Sembang kopi O peng bersama teh peng

kopi O peng

Sewaktu zaman kanak-kanak dulu mrhanafi selalu ikut mediang ayah ke kedai kopi. Biasanya akan order kopi susu panas cawan kecil.

Air tersebut akan dituang atas piring  dan apabila sejuk baru dapat diminum.

Terasa nikmat yang sukar dibayangkan apabila perlu ditiup berkali-kali sebelum dihirup.

Nampak pelik.

Tapi itu realiti zaman budak-budak.

Kenangan silam yang sentiasa dalam ingatan.

Nasib baik mediang ayah faham dan sudi melayan anaknya yang banyak karenah.

Namun setelah dewasa, tabiat ke kedai kopi masih diteruskan.

Walaupun bukan selalu dan boleh dikira beberapa kali dalam sebulan.

Baru-baru ini mrhanafi pekena kopi o peng bersama rakan sejawat yang jadi pengemar teh peng.

kopi O peng bersama teh peng

kopi O peng

Untuk makluman peng merujuk kepada sejuk atau ais.

Kos untuk kopi o peng dan teh peng dalam RM4.80.

Itulah harga yang perlu dibayar jika minum di kedai kopi untuk menu yang sama tanpa ada menu lain.

Kalau 10 kali minum bermakna kita berbelanja RM48.

Satu jumlah yang agak besar dan tidak berbaloi untuk khasiat yang kita dapat.

Meskipun ada khasiat kopi sebagai penaik metabolisme dan teh pula  penenang fikiran.

Ianya realiti yang tidak boleh dinafikan.

Tapi perlu diingat secawan kopi o peng itu ada kandungan gula dan tinggi kalori.

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan terhad kepada 50g sahaja sehari.

petua turunkan gula dalam darah

Teh peng pula lagi manis kerana kremer susu yang memang mengandungi gula.

Kandungan kalori berganda dan jumlah pengambilan gula juga bertambah.

Hadkan pengambilan air tersebut

Gantikan dengan air kosong, atau air mineral.

Ubah kebiasaan untuk kesihatan dan saranan kepada mereka yang mahu Cara kurus dengan cepat…boleh atau tidak ?

Artikel berkaitan

28 thoughts on “Sembang kopi O peng bersama teh peng

  1. Baik buat sendiri. Puas hati.
    Apapun sebenarnya jangan berkira duit sangat. Kalau rajin minum luar hadkan berapa kali sebulan.

  2. Sedap pulak nampak teh peng tu.. suami Kak Sue pulak disarankan minum teh tarik atau apa-apa minuman manis waktu pagi sebab kekurangan gula katanya..

  3. Sesekali ikut juga en suami mengopi di kedai kopi. Merasa suasana yang lain daripada minum kopi di rumah. Mungkin sebab tu orang lelaki suka ke kedai kopi yer?

  4. Sama la kita, saya dulu masa kecik pun minum air panas dari piring. 🙂
    Kalau kelantan, teh ais tu, teh beng.
    Baru tau kat sana, teh peng. Lebih kurang bunyinya.
    Nur recently posted…Minggu yang sibukMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge