Izinkan Mrhanafi nak buat Shopee Express review dalam artikel ini. Pada 27 September 2022 mrhanafi buat pembelian dalam talian di Shopee.
Mrhanafi beli Mesotropin whey protein dengan seorang seller yang agak aktif juga.
Tanpa diberi pilihan, barangan yang mrhanafi beli akan dihantar menggunakan kurier Shopee Express.
Jika sebelum ini selalu guna J&T dan DHL.
Kedua kurier tersebut memang pantas dan cekap.
Namun kadang-kadang boleh juga terlambat dan sangkut terlalu lama.
Berbalik pula tentang Shopee Express review pula.
Ketika artikel ringkas ini dicoretkan, barangan yang ditempah sudah 10 hari dalam perjalanan. (in Transit )
Shopee Express review
Barang belum sampai lagi sehingga mrhanafi tertunggu-tunggu bagaikan peribahasa menunggu kucing bertanduk.
Inilah kelemahan membeli barangan dalam talian kerana terpaksa menunggu.
Ditambah lagi barang yang beli tersebut memang diperlukan segera.
Mrhanafi ada rujuk dalam notifikasi Shopee.
Barang yang dibeli sepatutnya sampai pada 6 Oktober 2022.
Pihak Shopee juga menghantar notifikasi lagi untuk menunggu dalam 1 hingga 4 hari yang akan datang.
Seandainya tempoh menunggu tambahan berakhir dan tiada berita gembira maka mrhanafi sudah tawar hati untuk shopping di Shopee lagi.
Itupun dengan syarat seller menggunakan Shopee Express sebagai kurier.
Mungkin lebih baik beralih kepada platform pula.
Walau apa-apapun kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.
Sebagai kata akhirnya Shopee Express memang lambat dan buang sahaja perkataan Express tersebut..
Sekiranya kalian ada mengalami situasi begini boleh komen di bawah.
Rasa terseksa menunggu.
Mula ada rasa menyesal beli dalam talian.
betul tu…
itulah ujian kepada kesabaran
dah lama saya tak pakai shoppee. memang tak puas hati pakai mereka. kalo shopper Indonesia ada layanan shopee fresh di mana bisa belanja sayuran, ikan , ayam dan barang2 fresh lainnya. tapi pas saya gunakan, memakai shoppee express, barang saya sampai lamaaaa yg bikin ayam pun dan tak layak makan. sayuran dah layu. saya komplain keras. sejak tuh tak akan pernah pakai mereka. prefer pakai Tokopedia, lagi bagus 👍👍
tak sangka juga di Indonesia pun lambat juga Shopee Ekpress ini..
bukan mudah untuk buat bisnes kurier ini rupanya
Saya baru beli headlight di shopee, juga penghantaran guna shopee express. hari ni saya beli, lusa sudah sampai rumah. Alhamdulillah. Tengok kawasan juga, rasanya, Encik Hanafi.
Cadangan saya, boleh je search barang kita nak, guna filter penjual yang guna courier cekap di kawasan encik Hanafi. Jadi lain kali, takde masalah tunggu barang lambat lagi.
Nur recently posted…Salam Maulud Nabi
ya betul tu…mungkin barang ke Sarawak agak lambat sedikit..
cadangan awak memang bernas la…
terima kasih ya
Mungkin karena terlalu banyak barang yang harus diantar atau mungkin karena keterbatasan karyawan atau mungkin bisa jadi karena medan tempuh
memang tidk dinafikan…bukan saya seorang yang order barnang.
mungkin juga kadar kecekapan mereka belum berada di tahap optimum
Wow, 10 hari? Betul2 lama tu. Saya jarang beli barang yang urgent nak pakai di Shopee, jadi memang taktau waktu menunggu tu lama. Kalau macamni, kena cuba beralih kepada Lazada pula la kan.
Kalau seminggu adalah perkara biasa untuk Sabah dan Sarawak..
malah 5 hari itu sudah dianggap sangat cepat.
benar kata awak….benda urgent susah untuk beli online
Lambat sungguh kalau tunggu Shopee Express ni kalau kat tempat saya. Kalau lama-lama x de improvemnet nak beralih ke Lazada juga la…
airis recently posted…Cara Mudah Buat Kimbap Korea Guna Beras Biasa
saya tengok di FB pun ramai yang komplain pasal perkhidmatan yng lmmbat..
saya rela bayar nahal janji cepat
Tahu takpe! Express tu tak melambangkan laju pun. Paling tak suka kalau peram lama lama tu. huhu…
mungkin sebab mereka tak cukup kakitangan untuk menguruskannya
dulu mungkin x ramai pembeli online. so service jd laju. laa ni hampir semua org dah tahu bli online. so no wonder pihak courier ada problem sebegini. tambah pula nk musim.perayaan. pembelian makin bertambah. harap mereka cari solusi utk krg kn masalah sebegini
anies recently posted…14
Kurier yng ada di Malaysia juga sangat banyak sekarang ini…tidak macam dulu-dulu
saya rela cari dlm tiktok lg wlaupon
mahal sikit asalkan cepat smpai lagi2 barang2 anak..beli shopee lambat sgt smpai macam beli barang luar negara plk
Yalahkan…lebih-lebih lagi kalau barang tersebut amat diperlukan
Saya turut mengalami pengalaman yang sama dengan Shopee Express, dan sangat setuju bahawa tempoh penghantaran yang lama boleh menjejaskan pengalaman membeli-belah dalam talian. Harap pihak Shopee dapat meningkatkan perkhidmatan mereka untuk memastikan kepuasan pelanggan.
itulah pengalama yang saya alami dulu.
midah-mudahan ada pembaharuan kepada servis shoppe
Saya juga mengalami perkara ini apabila saya membeli pakaian di Shopee dan menggunakan perkhidmatan penghantaran Shopee Express. Dan proses di Pusat Pengisihan DDR agak panjang. Saya telah menghubungi tetapi tiada jawapan yang membantu daripada Shopee Express. Dan selepas kejadian itu saya lebih suka menggunakan perkhidmatan penghantaran lain. Semoga Shopee Express dapat menambah baik perkhidmatannya di masa hadapan.
Ya..mudahan begitu