Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah punca penyakit buah pinggang? Mari saya dedahkan secara santai dan bersahaja dalam artikel ini.
Saya ada merujuk beberapa sumber dari kenyataan pakar agar artikel ini lebih berautoriti dan sahih. Jadi teruskan bacaan hingga ke noktah terakhir.
Sihat itu mahal atau priceless ataupun tak nilai harganya. Orang yang pernah sakit sahaja tahu betapa bernilainya sihat dalam hidup mereka.
Setuju atau tidak, tepuk dahi jawap sendiri. hehehe
Bersyukurlah jika kita masih sihat.
Sebelum itu, izinkan saya berkongsi pengalaman peribadi dengan kisah pesakit buah pinggang. Bukan saya tetapi ibu kepada salah seorang rakan di tempat kerja.
Ibunya menjalani rutin mingguan yang agak mencabar.
Setiap minggu beliau wajib cuci darah menggunakan proses dialisis. Seminggu ada tiga kali selama enam jam dengan kos antara RM500 hingga RM800. Perbelanjaan sebulan sekitar RM2000 dan lebih.
Lihat, bagaimana mencabarnya kehidupan pesakit buah pinggang. Mereka memperuntukkan wang dan masa cukup banyak untuk rawatan setiap bulan. Malah tahun demi tahun hingga akhir hayat.
Jadi amat wajar untuk kita tahu punca penyakit buah pinggang.
Semoga kita boleh menghindar dan mencegah sebelum terjadinya kepada diri kita dan keluarga.
Pakar Nefrologi Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Muhammad Iqbal Abdul Hafidz seperti dipetik Sinar Harian berkata punca utama kerana cara hidup tidak sihat dan makan berlebihan.
Bahkan menurut portal Myheath, semua orang berpotensi untuk terkena pesakit buah pinggang. Antara punca yang menyumbang kepada penyakit tersebut seperti tersebut :
Punca penyakit buah pinggang
1.Penyakit kencing manis
Sebanyak 60 peratus pesakit buah pinggang disumbangkan oleh penyakit kencing manis. Ini berdasarkan kenyataan Dr Muhammad Iqbal.
Hampir semua orang sedar bahaya penyakit kencing manis. Mereka juga benar-benar serius untuk mengelak dan mengatasi penyakit ini. Namun ada juga yang terleka dan pasrah atas sebab-sebab tertentu.
Saya ada menulis artikel berkenaan halia hitam VR4 yang boleh membantu merawat gejala penyakit kencing manis. Boleh rujuk dan klik –> SINI.
2.Penyakit tekanan darah tinggi
Di Malaysia penyakit ini dinamakan sebagai pembunuh senyap berbanding kematian yang disebabkan Covid-19 lebih dicanangkan setiap hari oleh media massa.
Berikut cara memahami tekanan darah…
Tekanan darah diukur berdasarkan dua perkara ini.
Tekanan sistolik iaitu lebih tinggi ( <140 bawah dari jumlah ini normal ).
Tekanan darah diastolik iaitu yang lebih rendah ( <75 bawah dari jumlah ini normal ).
Ini contoh bacaan yang bagus = 140/75
Apa yang nak saya tekankan di sini ialah penyakit tekanan darah tinggi penyebab penyakit buah pinggang.
Perlu difahami kira-kira satu dalam setiap tiga penduduk dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas ada mengalami penyakit darah tinggi.
Pakar Perubatan Perunding Dalaman, Hospital Columbia Asia, Dr Mohd Arifin Mohd Ali berkata mereka yang ada mengalami penyakit darah tinggi berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang.
Bukan saya kata, tetapi pakar yang mengakuinya demikian.
3.Faktor genetik
Dianggarkan 30 peratus penyebab pesakit buah pinggang dari faktor genetik dan lain-lain.
Fakta ini dinyatakan Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan Dr Lily Mushahar seperti laporkan Asto Awani.
Jika ada ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit ini, maka risiko untuk jadi penghidap kencing manis juga tinggi. Tiada pilihan terbaik selain mencegah sebelum parah.
Paling tidak sekalipun bersedia fizikal dan mental untuk menjalani kehidupan yang mencabar ini. Bagaimanapun kita boleh mengubahnya dengan cara hidup sihat dan cara pemakanan yang tepat.
Takdir dan ajal adalah ketentuan tuhan namun usaha mengubah diri untuk lebih sihat adalah pilihan sendiri.
4.Pengambilan suplimen sembrono
Tidak dinafikan ada yang percaya bulat-bulat atau tanpa usul periksa dengan kebaikan suplimen berdasarkan testimoni semata-mata.
Tidak mereka sedar ada suplimen yang berbahaya kepada kesihatan terutama buah pinggang. Sebab itu hanya suplimen yang ada kelulusan KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia boleh diamalkan.
Jika tidak memang berisiko untuk merosakkan buah pinggang.
Ada juga suplimen yang tidak bagus kepada buah pinggang kerana mengandungi potasium, fostor dan suplimen yang bersifat deuretik. Bahan ini menyebabkan organ ginjal terpaksa bekerja keras dari biasa.
Kes yang kronik permah dilaporkan Sinar Harian tentang gadis yang rosak buah pinggang kerana pengambilan suplimen vitamin C dengam Aloe Vera bernetuk cecair.
Kesimpulan
Punca penyakit buah pinggang secara ringkas melibatkan pemakanan.
Makanan punca sakit buah pinggang biasanya terlalu tinggi kandungan garam.
Oleh hal demikian jika pemakanan sembarangan menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit kronik secara sedar atau tidak.
Nasihat saya buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik.
Jalani gaya kehidupan sihat dan kawal pemakanan agar tidak menjadi penyumbang kepada angka pesakit buah pinggang di Malaysia.
Jadikan bulan Ramadan yang bakal menjelang ini sebagai tarbiah diri untuk lebih beriman, lebih sihat dan lebih bahagia.
In shaa Allah.
setuju dengan apa yg ditulis, sakit buah pinggang penyakit yang senyap. Selalunya kita sedar bila dia dah stage 4-5 memang sangat bahaya
harap sis juga berhati-hati dengan segala penyakit yang saya tulis ini.
Menjelang usia 40, terasa sangat kesihatan itu harus dijaga dengan baik. Lengah sedikit, banyak penyakit mengintai. Semoga sehat selalu, brother
terima kasih mas…..biasa kalau sudah usia begini..macam-macam boleh berlaku
sy ni dah ada dua penyakit ni. skrg bergantung kpd ubatan utk mengawal kandungan gula n garam. jgn jd mcm sy ye.
abam kie recently posted…Panduan Membeli Kereta Baharu
semoga tuan tabah dan kuat hadapi semua ini
apa2 pun akan berbalik kepada pemakanan. tak jaga pemakanan…maka bersedialah utk hadap penyakit…
puasa ini…masa terbaik untuk kawal nafsu makan
Best Orthopedic Implants Manufacturer in India
thanks for info