Ramai di kalangan kita sudah menarik nafas lega kerana 10k kwsp boleh dipohon sejak 1 April 2022. Wang ini bakal dikreditkan dalam bank pemohon bermula 20 April ini.
Pautan untuk mohon pengeluaran KWSP
Persoalannya bagaimana untuk mengurus dan mentadbir wang pengeluaran khas ini secara celik, cakna dan bijak. Tetapi artikel ini tidak mengulas dan mengupas cara yang terang lagi bersuluh seperti menyimpan di ASB, labur emas dan sebagainya,
Sebaliknya kita bincang dengan cara psikologi terbalik. Lagi mudah dan senang.
Setuju ?
Kalau setuju kita teruskan pembacaan…
Saya cadangkan 10 cara sebagai panduan yang mungkin boleh diikuti atau jangan sama sekali sebab syaratnya untuk habiskan dalam sehari sahaja.
Bukan seminggu atau sebulan ataupun setahun.
Cuma satu hari…bayangkan.
10k kwsp
1.Bayar hutang sekali gus
Mana-mana yang ada hutang, boleh lunasi dengan satu hari sahaja.
Jika ada hutang RM10k..maka baki terus jadi kosong.
Anda berjaya. Hati jadi tenang. Jiwa jadi lapang.
Pemiutang akan senyum ke telinga.
2.Sedekah kepada orang susah
Dengan RM10k boleh disedekah kepada 10 orang susah yang memerlukan jika diberi RM1k seorang.
Kalau diberi RM100 seorang akan dimanfaatkan 100 orang yang susah. Bagaimana kalau RM10 seorang maka ramai lagi dapat manfaatnya.
Ingat konsep ini, the more you give the more you get.
Tapi tidak semestinya dapat duit kembali. Mungkin hati bahagia dan badan sihat.
3.Beli komputer riba
Jika bukan keperluan masa kini mungkin keperluan masa depan untuk komputer riba.
Jangan alang-alang, beli sahaja yang berkuasa tinggi dan berteknologi terkini.
Cari laptop yang berjenama dan berharga atas RM10k untuk satu set.
4.Beli telefon jenama iphone
Kalau bukan sekarang, bila lagi nak berbelanja untuk telefon yang ada gaya, glamer dan class tersendiri.
Biar alah membeli menang memakai. Biar puas hati sekarang tetapi menyesal kemudian hari.
Namun tidak kepada mereka yang mampu. hehehe
5.Makan di restoran mewah
Bila ada duit yang banyak, inilah masa sesuai untuk berbelanja di restoran mewah.
Bawa suku-sakat yang kuat pemakan agar jumlah RM10k habis segera dalam satu hari.
Dijamin mereka makan tanpa pembaziran. Sebab makanan yang orang lain belanja biasanya lebih sedap. hehehe
6.Check in di hotel mahal
Selagi nyawa dikandung badan, inilah masa untuk menikmati pengalaman bermalam di hotel serba mewah dan mahal.
Biarpun bermalam cuma 1 malam dan menghabiskan RM10k semalam.
Sehari akan puas tetapi penyesalan berhari-hari. Mungkin juga sepanjang hayat.
7.Shopping pakaian branded
Lihat dalam almari di rumah. Berapa banyak pakaian yang branded kita ada.
Kalau belum ada, ini kalilah kita sembat pakaian branded sehingga cecah RM10k.
Cari baju atau seluar yang berharga ribu-ribu. Pejam mata dan hantar sahaja ke kaunter pembayaran.
8.Hantar ke Baitulmal
Sudah tentu ada asnaf yang memerlukan wang ini hasil sumbangan para dermawan.
Semoga hadiah 10k kwsp yang kita ada ini memberi manfaat kepada orang ramai yang sangat memerlukan sekarang ini.
Lebih-lebih lagi ada di kalangan kita sentiasa dalam kesempitan dan kesulitan akibat kos hidup yang tinggi.
Bantulah mereka seikhlas hati dan hulurkan apa yang ada. Paling tidak titipkan doa agar mereka lebih sabar dan lebih tabah menjalani kehidupan ini.
9.Bagi bonus kepada scammer
Kita tidak bagi pun scammer akan minta wang yang kita ada.
Cara scammer meminta sangat licik sehingga menjaja nama LHDN, polis, Bank Negara, JPJ, kastam dan sebagainya.
Mangsa yang panik dan kalut kerana terpedaya dengan helah maka mudah menyerah RM10k kepada scammer. Bukan setakat 10k bahkan beratus ribu pun ada mereka sedut dari akaun mangsa.
Peringatan bersama, jadilah curious kepada scammer walaupun kita jenis pembaris atau lurus bendul.
10.Beli 20 pakej produk volten
Pakej produk Volten boleh terdiri daripada produk tunggal mahupun variasi produk. Harga satu pakej sekitar RM500.
Dengan pembelian produk ini, maka anda secara auto jadi ejen yang sah dan bertauliah.
Produk tersebut boleh dimakan sendiri atau dinikmati bersama keluarga.
Jika baik hati, sedekah sahaja kepada rakan-rakan yang kurang sihat atau mereka yang ingin kekal sihat. Biar ramai lagi menikmati khasiat dan manfaat produk Volten.
Jangan terkejut kalau ada di kalangan anda nanti yang jadi jutawan kerana mengusahakan Volten International sebagai bisnes netcommerce.
Kesimpulan
Jika berbelanja sesuka hati wang 10k kwsp ini sudah pasti lenyap dalam sekelip mata. Oleh demikian, rancanglah kewangan dengan teliti, ketat dan berhati-hati.
Saya sudah sediakan 10 cara untuk menghabiskan wang 10k kwsp dalam satu hari.
Pilih sahaja yang mana suka.
Jika rasa susah untuk memilih, saya cadangkan ambil cadangan yang terakhir.
Hubungi ejen sah Volten International untuk keterangan lanjut.
Jumpa lagi dan selamat menyambut bulan Ramadan al Mubarak.
hehehe kalau keluarkan rm10k tp ada simpanan rm1 juta ok laa hehehe
memang ada orang macam tu…