Kisah Benar Keajaiban Sedekah Menyembuhkan Penyakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.

Jika anda pertama kali singgah diblog ini saya ucapkan selamat datang dan selamat berkenalan.

Jangan segan silu untuk menjadi follower blog ini dengan menyertai:

keajaiban sedekah

Kisah Benar Keajaiban Sedekah

Keajaiban sedekah amat luarbiasa.Sedekah bisa menyembuhkan penyakit dengan izin Allah SWT.Semoga kisah benar keajaiban sedekah ini memberi inspirasi kepada insan yang bergelut dengan ujian kesihatan.

Nikmat sihat hanya lebih terasa apabila sudah ditimpa sakit.Bukan bermakna kita mahu sakit untuk merasai nikmat tersebut.

Kalau boleh kita mahu sihat sepanjang hayat.Tidak mustahil dengan izinNya dan atas keberkatan serta rahmat dari Illahi.

Aamiin.

Dalam artikel ini saya berbesar hati untuk berkongsikan kisah yang sangat menarik berkaitan hikmah bersedekah dalam penyembuhan penyakit.

Alhamdulillah.

Saya menemui kisah tersebut dalam sebuah buku tulisan Hassan Bin Ahmad Bin Hassan Hammam.Buku kecil yang bertajuk “Hikmah Terapi Sedekah” memang terbaik untuk ditekuni dan dihayati.

Saya tulis semula dengan gaya dan stail penulisan blog.Semoga pembaca beroleh iktibar dan manfaatnya.Jom kita hayati kisahnya.

Ada seorang usahawan kaya.Takdir telah menimpanya kerana disahkan mengidap kanser.Hospital terkenal tempatan telah memaklumkan perkara tersebut.

Beliau dinasihat untuk mendapat pemeriksaan pakar di luar negara.Tujuannya untuk memastikan gejala kanser tersebut betul-betul wujud.

Tak salah.

Tak ada silap.

Hasil pemeriksaan luar negara mendapati beliau memang menghidap kanser.Peratusan untuk sembuh sangat kecil dan nipis.

Doktor pakar menyarankan agar pembedahan segera perlu dilakukan untuk mengelak sel-sel kanser bertambah kronik.

Usahawan tersebut belum bersedia.

Beliau memohon untuk kembali ke tanahair.Dalam fikirannya asyik runsing untuk menguruskan hal berkaitan wasiat jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

Beliau mengambil keputusan untuk kembali ke tanahair dan cuba merahsiakan status kesihatan kepada ahli keluarga.

Dalam perjalanan pulang ke rumah,beliau ternampak seorang wanita separuh umur tengah sibuk mengumpul tulang temulang di pusat penyembelihan binatang ternakan.

Usahawan tadi kaget.

Kehairanan dan timbul rasa ingin tahu.

Beliau berhenti dan bertanya,

“Wahai makcik,mengapa makcik kumpul tulang temulang ini ”

“Maaf ya tuan.Anak saya dirumah kelaparan.Mereka kepingin untuk makan daging.

Kami tidak mampu membeli makanan sebagaimana orang lain.

Saya minta kebenaran pemilik  di sini untuk kumpul tulang untuk dijadikan sumber makanan”,ujar wanita tersebut dengan lelehan air mata yang tidak mampu diseka lagi.

Usahawan terkedu.

Sebak dalam hatinya melihat kedhaifan yang mencekam jiwa.

Tanpa berfikir panjang usahawan tersebut terus memberi sejumlah wang untuk wanita tersebut.Beliau juga membeli secara pukal daging dan menyuruh pemilik pusat penyembelihan menghantar daging setiap minggu kepada wanita tadi.

Wanita miskin ini sangat gembira dan lantas mendoakan kesejahteraan kepada usahawan tersebut.

Masa terus berlalu.

Hari berganti hari.

Minggu berganti minggu.

Bulan berganti bulan.

Kini.

Tibalah masanya untuk usahawan pemurah tersebut kembali ke luar negara  untuk sesi perubatan.Itupun setelah selesai semua urusan wasiat dan pengurusan amanah bisnesnya kepada pihak tertentu.

Keajaiban sedekah berlaku di hospital

keajaiban sedekah di hospital

Sebelum operasi pembedahan dilakukan, para pegawai kesihatan sekali lagi buat pemeriksaaan.

Pada kali ini mereka terkejut beruk.

Nasib baik beruk tak de kat situ.Kalau tidak, huru hara jadinya

Sel-sel kanser yang hendak dibuang dalam pembedahan tersebut hilang tanpa meninggalkan kesan.

Pakar perubatan hairan dan mula bertanya sesuatu kepada usahawan tadi.

“Adakah tuan pergi ke hospital lain untuk proses penyembuhan ini sehingga keadaan tuan sudah kembali sihat 100%”,tanya salah seorang doktor yang terlibat.

“Masya Allah.Saya tidak pergi mana-mana hospital selepas pulang dari sini beberapa bulan yabg lepas”.Kata usahawan penuh kejujuran.

Doktor paling senior teruja ” Kes tuan menakjubkan.Saya betul-betul kagum.Namun saya bersyukur juga sebab tuan sudah sihat.Tak pelah,Tuan boleh dicaj di hospital ini tanpa syarat”

Mendengar jawapan dari doktor,usahawan kaya itu sangat gembira.Terasa takjub dalam hatinya akan kekuasaan Allah SWT.

Ketika itu baru beliau teringat amalan bersedekahnya kepada wanita yang memungut tulang di kawasan penyembelihan tempohari.

sedekah boleh jadi kaya

Kesimpulan

Saya faham kisah benar ini seperti rekaan.Mungkin ada yang kurang percaya.Namun saya amat percaya keajaiban sedekah itu sendiri.

Jika masih sangsi cuba uji dengan dengan bersedekah penuh ikhlas.

Jiran saya kata ” give and forget”

Tambahnya lagi ” The more you give and the more you get back”

Saya kata” You do first before i follow what you do”

hahahaa.

Saje je nak loyar buruk dengan Broken English.

Ok.

Kita kembali semula.

Setiap apa yang kita sedekah akan kembali ke pangkuan kita semula dalam bentuk yang jauh lebih baik.

Apatah lagi tatkala kita terdesak untuk mendapat kesihatan,kekayaan dan kebahagiaan.

Bersedekah umpama kereta dan beristighfar umpama  minyak yang boleh menghantar kita mencapai impian di dunia dan akhirat.

In shaa Allah.

Tanpa sebarang kepentingan, saya berbesar hati untuk hadiahkan backlink artikel keajaiban sedekah ini  kepada blogger Puan Hasliynda Umairah.

Semoga beliau sukses dan berjaya bersama produk kecantikan dan kesihatan Raswealth

(Visited 145 times, 1 visits today)

32 thoughts on “Kisah Benar Keajaiban Sedekah Menyembuhkan Penyakit

  1. apapun yang kamu berikan dengan ikhlas akan kembali untuk kebaikan dirimu sendiri. Kalau tidak di dunia, ya di akhirat nanti. semoga kita termasuk orang yang diringankan untuk bersedekah. amin Allahumma amin.

  2. memang Allah telah jamin barang siapa bersedekah maka ALLah akan tambahkan rezekinya dan juga untuk memanjangkan umur dengan Sedekah dan Silaturrahmi namun hendaknya niat kita yang utama dalam bersedekah adalah untuk mengharapkan pahala kalaupun beroleh kesembuhan tersebut maka itu adalah bonus dari Allah
    jalan jalan recently posted…Nutrisi Otak Buat AnakMy Profile

  3. Perkara keajaiban sangat mudah disisiNya.
    Hanya boleh dikesan oleh yang punya mata hati yang terang saja.
    Orang lain takkan pernah faham macam mana yang kita faham.
    Saya setuju dengan kamu berkenaan kepercayaan…rasa percaya itu mampu menyelamatkan keajaiban itu sendiri. Kehidupan kita penuh keajaiban…cuma kurang orang meneliti dan percaya dengan yakin tentang hal tersebut.

  4. Memang betul sangat
    dengan bersedekah kita dapatkan kebahagiaan
    ada niat dan keinginan pun bisa di capai dengan sedekah
    bersedekahlah karena dengan sedekah tak akan habiskan hartamu

  5. GV percaya dengan sedekah akan memberikan lebih rezeki lagi. Lagipun kita pun dapat pahala bila melakukan amalan kebaikan seperti sedekah. InsyaAllah. Aamin. 🙂

  6. Subhanallah…mungkin pada sesetengah org ni hanya rekaan..bukankah kisah ni mungkin ada kebenaran…hanya Dia yg maha mengetahui dan kita jangan lalai dan lupa untuk bersedekah kerana ganjarannya mungkin kita tidak nampak sekarang kan..wallahuallam

  7. ” The more you give and the more you get back”
    alhamdulillah
    terima kasih,atas perkongsian….
    semoga rezeki kita semua diperluaskan&dirahmati
    oleh Allah swt dunia&akhirat

    saya doakan rezeki tuan mencurah-curah hendaknya…amin

Leave a Comment

CommentLuv badge