Intel lawan AMD: Mana lebih mahal?

Sudah berkurun lama Intel lawan AMD. Mereka bersaing untuk menguasai pasaran dan teknologi pemproses di dunia pengkomputeran.

Persaingan gergasi pemproses tersebut tentulah memberi manfaat besar kepada pengguna dalam mendapatkan harga terbaik, prestasi terhebat dan teknologi terkini.

Menurut sejarah….

Syarikat Intel ditubuhkan pada tahun 1968 oleh empat orang pengasas iaitu Gordon Moore, Robert Noyce dan Andrew Grove. Syarikat Intel beribu pejabat di California, Amerika Syarikat.

Syarikat AMD (Advanced Micro Devices) pula telah diasaskan oleh lapan individu yakni Jerry Sanders, Edwin Turney, Frank Botte, Jack Gifford, John Carey, Larry Stenger, Sven Simonsen dan Jim Giles pada tahun 1969. Ibu pejabatnya juga terletak di Santa Clara, California, Amerika Syarikat.

Sehingga kini belum ada lagi syarikat pemproses yang lain wujud untuk mengatasi Intel dan AMD. Namun syarikat Apple Mac tidak termasuk untuk persaingan CPU ini atau pemprosesnya kerana komponen bersifat terlalu ekslusif.

Sudah tentu persoalan yang bermain dalam minda kita ialah mana yang lebih baik, lebih bagus dan lebih hebat sesuai dengan harga yang ditawarkan. Intel lebih mahal atau AMD lebih murah ?

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik

Untuk menjawab persoalan ini jom kita lihat satu kajian kes harga laptop sebagai perbandingan relatif.

In sha Allah selepas mengetahui kajian kes tersebut dapatlah anda buat kesimpulan mana yang lebih mahal antara Intel dengan AMD.

Informasi mutakhir…

Teknologi terkini Intel menggunakan pemproses Intel Core i9 generasi ke-12 manakala AMD pula menyertakan AMD Ryzen 9 5900X. Jangan tanya saya pasal harga pemproses ini selagi belum membaca perbandingan di bawah:

Intel lawan AMD

Intel lawan AMD

Ramai berpendapat pemproses Intel menang dari segi harga kerana lebih mahal berbanding AMD. Mahalnya  sekitar RM1000 sahaja. Adakah betul ?

Ada berpendapat mereka yang menggunakan laptop CPU Intel  tergolong dalam kasta tinggi kuasa membeli.

Tanggapan demikian bukanlah 100 peratus betul kerana Intel Celeron termasuk harga bajet iaitu bermula dengan RM228 seunit dan lebih murah berbanding harga AMD Ryzen 3 4100 iaitu RM439 seunit.

Masih saya ingat ketika zaman mula-mula memiliki PC desktop dahulu. Saya ada desktop yang dikuasakan oleh Intel Pentium 4 dengan bajet sekitar RM1000 sahaja.

WAJIB BACA :   Apa itu Awal Muharram ?

Dulu harganya memang agak mahal berbanding sekarang ini dengan spefikasi dan prestasi yang jauh berbeza. Sejujurnya saya memang puas hati dan sayangkannya benda alah tersebut sudah menjadi arwah dan hilang ditelan zaman tanpa batu nisan.

Baiklah kita teruskan..

Saya bagi contoh kajian kes harga laptop menggunakan Intel Core i5 dengan AMD Ryzen 3. Sekali imbas macam tidak adil kerana level tidak setara hehehe.

Acer Aspire 5 A514-54-56DM

RM 2799

Laptop ini berharga RM 2799 yang dikuasakan oleh Intel Core i5. Saiz paparan ialah14 inci dan 8GB RAM DDR4 serta dilengkapi 512GB SSD sebagai storan. Berat sekitar 1.45KG dan ini cukup ringan.

Secara peribadi laptop ini sudah terbaik untuk penggunaan lebih daripada biasa seperti pelajar grafik, IT dan multimedia atau ahli perniagaan netcommerce yang meningkat naik.

Acer Aspire 3 A315-23-R011

RM 1799

Sekarang kita lihat pula model yang menggunakan pemproses AMD iaitu berharga RM 1799. Laptop ini dikuasakan pemproses AMD Ryzen 3  dengan 256 GB SSD storan. RAM pula ada 4GB jenis DDR4

WAJIB BACA :   Andainya masa dapat diundur kembali…

Selain itu model Acer Aspire 3 disertakan dengan grafik kad jenis AMD  Radeon™. Beratnya pula dalam lingkungan 1.90KG dan mungkin disebabkan skrin 15.6 inci.

Bukti perbezaan harga di atas bukan perkara mutlak kerana spekfikasi RAM dan saiz skrin.tidak berada dalam padang yang sama.

Harga pemproses berasingan

Untuk lebih jelas, harga satu unit pemproses Intel Core i5 ialah RM 480.00. Harga untuk AMD Ryzen 3 pula RM649.20. Ada perbezaan harga sekitar RM169.20.

Jangan dilihat perbandingan harga ini secara rigid kerana model dan generasi pemproses Intel dan AMD tidak sama. Lain level maka lain harga.

Jika sudah dipasang ke dalam laptop atau destop dan dikombinasi dengan komponen hardware memanglah harganya akan berubah agak ketara. Kompenan hardware seperti RAM, storan, grafik kad, skrin laptop dan papan kekunci perlu diambil kira dalam penentuan harga.

Kesimpulan :

Tentu sukar untuk menentukan perang harga Intel lawan AMD  dalam komputer sekarang ini. Mana yang lebih mahal atau lebih murah,jika hanya memfokus kepada harga semata-mata.

Cara terbaik lihat kepada kemampuan bajet dan ketebalan poket masing-masing untuk memilih laptop agar sesuai dan berbaloi dengan keperluan sebenar bakal pembeli.

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge