Informasi berkaitan laptop untuk student yang saya kongsikan ini berdasarkan carian dan pilihan umum. Perlu difahami ia tidak semestinya tepat dan betul seratus-peratus. Tentu ada ruang untuk penambahbaikan.
Hampir semua sedia maklum bahawa para pelajar yang bakal memasuki pusat pengajian tinggi memerlukan wang yang banyak. Tekanan dan bebanan kewangan pasti terasa kepada golongan B40. Malah tidak terkecuali kepada sebahagian golongan M40.
Umum mengetahui bahawa ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan masih bersekolah akan terkesan dengan keadaan Tambahan lagi kos hidup sekarang ini memang tinggi saban bulan.
Mahu atau tidak, para pelajar perlu disediakan laptop yang sesuai dan mampu beli untuk proses pembelajaran mereka. Para ibu bapa atau pelajar itu sendiri wajar membaca artikel ini sebagai panduan sebelum membeli laptop baharu.
Saya cuba sedaya upaya untuk menulis dengan meminimumkan penggunaan bahasa jargon (istilah teknikal). Walaupun demikian masih mengekalkan maksud agar kita semua mudah faham.
Berikut adalah tujuh ciri laptop untuk student yang dirasakan sesuai dan menepati keperluan mereka pada tahun 2022.
Laptop untuk student
1.RAM
RAM atau Random Acces Memory menjadi komponen utama kepada peranti teknologi ini. Teknologi RAM juga amat pantas berubah.
Sebagai pelajar di tahun 2022 ini, laptop yang ada 8GB RAM sudah memadai. Kalau ada slot RAM untuk upgrade lagi baik untuk kegunaan masa hadapan.
RAM yang tinggi mengurangkan situasi ‘lagging’ atau ‘hang’ ketika beroperasi terutama ketika membuka banyak tetingkap Chrome dalam satu-satu masa.
2.Jenama
Tiada sesiapa yang boleh menyangkal jenama yang terkenal dan kukuh menjamin kehebatan sesebuah laptop. Walaupun hakikat sebenar turut dipengaruhi persepsi semata-mata.
Jenama turut juga meracuni emosi pelajar yang memilikinya.
Bayangkan anak anda ada laptop berjenama cap ayam berbanding kawannya ada jenama cap epal. Tentu timbul rasa rendah diri atau kurang keyakinan hati setiap hari.
Sebaiknya pilih jenama laptop yang menyediakan perkhidmatan lepas jualan yang baik dan mudah seperti Acer dan Asus.
3.Storan
Storan yang sesuai pada tahun 2022 jenis SSD iaitu solid state drive. Jenis ini sangat laju dan berprestasi tinggi.
Cuba elakkan mengguna storan HDD atau Hard Disk Drive. Storan jenis HDD sangat perlahan dan sensitif dengan kerosakan.
Kapasiti 256GB SSD sudah memadai. Jika dapat lebih tinggi pun bukan satu keperluan juga. Storan boleh menggunakan alternatif sistem cloud atau sistem drive di Google secara percuma sahaja.
4.Processor
Ini bahagian yang paling penting sekali untuk laptop. Ianya diumpamakan seperti otak kepada peranti tesebut.
Processor yang disarankan jenis Intel i5 atau i3. Boleh juga memilih jenis AMD sebagai pilihan kedua.
Processor yang saya guna jenis Intel i5 memang puas hati walaupun task kerja heavy duty. ( bukan edit video ). Cepat untuk startup dan pantas untuk shutdown.
5.Harga
Harga main peranan penting dalam pemilihan laptop untuk student. Pastikan harga tidak terlalu murah dan tidak juga tinggi.
Yang sebaiknya mengikut kemampuan bajet masing-masing. Bajet sekitar RM1500 hingga RM2500 boleh disarankan untuk golongan pelajar dari keluarga marhaen.
Lainlah kalau ada keluarga yang berjaya dalam bisnes netcommerce maka laptop percuma boleh ditebus dengan RP
6.Saiz skrin
Saiz skrin yang biasa diguna untuk golongan pelajar ada dua jenis, 14 inci dan 15 inci. Jika terlalu kecil seperti tak puas mata memandang.
Sebaliknya kalau terlalu besar akan mengganggu proses mobiliti. Golongan pelajar di IPT biasanya tidak tetap berada satu tempat sahaja.
7.Berat
Berat laptop untuk student disarankan jangan lebih daripada 2KG. Jika dapat 1.5KG memang terbaik. Kalau dapat berat laptop bawah 1KG sudah dikira pelajar bertuah dan kayangan hehehe.
Laptop yang ringan memudahkan pergerakan pelajar dan menyerlah gaya serta rupa mereka. ( gurau ). Kelebihan laptop yang ringan akan mengurangkan risiko sakit bahu jika dibawa seharian dalam beg sangkut.
Kesimpulan
Semoga informasi berkaitan laptop untuk student ini dapat membantu urusan pembelian kelak.
Dengan adanya panduan asas begini maka lebih mudah membuat keputusan bijak daripada membeli yang akhirnya merasa rugi di kemudian hari.
Bukan sekadar alah membeli menang memakai.
- kemas kini 24/12/22
Sekarang ni memang rata-rata pakai SSD ya..laptop saya dah nak dekat 10 tahun..beli masa belajar di u dulu, ingat nak upgrade ke SSD tapi asyik bertangguh sahaja
kalau bukan keperluan takpelah bro..
biasa laptop kalau dijaga dengan baik dan diguna dengan cermat boleh panjang umurnya
terasa nak tukar laptop je sbb yg ada skrg ni kdg2 tu tetiba shut down sendiri. geram tul. x tahu apa masalahnya…
abam kie recently posted…Isu bermalam di rumah ibubapa di kampung
perlu hantar kedai untuk tahu mnasalahnya..
saya saspek kepada software yang ada masalah belum ipdate atau hardware yang ada rosak
walaupun bkn student lagi mmg ada plan nak beli laptop… tp entah blaa laa nak pergi survey ni…kemain malas nak keluar hahaha
kalau bukan keperluan sangat boleh hold dulu…pakai apa sahaja yang ada
Naaah sayapun saat mancari laptop buat anak2 saya, sebisa mungkin cari yg ga terlalu berat. Kasihan, takut tak sanggub pula bawa. Yang ringan, dengan kapasitas memadai. Tak usah yang terlalu mahal, tapi juga jangan yang terlalu murah. Takutnya kualitas tak sebanding 😅
fanny_dcatqueen recently posted…Oleh: Fanny Fristhika Nila
berhati-hati dan cari info secukupnya sebelum buat keputusan beli laptop
terbaik guideline ni. boleh rujuk nanti2
mamapp recently posted…Resepi Kupang Rebus Simple
ya….betul
sekurang-kurangnya kia semua ada pengetehuan asas
it is really helpful content, thank you so much
my welcome…
This post really too helpful for me to do blog commenting. Thank you for sharing.
welcome