Kenali 3 prepaid bulanan paling murah tahun 2022

Prepaid bulanan paling murah adalah pilihan wajar buat sebahagian besar rakyat Malaysia. Sudah tentu untuk talian telefon sandaran atau untuk kegunaan anak-anak kita.

Tidak dapat tidak, kita perlu juga untuk mencari yang murah untuk mengekang kos sara hidup yang semakin meninggi sekarang ini.

Pihak Bank Negara Malaysia sudah menaikkan OPR ( Overnight Policy Rate ) menjadi 2.00 peratus. Selepas itu bank-bank perdagangan yang lain pula akan berbuat demikian

Kesannya, kadar faedah ke atas pinjaman akan menaik juga. Ini secara langsung akan mengurangkan aliran tunai dalam tangan para peminjam terutama pinjaman hartanah.

Harga barang makanan sudah menunjukkan trend menarik sejak beberapa tahun yang lepas.

Apakah kesan kepada golongan berpendapatan rendah?

WAJIB BACA :   Nasi Lemak Bajet Terbaik Sehingga Menjilat Sudu

Sudah tentu tekanan kewangan dan perasaan tertekan akan terasa. Kuasa membeli merosot dan jumlah barang yang dibeli akan berkurangan.

Oleh hal demikian, kita perlu mencari solusi segera.

Ya, solusi penjimatan untuk memastikan kita ada wang mencukupi untuk menampung kos kehidupan yangsangat tinggi waima di kawasan ceruk kampung sekali pun..

Antara solusi yang patut diambil kira adalah menggunakan prepaid bulanan paling murah. Berikut prepaid bulanan yang boleh anda cuba.

Prepaid bulanan paling murah

Prepaid bulanan paling murah

 

1.Digi Next 15

Pakej ini menawarkan harga serendah RM15 sahaja untuk langganan sebulan. Data berkelajuan pantas disediakan. Cuma tidak dinyatakan skala kelajuan.

WAJIB BACA :   Kisah bilionaire beli kereta mewah

Kelajuan untuk data prepaid bulanan paling murah ini dihadkan dalam penggunaan 6GB sahaja. Ada hotspot ditawarkan dalam jumlah 1GB sahaja. Penggunaan di media sosial pula tanpa batas.

2.U Mobile U25

Pakej U Mobile U25  berharga RM20 dengan tawaran internet tanpa had dengan kelajuan 3Mbps. FUP pula hanya ada 30 GB. Selepas penggunaan FUP penuh maka kelajuan jadi 512Kbps.

Berita kurang baiknya, tiada hotspot ditawarkan. Selain itu ada panggilan tanpa had juga disediakan. Memang ia cukup murah dan sasaran pasaran untuk golongan muda yang belum ada pendapatan tinggi.

Golongan tua pun belum pasti ada pendapatan tinggi jika belum menceburi bisnes netcommerce hehehe.

3. Celcom Xpax

 

WAJIB BACA :   Cik Serba Tahu-Novel Oleh SyamNuriezmil

Dengan langganan RM35 sebulan, anda akan dapat panggilan dan data internet tanpa had. Kelajuan yang ditawarkan cuma 3Mbps dan ini cukup untuk kegunaan biasa seperti melayari Youtube, Whatsapp dan sebagainya.

Ada 3GB hotspot secara percuma disediakan manakala FUP pula tidak dinyatakan.

Kesimpulan

Prepaid bulanan paling murah ini bukanlah untuk kegunaan internet yang berkelajuan tinggi seperti fiber optik atau jenis postpaid.

Sesuailah dengan harga yang murah maka tawaran nilai yang kita dapat juga murah seperti mana nilai prepaid yang murah kita langgan.

Sungguh pun begitu nilai postpaid yang saya guna tidak juga mengkagumkan. Dengan tawaran data 40GB sebulan dan panggilan tanpa had bukan sesuatu yang berbaloi juga.

Jika dibuat perbandingan sangat berbaloi ambil pakej prepaid yang ada sekarang ini. Apa pendapat anda, boleh kemukakan dalam ruangan komen ?

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge