shaa Allah seminggu dah turun berat tapi nak maintain tu erm..payah. Mesti nak makan manis jugakla 😀
memang sukar untuk lari dari makan dan minuman yang manis..
tapi boleh imbangi dengan aktviti yang banyak bakar kalori
plus kurangkan mkn minum bergula..sy dah try 2 bln sblm ni. mmg berkesan!
ya…betul tu.
minuman bergula penyumbang kalori yang tinggi