Boleh dikatakan hampir semua golongan masyarakat mahu jadi jutawan. Lantas ramai yang cuba mencari amalan jutawan Malaysia.
Tak kira golongan B40 dan M40.
Apatah lagi golongan T20 demi mengekalkan keselesaan hidup, gaya mewah, level prestij dan premium.
Duit banyak yang tak habis makan.
Harta melimpah hingga 7 keturunan.
Kebahagiaan yang berterusan.
Dihormati dan disegani masyarakat segenap lapisan.
Malah dikenang dalam doa oleh ramai orang.
Ironinya kerana ada sifat jutawan yang pemurah dan dermawan.
Hebat dan sungguh menakjubkan hidup sebagai seorang jutawan.
Namanya harum di kalangan manusia di dunia dan jadi bualan hangat para malaikat di langit sana.
Wajar impian jadi jutawan menjadi igauan semua tak terkecuali Rehan.
Siapa Rehan ?
Ya, Rehan nama samaran dan watak juga cuma rekaan.
Rehan merupakan golongan B40 yang mempunyai pendapatan bawah RM4849 sebulan.
Sudah berkeluarga dan mempunyai tiga orang anak yang masih belajar.
Beliau layak mendapat Bantuan Keluarga Malaysia untuk meringankan tekanan kos hidup yang semakin kritikal dan mengganas setiap hari.
Mari kita lihat corak perbelanjaan Rehan.
Pinjaman rumah = RM1500
Rehan duduk rumah yang sederhana.
Tidak mewah dan tidak murah.
Lokasi pula di pinggir bandar.
Memang strategik kerana berdekatan sekolah dan pusat beli-belah.
Baru-baru terkesan pulak dengn OPR oleh pihak bank.
Bayaran RM1500 setiap bulan ini dikira dengan bil utiliti dan kos penyelenggaraan yang lainnya.
Pinjaman kereta = RM500
Kereta satu keperluan yang tidak boleh tidak.
Mahu atau tidak, terpaksa Rehan memiliki kereta tempatan.
Bayaran ansuran untuk kereta cuma RM500 sebulan .
Itu belum termasuk kos servis, insuran dan belanja tidak terjangka.
Cuma kereta Rehan jarang meragam.
Khdmat kereta Rehan lancar dan licin.
Petrol = RM400
Petrol perlu diisi RM100 selang masa seminggu.
Jarak rumah ke tempat kerja Rehan memang jauh.
Sudah pasti belanja minyak tinggi dan nasib baik jalan tidak ada tol.
Cuma jalan sesak menjadi satu cabaran yang menjadikan penggunaan petrol tinggi setiap hari.
Ada masa terlajak bajet minyak jika pulang kampung.
Namun apakah daya, itulah kehidupan B40.
Belanja dapur = RM800
Harga ayam, ikan, sayuran dan lain-lainnya memang tinggi.
Lagipun keluarga Rehan suka membeli barangan yang berkualiti dan makanan yang sihat serta organik.
Segala jajan dan makanan proses yang menghambat cara kurus dengan cepat dielak sebaik mungkin.
Memang logik belanja RM800 makan sebulan untuk lima orang ahli keluarga.
Walaupun kadang-kadang membuat catuan makanan.
Ya, sekiranya keluarga Rehan makan di restoran sebulan sekali.
Bil telco = RM200
Boleh dikatakan ini kos yang terendah.
WIFI di rumah ambil pakej murah.
Talian telefon pula jenis prabayar RM30 setiap seorang.
Tiada pilihan kalau tanpa telefon zaman ini.
Telefon dan internet sudah menjadi keperluan mendesak untuk semua golongan.
Dari kanak-kanak hingga kepada golongan dewasa.
Elaun ibu bapa = RM400
Sejujurnya jumlah RM400 amat kecil dan tidak mencukupi untuk ibu bapa Rehan.
Orang tua perlu makanan yng berkhasiat dan sedap
Mereka juga memerlukan ubat-ubatan dan suplimen halia hitam.
Bahkan dalam masa yang sama keperluan untuk mereka melancong dan bersantai jangan lupa.
Apatah lagi ibu bapa yang belum buat umrah dan haji.
Sudah tentu menjadi tanggung jawap anak-anak dalam perkara ini.
Perbelanjaan anak-anak = RM1200
Rehan seorang ayah yang baik dan bertanggung jawab.
Anak-anaknya dibekal wang saku mencukupi, simpanan dan caruman takaful.
Perancangan kewangan ini penting dan wajar buat mereka.
Inilah cara fikir Rehan yang jauh ke depan berbanding yang lainnya.
Rehan sanggup mengenepi keperluan peribadi demi anak-anak.
Tambahan pula Rehan berpegang kepada prinsip ‘ biar papa janji anak bahagia’
Lain-lain = RM269
Bayangkan sahaja aliran tunai untuk lain-lain perkara cuma RM269.
Jumlah ini untuk simpanan, sedekah tabung Jumaat dan perbelanjaan yang tidak terjangka.
Jika dulu-dulu jumlah ini agak besar.
Sekarang pula, memang letaknya celah gigi.
Atas sebab itu Rehan terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan.
Baginya biar susah dan sengsara mencari duit daripada sengsara dan susah tiada duit.
Kesimpulan
Bagaimana untuk mendapat pendapatan lebih banyak dan stabil ?
Inilah teka-teki yang sentiasa berlegar-legar dalam benak fikiran Rehan saban hari.
Alhamdulillah berkat rasa sabar, berfikiran positif dan doa yang tidak pernah kunjung padam, Rehan menemui amalan jutawan Malaysia.
Biarpun amalan jutawan ini berupa spiritual dan sukar dibuktikan secara saintifik melainkan dengan tauhid serta akidah yang mantap.
Apakah amalan jutawan Malaysia tersebut?
Sabar dulu…
Rehan juga sudi membongkarkan usaha lahiriahnya dalam mencapai impian jadi jutawan.
Dikhabarkan Rehan tengah mengusahakan bisnes digital dalam talian secara agresif.
Kalian boleh nilai sendiri apakah bisnes digital Rehan dalam pautan bawah ini.
- Kemas kini 19/11/24
abe kie yg M40 ni pun terasa akan kenaikan kenaikan harga barang skrg.
abam kie recently posted…Trend pemakaian baju dalam (inner shirt) untuk lelaki
semua akan terasa waima T20 sekalip[un tetapi impak kepada mereka kecik sahaja
kesemua ni perlukan duit dan pandai menguruskan wang terutama yg sudah berkeluarga
itulah dunia…semua mahu gun duit
perlu bijak cari dan urus duit