Kucing berak merata-rata merupakan fenomena biasa bagi pencinta si bulus ini.
Sungguh pun begitu, fenomena ini agak menjengkelkan kerana najis kucing memiliki aroma kurang enak dan kurang bersih pada pandangan mata.
Sebab itu semua berusaha elak kucing berak merata dalam rumah.
Lagi-lagi kalau pemilik si bulus tinggal di banglo berhawa dingin, vila atau apartment mewah.
Nak kaya dan berjaya : Buat bisnes Netcommerce
Kalau duduk di desa yang mempunyai halaman rumah seluas mata memandang lain cerita la ….hehehe
Jadi saya ingin berkongsi semula kepada pembaca tip untuk menghalang kucing berak merata-rata.
Kucing wajar berak di tempat yang sesuai.
Misalnya tandas, tepi pokok bunga atau longkang yang ada pengaliran air yang bagus.
Berikut beberapa perkongsian warganet tentang cara elak kucing berak merata.
Bahan-bahan yang diperlukan mudah ditemui dan murah harganya.
Kucing berak merata
1.Cuka
Cuka rupanya pelbagai guna. Selain berguna untuk masakan, cuka berkesan untuk menghilangkan bau kencing dan kotoran berak kucing.
Sembur atau lap menggunakan cuka di tempat kucing berak selepas dibersihkan.
Ini penting agar kucing tidak mengulangi berak di tempat yang sama atau tempat yang kita tidak ingini.
2.Serai
Serai merupakan tumbuhan yang berbau harum dan bahan masakan yang hebat.
Oleh kerana serai ada bau yang harum ini, maka boleh cuba untuk bahan semburan di tempat kucing berak yang tidak sepatutnya.
3.Bawang putih dan serai
Kombinasi dua bahan ini memang power kerana bau sahaja cukup mengerunkan hidung kucing.
Cara membuatnya cukup mudah. Ambil dua ulas bawang putih dan tiga batang serai.
Bahan ini dikisar halus dan diperah airnya. Simpan dalam bekas penyembur.
Sembur sahaja di tempat kucing berak agar binatang kesayangan anda tidak berak merata-rata lagi.
Jangan pulak sembur najis kucing takut kita keliru yang mana najis dan yang mana parfume asli…
4.Air cili
Yang ini diakui cukup berkesan selagi air cili itu masih ada bau pedas.
Kucing takut pedas dan bau yang panas.
Caranya membuatnya cukup mudah. Tumbuk cili dan ambil airnya. Lepas itu curahkan ke tempat kucing anda berak.
Taubat si bulus tidak mahu melepas di tempat tersebut.
5.Kulit limau
Kulit limau mempunyai haruman yang mengasyikan tetapi tidak kepada si bulus.
Jadi untuk tujuan menghalang kucing berak merata adalah amat baik untuk mencuba tip ini.
Tabur kulit limau di tempat kucing anda suka berak dan tengok reaksi mereka.
6.Kulit pisang
Ada yang berpendapat kulit pisang sesuai untuk mengelak kucing berak merata.
Kulit pisang dikatakan ada mengeluarkan bau yang kurang enak pada deria kucing.
Boleh cuba dan perlu berhati-hati juga kerana risiko manusia untuk terpijak kulit pisang juga tinggi.
Kita tidak mahu lain cerita yang timbul nanti.
7.Cuka dan pelembut pakaian
Tip ini agak berbeza dengan yang lainnya.
Bahan yang diperlukan juga mudah iaitu cuka, pelembut pakaian dan air.
Campur sahaja dengan sukatan yang sesuai. Letak dalam bekas penyembur.
Sembur ketika mana ternampak kucing kesayangan anda berak di tempat yang terlarang.
Bau yang harum hasil gabungan bahan ini akan mengelakkan kucing anda berak merata-rata.
Cubalah tip ini.
Kesimpulan
Saya harap pembaca boleh mendapat manfaat dari tip elak kucing berak merata-rata ini.
Tempat yang paling sesuai untuk kucing berak adalah dalam mangkuk tandas.
Itupun perlu latihan yang berulang-ulang.
Jika tidak berjaya, hadapi sahaja karenah kucing berak di tempat yang mudah kita membuangnya setiap hari.
Bagus beri petua ini. Baru kucing saya buat hal berak di tempat letak kereta.
kslsu tidak tahan kandang sahaja
Semua tu dah pernah buat, sekejap je dapat halang lepas tu dia berak lagi. Selagi tuan.kucing tak jaga kucing elok dan lepaskan merata memang dia akan berak merata.
mahu atau tidak mahu ..reda jelah dengan keadaan tersebut
boleh cuba la nanti. tak tahan la bau tahi kucing kuat semerbak
itu perkara biasa bagi penternak kucing hehehe
tq for the tips..
rasa mcm nak beli sebotol besar je cuka nak siram di atas jalan belakang (berhampiran dapur) rumah arwah mama..
rajin betul kucing2 berak disitu. baunya sampai ke porch depan rumah. terasa mcm kucing tu berak dalam rumah pulak bila baunya kuat sungguh
ammi recently posted…Pelepasan Cukai Individu Bagi Tahun Taksiran 2021
sebab tulah usahakan cara untuk elak kucing berak merasa-merasa
saya tak pernah bela kucing secara serius tp kalau kucing stray dtg bermastautin kat rumah tu byk jg laa…yg bagusnya kucing2 ni tak membuang dpn rumah atau kat tempat terbuka. pandai dia cari kawasan tersembunyi… hahha
btw thanks 4 sharing
awak bernasib baik …kalau kucing peliharaan biasa suka berak merata-rata