Pendapatan negatif adalah ujian kewangan kepada majoriti masyarakat kita tanpa mengira di mana sahaja berada baik di kota mahupun di desa.
Apakah takrifan dan maksud pendapatan negatif. Bahasa mudahnya pendapatan kecil tetapi perbelanjaan besar.
Dalam erti kata yang lain, dapat duit sikit tetapi berbelanja seperti esok macam nak kiamat.
Kalau sekali-sekala tidak mengapa. Namun bagaimana kalau setiap bulan dan berlarutan sehingga bertahun-tahun.
Sudah tentu ianya parah dan boleh dikategori sebagai ICU kewangan.
Ada beberapa solusi mudah yang boleh kita cuba untuk melihat hasilnya.
Solusi kepada pendapatan negatif
Solusi pertama: Berbelanja bawah kemampuan.
Jika perolehi pendapatan RM5,000 maka wajar berbelanja RM4,500 sahaja.
Lebihan RM500 boleh disimpan sebagai tabung kecemasan dan seterusnya tabung pelaburan.
Solusi kedua: Berbelanja secara berhemah atau berjimat cermat.
Cari barang yang murah, ekonomi dan berbaloi. Buat perbandingan harga dan rajin kemas kini informasi berkaitan harga barang di pasaran.
Hapuskan gaya hidup yang mewah dan terapkan gaya hidup bersederhana.
Solusi ketiga: Cari pendapatan tambahan
Hidup ini keras dan kita menjalani kehidupan dengan melalui perjuangan yang penuh onak dan duri.
Tukar masa rehat, santai dan lapang kepada masa mencari duit tambahan. Tidak mudah dan tidak senang sebagaimana diungkapkan melalui kata-kata.
Tetapi itulah realiti kehidupan yang wajar dihadapi tanpa rasa putus asa. Usaha tangga kejayaan dan percaya di hujung terowong ada cahaya.
Kesimpulan
Pilih solusi yang sesuai dengan kemampuan diri. Nak pilih semua pun lagi baik kerana manfaatnya bukan untuk orang lain.
Sekadar itu pendapat saya dan anggap sahaja nota ini sebagai ingatan buat saya sendiri secara peribadi.
Jika nak tahu solusi yang lebih baik boleh menonton video Reel yang saya kongsikan.
Macam manalah dia boleh berbelanja lebih sedangkan tiada duit. Mungkin berhutang yang jadi bahaya kalau dibuat setiap bulan.
biasanya kerana keperluan dan terpaksa..
bila tiada duit memang berhutang la jawapnya
betul laa kata pepatah…
ukur baju di badan sendiri… kalau rs pendapatan x ckp usahakanlah utk bagi tambah…. hidup bersederhana.. x mati pun kalau kita berhemah dlm berbelanja
yalah kan…tapi nafsu manusia ini lain-lain
ada yang kalqh dan ada yang menang melawan nafsu ini
setiap orang pasti ada masanya dalam musibah, salah satunya pendapatan berkurang. percayalah Allah selalu memberi solusi setiap ujian yang diberikan. intinya tetap positif thinking dan terus berusaha
Intan Sudibjo recently posted…Hot But Rainy
ya percaya konsep tersebut..
setiap masalah pasti Allah bagi solusi
Wow! Ada video reel! Terbaik !
video orang…saya sendiri belim ada videon tersebut
Berbelanja berpada-pada..
memang itu yang sebaiknya…
pendapatan sedikit, belanja seperti besok mau kiamat? sama dengan bunuh diri dengan kesulitan didup.
kalau boleh kita jangan begitu..
berfikir secara logik
pendapatan berkurang karena belanja banyak ❎
pendapatan bertambah karena pendapatan tambahan ✅
Pohon kehidupan recently posted…Penyebab Madura disebut pulau garam
sepatutnya begitu….
kalau boleh pendapatan bertambah…perbelanjaan boleh brkurang
Pendapatan kecil tetapi perbelanjaan besar atau dalam peribahasanya “Besar pasak daripada tiang”
Beberapa tips solusi diatas cukup baik dan ampuh bila diterapkan secara konsisten.
Salam,
Titik Asa recently posted…Gedung Capitol Sukabumi: Ini Foto Tahun Berapa?
Terima kasih kerana berkongsi dengan saya peribahasa… “Besar pasak daripada tiang”
setuju sangat2. tak ada solusi lain. bagi saya hanya ada 2. kurangi pengeluaran atau tambah income.
saya pribadi tak terlalu suka harus mengurangi pengeluaran. karena itu berarti ada banyak yg dikorbankan. jadi saya lebih memilih cari tambahan income 😁
Fanny Nila recently posted…KULINER GEORGIA: MENCOBA ANEKA HIDANGAN KHAS DI KHEDI RESTAURANT TBILISI
Tambah pendapatan itu lebih baik dan ramai yang tak mampu untuk berbuat demikian
Pakcik saya selalu pesan.. berbelanja mengikut amount yg kita fix kan.. bukan dgn amount gaji kita.. kalau gaji RM5000.. simpanlah RM2000 sekali pun.. maka belajar hidup dgn RM3000 sebulan..
tepat sekali tuan..
walaupun tak ramai yang sanggup berbuat demikian