Orang tua atau pewaris wajar tahu bantuan warga emas RM500. Kalau belum tahu, maka inilah artikel yang boleh dijadikan sumber rujukan secara ringkas dan pantas.
Warga emas ditakrifkan sebagai orang yang sudah berusia 60 tahun ke atas.
Sebelum ini mrhanafi ada menulis Persediaan untuk menghadapi hari tua.
Usia ini sekadar angka.
Boleh jadi tua pada angka tetapi muda dalam jiwa. hehehe
Sebab itu ada yang masih produktif dan cergas dalam usia sebegitu.
Mereka berada di puncak kerjaya atau jawatan tertinggi walaupun secara realitinya usia tersebut sudah bersara atau pencen.
Tapi mereka yang berada dalam golongan ini bukan mewakili golongan majoriti.
Golongan minoriti ini elit, kaya-raya, ilmuan, hartawan dan juga ternama.
Cuma mrhanafi ingin fokuskan kepada golongan majoriti yakni warga emas marhaen.
Mereka perlu kepada bantuan warga emas RM500 sebulan.
Wang tersebut macam cukup pada pandangan kasar.
Namun kalau diperhalusi memang tidak mencukupi.
Kos makanan dan perubatan memang tinggi.
Harga ikan segar, ayam organik dan ubat-ubatan farmasi memang mahal.
Cuma suplimen kesihatan seperti halia hitam berada pada harga berpatutan.
Namun khasiat, manfaat dan kebaikan jauh lebih mahal dari harga yang ditawarkan.
Jangan percaya dakwaan mrhanafi selagi belum baca artikel VR4 Capsule: Suplimen Volten International yang terbaik
Baiklah, kita tinggal dulu hebahan iklan tersebut.
Jom kita teliti lagi syarat untuk dapat bantuan warga emas RM500 sebulan.
Bantuan warga emas RM500
1.Pemohon mesti warganegara dan bermastautin di Malaysia
Warga emas yang layak mesti orang Malaysia dan tinggal di negara ini.
PATI atau orang luar memang tak layak.
Noktah dan muktamad.
2.Berumur 60 tahun dan ke atas
Bawah dari umur tersebut memang tak layak.
Tunggulah jadi warga emas dulu barulah boleh memohon bantuan tersebut.
Ada kemungkinan boleh dapat.
3.Pendapatan isi rumah kategori sebagai miskin tegar
Miskin kerana tiada harta dan tiada aset yang boleh menjana pendapatan atau memang hidup dalam serba kekurangan.
Pewaris pula tidak menyumbang pendapatan kepada ibu bapa.
Si suami atau si isteri warga emas ini tidak menerima apa-apa pendapatan seperti pencen, dividen atau honorium dari pendapatan pasif.
Mereka secara total tiada sumber pendapatan dan hanya berharap kepada belas ihsan orang lain.
4.Warga emas yang bukan tinggal di rumah kebajikan
Seandainya orang tua berada di rumah orang tua memang tidak layak untuk dapat bantuan warga emas RM500.
Logik la kan.
Mereka sudah mendapat tempat perlindungan dan kebajikan secara percuma dari kerajaan.
Malah kos untuk menyara golongan begini di rumah kebajikan bukan murah.
5.Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan pihk berkenaan
Ini kecil istimewa.
Pihak jabatan kebajikan akan menyiasat dengan teliti.
Maksudnya mungkin warga emas yang kena tinggal waris atas sebab-sebab tertentu.
Mungkin juga orang kaya ketika muda tetapi jatuh miskin ketika tua.
Roda kehidupan siapa yang tahu.
Kesimpulan
Bantuan warga emas RM500 sebulan amat besar ertinya buat mereka.
Semoga bantuan begini tetap diteruskan lagi sampai bila-bila walaupun dikhabarkan Parlimen sudah dibubarkan pada 10 Oktober 2022.
Kita tunggu dan lihat serta doakan yang terbaik kepada mereka yang terlibat.
memang tak banyak, tapi mungkin bisa sangat membantu para warga emas itu ya bang. bagus kalau ada program macam nih. di Indonesia seingat saya kalo tak sikap, tak ada yg hanya berfokus kepada warga emas. tapi bantuan untuk warga miskin. walopun kadang kenyataan di lapangan ada saja oknum jahat yg mengambil jatah mereka 😔
boleh juga daripda tiada apa-apa/.
lain negara memang berbeda
Bubar juga akhirnya parlimen eh.. semoga bantuan-bantuan seperti ni diteruskan lagi.
tiada masa yang terbiak lagi kerana pada masa depan…keadaan mungkin lebih sukar dan mencabar
terima kasih info!
sama-sama unle
Terima kasih kongsi.. semoga bermanfaat untuk mereka yang memerlukan..
sama-sama..
pasti memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan
Tapi parlimen dah bubar jadinya belanjawan ni belum confirm lagi kecuali kalau kerajaan sama menang dalam PRU ni kan?
ya. sebab itu kerajaan sebelum ini perlu menang lagi dan tubuh kabinet yang baharu.
Kabinet inilah yang akan membuat keputusan untuk teruskan belanjawan atau sebaliknya.
sedikit sebyk dpt membantu meringankan perbelanjaan bulanan…
betul tu tuan…lebih baikk sedikit daripdaa tiada..
kadang kadang warga emas perlukan bantuan anak anak untuk semua ini.
Harap sama sama memudahkan bantuan untuk warga emas
Belang Tarung recently posted…Cara dan Teknik Persediaan Sebelum Membiak, Menternak dan Membela Ikan Laga Betta
kalau bukan anak-anak siapa lagi yang wajib membantu mereka..kan
rasanya mama sy dpt. cuma x check je lagi
kalau dapat baguslah…rezeki juga tu