Minuman terbaik untuk diet pasti ramai yang ingin nak tahu. Lebih-lebih lagi selepas perayaan hari raya. Tidak menghairankan pada musim perayaan ini tetamu dihidangkan dengan makanan dan minuman yang rata-ratanya kurang sihat walaupun bukan semua.
Makanan dan minuman yang manis, berlemak dan berminyak seperti sudah satu kemestian
Atas sebab demikian saya terpanggil untuk berkongsi beberapa minuman terbaik untuk diet. Paling tidakpun sebagai peringatan buat saya sendiri.
Ayuh kita teruskan bacaan hingga ke hujung jalan…eh bukan. Hingga ke hujung artikel.
Minuman terbaik untuk diet
1.Air zamzam
Air zam-zam ini mempunyai kadar PH sekitar 7.5 dan lebih. Maksudnya bersifat alkali. Air yang beralkali sangat sesuai diminum untuk meneutralkan badan yang sudah terlalu berasid.
Rasa air zamzam juga payau dan amat berbeza dengan air biasa.
Menurut sumber daripada artikel ini menyatakan air zamzam boleh mengenyangkan. Jadi wajar air terbaik ini dijadikan untuk berdiet.
2.Air mineral
Air mineral membantu proses pencernaan dan menjadi pemangkin untuk hormon, enzim dan fungsi badan. Jom minum air mineral agar kita terus sihat dan dijauhi segala macam penyakit.
Fakta ini ada disokong melalui artikel berikut.
3. Air kelapa muda
Umum mengetahui air kelapa muda memang sedap untuk diminum ketika hari panas membahang.
Air kelapa muda merupakan minuman rendah kalori dan gula. Jadi sangat sesuai untuk diminum oleh mereka yang ingin menjaga berat badan.
4.Air teh hijau
Hasil kajian di Jepun mendapati teh hijau boleh memanjangkan umur peminumnya.
Orang yang suka minum teh hijau juga akan dapat khasiat yang sangat baik untuk badan dan minda.
Secara tidak langsung boleh mengawal berat badan peminumnya kerana ianya kaya dengan bahan anti oksida.
Teh hijau mempunyai bahan yang boleh memecah lemak dan meningkatkan kadar metabolisma badan.
5. Air lemon
Amalan minum air lemon bagus untuk menurunkan berat badan. Antara kebaikan minum air lemon ialah untuk mengurangkan rasa minum air manis.
Lemon juga bagus untuk pencernaan.
Penutup
Berdasarkan huraian dan penelitian ringkas di atas didapati minuman terbaik untuk diet mudah diperolehi dan murah untuk dibeli.
Jangan berlengah lagi untuk kita mengamalkan cara hidup sihat.
- Kemas kini 15/1/25
kalau ada kesedaran memang bagus….alhamdulillah
no 2 dgn no 4 tu kini jd pilihan saya. nak biasakan diri mula2 tu mmg payah tp skrg dah ok. cuma harap istiqamah smpi bla2
wah..ini sudah cukup bagus.
tahniah berjaya berbuat demikian
Ye, kalau kita dapat control minum pun dah satu langkah permulaan yang baik. Dapat kurang minum air manis. Saya ada beli teh hijau, tapi belum buat-buat lagi. 🙂
Nur recently posted…Salam hujung minggu
air teh hijau memang bagus dan harus diamalkan secara tetap