Bagaimana belanja pendapatan 10 ribu sebulan ?

Mari saya buat stimulasi atau gambaran mental bagaimana anda boleh berbelanja pendapatan 10 ribu sebulan.

Secara realitinya memang sudah ada orang mempunyai pendapatan RM10 ribu sebulan. Cuma bagi mereka yang belum merasainya, saya ajak pembaca bermain imaginasi yang menarik ini.

Dapatkan feel dulu sebelum menjadi realiti..

Sebelum itu, kerajaan pernah membentangkan di dalam Kabinet dan di Parlimen pada 27 November 2021 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), untuk mensasarkan rakyat Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan.

Cuma dalam artikel ini, suka saya membuat stimulasi kepada pendapatan ketua keluarga dan bukan kepada pendapatan bersama pasangan.

Jom kita buat kira-kira bagaimana belanja pendapatan 10 ribu sebulan ?

Dengan duit sebanyak itu kita buat pecahan. Saya sarankan kepada 10 bahagian

Pendapatan 10 ribu sebulan

pendapatan 10 ribu sebulan

1.Simpanan 10 peratus ( RM1000)

Ambil 10 peratus untuk simpanan.

Jumlahnya cuma RM1,000.

Banyak ke sikit.

Jawapannya tak banyak.

Tapi memadai untuk jangka panjang.

Baki yang tinggal ialah RM9,000.

2.Sedekah 5 peratus ( RM500)

Sedekah ini meliputi tabung sedekah Subuh dan tabung masjid hari Jumaat.

Jumlahnya dalam RM500 sahaja.

Wang anda kini berbaki RM8500.

3.Wang belanja orang tua (RM1000)

WAJIB BACA :   Nak Ubah Cara Penulisan Blog

Jumlah yang disarankan sangat subjektif.

Ikut keperluan orang tua.

Jika rasa RM1000 sebulan mencukupi apa salahnya.

Berbakti kepada orang tua amat besar pahalanya.

Walaupun berbakti bukan sekadar memberi duit belanja.

Mengunjungi mereka dalam sebulan sekali adalah tuntutan yang terbaik.

Kini wang anda berbaki RM7500.

4.Tempat tinggal (RM2000)

Kos untuk tempat tinggal yang selesa sekitar RM2000 sebulan.

Kalau nak kurang sikit dalam RM1000 atau jauh dari selesa sekitar RM300.

Jumlah tersebut cuma untuk bilik sewa sahaja hehehe

Gambar hiasan

Jadi kita ambil yang jumlah sederhana iaitu RM2000 sebulan iaitu rumah dua tingkat di bandar.

Kalau beli sendiri lagi bagus berbanding menyewa.

Wang yang berbaki kini dalam RM5500.

5.Pengangkutan (RM1000)

Secara purata bayaran untuk ansuran kereta yang baik dan selesa sekitar RM1000 sebulan.

Kalau nak yang murah dan jimat boleh saja dalam RM300 sebulan.

Misalnya Axia jenis manual yang cuma ada minimum spec.

pendapatan 10 ribu sebulan

Tepuk dada tanya selera bak kata orang dulu-dulu.

Kita ambil purata umum dengan standard orang yang ada pendapatan RM10 ribu sebulan.

Kereta ini untuk bayaran ansuran RM1000 sebulan. Mungkin untuk dua buah kereta.

Baki wang anda kini cuma berjumlah RM4500 sahaja.

WAJIB BACA :   Fikirkan Kehidupan Ini Mudah Sebenarnya

6.Barangan dapur ( RM1000 )

Belanja untuk barangan dapur cukup subjektif kerana bergantung kepada bilangan ahli dalam keluarga tersebut.

Jika ramai memang tidak mencukupi kalau RM1000 sebulan.

Bilangan ramai lagi besar belanja.

Untuk memudahkan pengiraan, kita ambil sahaja belanja dapur sekitar RM1000 sebulan.

Maka baki wang anda kita berjumlah RM3500 sahaja.

7.Petrol ( RM500)

Anggap saja dalam RM500 sebulan kerana jarak tempat kerja dekat dan tidak mengalami kesesakan jalan raya.

Wang yang berbaki sekitar RM3000.

8.Pakej bil utiliti (RM1000)

Zaman sekarang kalau tiada internet rasa ketinggalan.

Jadi wajar untuk bayar RM500 sebulan bagi seisi rumah.

Bil telefon dan Wifi sudah termasuk dalam kategori ini.

Selain itu bayaran untuk bil elektrik dan air tidak mustahil untuk cecah RM500 sebulan.

Kombinasi semua ini dalam RM1000 sebulan.

Kini baki pendapatan yang tinggal adalah RM2000.

9.Elaun khas orang rumah ( RM1000)

Orang rumah wajib diberi elaun khas berjumlah RM1000 sebulan. Jumlah ini belum memadai sebenarnya jika dinilai dengan harga pasaran.

Harga barang kosmetik, Shoppe dan Lazada sentiasa naik setiap bulan.

Akhirnya wang pendapatan berbaki RM1000 sahaja.

10.Produk kesihatan ( RM500)

Bajet sangat bergantung kepada produk kesihatan apa yang kita beli.

WAJIB BACA :   Santai makan malam di Restoran Lepau

Jika dalam Volten International boleh dapat RM500 sebulan untuk kegunaan seisi keluarga.

Harga ini boleh diabaikan jika rangkaian dalam Volten International semakin membesar.

Yang pasti, baki akhir pendapatan RM10 ribu tadi jadi RM500 sahaja.

Banyak ke sikit?

Sudah tentu banyak hehehe.

Sekali lagi saya bergurau.

Baki ( RM500)

Jumlah RM500 ini adalah bonus untuk keperluan wang saku ketua keluarga.

Boleh jadi untuk belanja beli parfume, sabun mandi, berus gigi dan sebagainya.

Mungkin RM500 tadi guna belanja untuk makan di luar seminggu sekali.

Mungkin juga untuk belanja isteri dan anak-anak makan pizza atau kedai mamak.

Mungkin kalau ada baki lagi.

Boleh la untuk…

Mengeteh bersama kawan-kawan.

Mengopi bersama para sahabat.

Semuanya bergantung kepada bagaimana cakna dan celiknya minda kita mengurus wang berbaki RM500 ini sementara menunggu gaji untuk bulan seterusnya.

Persoalan terakhir.

Ya atau tidak dengan adanya pendapatan RM10 ribu sebulan boleh jadi seperti orang financial freedom?

Jika jawapan ya..anda silap.

Jika jawapan tidakā€¦anda betul.

Oleh sebab jawapan anda betul, potensi anda untuk jadi orang kaya dan berjaya sangat tinggi sekiranya berani menceburi Netcommerce .

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge