Dalam hati ada juga tertanya-tanya bagaimana cara kurus dengan cepat. Sukar untuk dipercayai. Jika begitu keadaannya, mari kita bongkar misteri ini agar dapat pencerahan dan kefahaman.
Kurus itu subjektif.
Ada yang kata kurus itu bagus dan cantik pada pandangan mata.
Ada juga yang kata, kurus seperti kurang sihat.
Kurang makan.
Kurang nutrien.
Yang lebih sadis lagi, kurus umpama skeleton berjalan.
Ya, sampai begitu sekali.
Namun mrhanafi faham.
Orang yang gemuk, berisi atau obes pasti menginginkan tubuh badan yang kurus.
Jom mrhanafi kongsikan cara kurus dengan cepat.
Anggaran masa sekitar tiga bulan atau lebih.
Kalau ada yang lebih cepat tu, kira bonus tau !
Menurut portal Hello Doktor, ada beberapa cara kurus dengan cepat yakni dalam masa 7 hari.
Mereka kata begitu…
Cara kurus dengan cepat
1. Diet tinggi protein
Perbanyakkan makanan yang tinggi protein seperti ikan, daging, telur, kekacang dan ayam.
Dalam masa yang sama kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi,mi, kek, roti dan seangkatan dengannya.
Makanan yang tinggi protein kenyang lebih lama dan ini mengurangkan kekerapan untuk makan.
Mrhanafi sarankan ambil protein dari solid food dan jangan bergantung dengan suplimen seperti whey semata-mata.
Macam nasihat abang sado la pulak hehehe
2.Menjauhi makanan proses
Berapa jauh nak pergi elak?
Kalau boleh sejauh yang mungkin.
Tapi jangan pula terlalu rigid dalam persoalan ini.
Makanan proses adalah seperti sosej, nugget, patty burger, sardin, mee segera, kentang goreng, keropok, roti putih dan jeruk.
Mengapa makanan proses ini wajar dijauhi ?
Sebab makanan proses ini mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tirun, lemak dan minyak yang tinggi.
Gula dan garam sudah tentu ada berlebihan.
Ia membawa kesan buruk kepada badan.
Bukan kasi turun tapi kasi naik.
Sebab itu sukar untuk kurus jika masih menjadikan makanan proses tersebut sebagai menu harian.
Sekali-sekala boleh saja dimaafkan.
3. Target defisit kalori
Cuba kira kalori penggunaan harian menggunakan kalkulator kalori.
Yang pasti, cara untuk kurus dengan cepat mesti berpegang kepada prinsip defisit kalori.
Usahakan kepada pengurangan 300 kalori sehari.
Misalnya begini…
Andaikan kalian berada dalam penggunaan 2000 kalori sehari.
Jika kadar makanan harian dalam 2000 kalori maka badan kekal beratnya.
Jika 2300 kalori sehari maka 300 kalori akan disimpan sebagai lemak untuk masa depan.
Jika 1700 kalori sehari maka penyusutan berat badan berlaku
Kemahiran tentang pengiraan kalori yang tepat memastikan badan akan jadi kekal, turun atau naik.
Semudah itu sebenarnya.
Google danYoutube boleh dirujuk jika belum faham bagaimana memanipulasi kalori untuk defisit atau surplus.
4.Aktif dengan bersenam
Senaman ada banyak jenis dan cara.
Baik dari yang mudah hingga kepada yang sukar.
Bayangkan dengan senaman mudah seperti berjalan kaki boleh menguruskan badan.
Belum lagi senaman berat seperti angkat besi pasti membakar kalori dengan cepat dan pantas.
Mrhanafi faham tidak semua ada masa dan kesempatan untuk bersenam dengan konsisten.
Pilihan yang ada untuk kurus dengan cepat adalah seperti berikutnya.
5.Menjalani puasa sunat
Puasa adalah ritual terbaik bagi umat Islam kerana ganjaran pahala.
Selain pahala, puasa memberi manfaat besar kepada kesihatan terutama berat badan.
Digalakkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis atau tiga hari di pertengahan bulan.
Bagi orang bukan Islam, boleh amalkan IF atau Intermitten Fasting.
IF akan mengurangkan jarak masa makan.
IF memberi kesan kepada pengambilan kalori setiap hari.
Lagi kurang kalori lagi tinggi peluang untuk kurus.
6.Kurangkan pengambilan gula
Gula itu tidak baik untuk kesihatan tapi boleh ganti dengn Vsweet
Namun minuman atau makanan yang tidak manis diakui tidak sedap.
Setuju tak ?
Gula ada sepupu-sepapat yang dikenali sebagai fruktosa, laktosa, sukrosa, maltosa, glukosa dan dekstrosa.
Pengambilan gula secara berlebihan merisikokan diri untuk dapat obesiti, diabetes, kanser dan pengurangan sistem imun badan.
Apabila badan terlalu banyak menerima gula dan tenaga berlebihan yang tidak digunakan ini bertukar menjadi lemak.
Kalau sudah banyak lemak, bagaimana untuk jadi kurus.
Jalan penyelesaian ‘cut sugar’ atau kurangkan gula pada tahap minimum seboleh mungkin.
7.Setkan minda positif
Minda positif amat diperlukan untuk kurus.
Dengan minda positif, gejala stress dan gangguan emosi dengan dikendalikan dengan baik.
Stress yang berpanjangan memberi kesan buruk kepada kesihatan secara keseluruhan.
Rembesan hormon kortisol menyebabkan perut buncit.
Sudah tentu perut buncit menyebabkan lemak di bahagian tersebut berbahaya kepada organ yang berdekatan.
Minda positif akan mendorong kalian untuk nekad berusaha kepada 6 perkara di atas.
Minda positif juga membawa kalian istiqamah dan bermotivasi untuk kurus.
Percayalah, kurus bukan untuk hasil semata-mata tetapi perjalanan untuk mencapainya.
Biarpun perjalanan berliku, beronak dan berduri namun dengan minda positif, matlamat untuk kurus adalah kejayaan dalam pembikinan.
Kesimpulan
Akhirnya cara untuk kurus cepat sudah terbongkar.
Tiada yang misteri.
Berpeganglah kepada logik akal dan data saintifik bahawa kurus memerlukan masa yang panjang dan berlarutan.
Boleh kurus cepat dan jangan hairan boleh cepat juga gemuk semula.
Sebab itu pilih cara selamat dan semula jadi yakni biar kurus secara perlahan-lahan tetapi berkekalan.
Semoga impian kalian untuk kurus jadi kenyataan dan usaha pula berterusan.
Tiada istilah putus asa sebaliknya cuba dan cuba lagi sampai kejayaan jadi kurus itu milik kalian.
Kalau rasa susah, boleh mulakan dengan mengurangkan pengambilan gula lebih2 lagi minuman manis. Hanya minum air kosong / air diletakkan potongan buah lemon / timun / tembikai utk sedikit perisa tanpa gula.
Gula merupakan bahan yang cepat menjadikan kita gemuk.
itupun jika lifesyle tidk begitu aktif
okay bro, thanks, sharing is caraing ;p
My pleasure sir.
Jeles dengan orang yang kuat makan tapi berat badan maintain tak naik-naik. Selalu orang kurus banyak begini.
sebab utama kadar metabolisma mereka masih tinggi
tq mr h good sharing
sama-sama .
moga ia bermanfat untuk kita semua
Baik. Saya akan cuba. Terima kasih share tips, Encik Hanafi.
Nur recently posted…Anak gagal permohonan UPU
Sama-sama puan..
Kawal berat badan adalah usaha untuk sihat
paling mudah kurangkan makanan berminyak dan bergula.. mudah turun berat badan
betul….kurangkn kalori
pastikn diet defisit kalori
Saya pernah menjalani 1, 4 dan 5. dalam 2 bulan turun cepet. Tapi kemudian masalahnya pada konsistensi hehe
itulah cabaran sejagat…
ramai yang sukar untuk istiqamah