Buat duit tanpa modal bukan mustahil. Saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh buat duit tanpa modal.Tak guna magik. Tak guna formula yang entah apa-apa.
Modal bukan berbentuk duit memang logik. Cuma saya nak ingatkan memang guna modal tetapi modal keringat,masa,kerajinan dan tahan malu.
Apa dia?
Kerja ini halal tauyyiban.Jangan risau melampau-lampu.Nanti stress.
Duit tak sempat rasa.Penyakit pula yang datang.
Cepatlah nak tahu sangat nie?
Sabar.
Sabar separuh dari iman.Siapa yang tak percaya saya tidak boleh cakap apa-apa.
Jeng..jeng..jeng..
Dalam artikel yang sangat ringkas ini saya nak kongsikan cara buat duit tanpa modal yang mudah dan pasti dapat.
In shaa Allah.
Tak la confirm 100%.
Sebagai usaha.
Sebagai ikhiar.
Kita manusia dan jangan kacau kerja Tuhan.
Caranya tiada kaitan dengan kerja sambilan dari rumah atau perniagaan dalam talian.
Tak menggunakan internet.
Tak guna Facebook.
Cepat,cepat dan cepat la beritahu.
Baiklah.
Buat duit tanpa modal yang saya maksudkan ini ialah —-> cari tin aluminium.
Eleh.
Malu ke?
Janganlah.
Itukan kerja mulia.
Sahut kempen kerajaan untuk kitar semula.
Ya.
Tin aluminium atau bekas minuman tin tersebut banyak di merata tempat.
Ada di dalam tong sampah.
Stesen bas atau pengangkutan awam.
Depan kedai apek pun.
Oh ya.
Saya pun kutip tin aluminium. Saya jual untuk duit segera.Memang ada masyuk.
Saya cuma buat sambil-sambil kerana saya tahu ada orang yang lebih memerlukan kerja kutip tin aluminium.
Cuma persaingan dengan pengutip tin yang lain.Persaingan yang sihat.
Siapa yang lebih rajin maka dapat lebih banyak kutipan.
Bila dah banyak kutipan anda boleh hantar ke kedai pengumpulan besi buruk.Bayaran adalah tunai dan cepat.
Kesimpulannya
Ada yang beranggapan kutip dan jual tin aluminium kerja kasta rendah.
Tetapi bagi saya.
Ok jer.
Perolehan mereka kadang-kadang lebih lumayan dari orang buat duit dari blog.
Saya akui perkara ini.
Blog saya la tu.
Bukan blog orang lain.
Oh.Ya.
Hari ini saya dalam perjalanan ke MRSM Betong.Anak pulang bercuti panjang.
Kalau ada tin aluminum saya kutip.Kerja mulia.Duit pun dapat.
Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa follow blog ini rapat-rapat.
In shaa Allah kita share benda yang lebih baik lagi.
Saya juga harap para pembaca dapat sesuatu yang bermanfaat.
Mana tahu ada idea yang lebih baik selepas membaca artikel buat duit tanpa modal.
- Kemas kini 11/11/24
Berapa bayaran boleh dapat dengan kutip tin ni? Boleh share?
sabree hussin recently posted…Bila anda akan menerima bayaran apabila bekerja dari rumah?
nak share pun malu tuan…
tak sampai RM10.
hahahaha
tak perlu malu mrhanafi.. apa salahnya usaha tu kan dari diri sendiri. peduli apa org kata
in shaa Allah saya tak malu.
hehehehe
saya juga dulu dari sekolah kutip tin aluminium.. ayah tolong jualkan..
sampai sekarang saya masih mengumpul tin atau kertas surat khabar untuk kitar semula.. tak lupa juga botol-botol plastik bekas minuman tu.. yelah selalu beli air sedap-sedap dari luar, berlambak botol, tin semua.. so kumpul dan bila lori jual barang lama lalu, cepat cepat jual..
dapat juga la beli nasi lemak ayam berempah untuk sarapan pagi tu lepas jual bahan kitar semula.. hihi..
betul la.
harga sampah jangan la harap tinggi sangat.
janji ada kitar semula
best juga tu.
Menarik penulisan tuan, saya antara orang yg kerja dari rumah. Kutip tin tu belum terfikir lagi nak buat.
buatlah.
kutip di rumah sendiri atau rumah jiran.
lepas tu sedekah kepada pemungut tin ..
dapat pahala.
Kalau jual ke tempat pengumpulan lagi ok dari tunggu orang recycle datang kutip. Kalau banyak ok jugak..Cume lame jugak nak kumpul untuk dapat nilai duit yang signifikan hehe..
Saya biasa kumpul sendiri punye je..hehe..2 tahun baru boleh jual hehe..
thehaikal recently posted…Cara Menulis Copywriting Dengan Mudah dan Cepat
dua tahun.
boleh buat banyak duit juga tu.
pergh..
Asalam..maaf baru ke laman ni..wah hebat tul buat duit tanpa modal..memang seronok murah rezeki ya
Wsalam.
tak pe.
saya pun tak sempat nak layan semua blog.
komputer dah uzur juga nie.
Bagi saya tak kisahlah mak buat apa kerja pun.. yang penting kerja yang halal.. good luck untuk tahun 2018..
anuar recently posted…Pengalaman pergi ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang
aamiin..
tahun 2018
tahun murah rezeki untuk para blogger.
ekonomi digital ramp up dan blogger menjadi buruan para pemilik bisnes online
old skul sungguh !
hahaha..
dah tanpa modal..
itulah yang terbaik
hahaha..
betul sangat tu.
halal tuan.
bagus-bagus kalau begitu..
boleh teruskan sampai sekarang..
ya..
istilah yang agak berbeda
betul2… tingat ms kecik2 dulu kumpul tin smpi penuh 1 karung nnt ada org dtg rumah n collect. wpn sikit tp jumlah yg diterima masa tu sgt besar…
itulah yang sebaiknya..
walaupun sedikit…
jika dikumpul jadi bukit..
jual banyak juga
Kalau jual tin aluminium tu kira macam mana tu..mahal tak? Hehe, tanya je. Bagus jugak idea cari duit nie 🙂
timbang kilo.
saya lupa-lupa ingat itu hari.
sama ada RM35.00 atau RM3.50 sekilo
Uihh kalau rm35 banyak nyaa 😀
ok la.
emas lagi mahal.
untuk dapatkan Sekilo.
banyak kuantitinya
Ouh ya juga kan. Sebab 1 tin tu ringan je..
saya pun tak pasti berapa berat untuk 1 tin aluminium.
Good idea Mr Hanafi. Secara tidak langsung kita juga berjasa kepada alam sekitar sebenarnya. Kita dapat rezeki, alam sekitar pun lebih bersih. Extra bonus, InsyaAllah dapat pahala dengan keredhaanNya. Satu sudut pemikiran GV tidak pernah terfikir. Terbaik Mr Hanafi. 😀
Galaksi Viral recently posted…SUSHI PALING DIGEMARI DI MALAYSIA
terima bro GV.
Semoga perkomgsian ini memberi manfaat kepada pemnbaca.