Kisah inspirasi pelajar SPM 2021 dapat 11A+

Kisah inspirasi pelajar ini cukup mengujakan.

Dalam SPM 2021 yang lepas, Muhammad Zaim Bin Mohamed Mohsin telah berjaya skor 11A+.

Kisah inspirasi pelajar
Kredit: Twitter Zaim

Semua subjek dia dapat kepujian cemerlang tertinggi dalam aliran agama dan sains.

Beliau yang bersekolah di Kolej Islam Sultan Alam Shah meminati bidang kejuruteraan seperti dipetik dari portal Mstar.

Beliau turut berkongsi tip kejayaan cemerlang dalam SPM 2021.

Yang pertama, jangan belajar saat akhir untuk menduduki peperiksaan terutama subjek yang melibatkan konsep dan latihan

Keduanya rajin buat latihan soalan yang diberi oleh cikgu dan kemungkinan soalan tersebut ada keluar dalam peperiksaan.

Menurut Zaim lagi cari buku yang bagus-bagus dan dekati kawan-kawan yang suka memberi motivasi.

Kepada bakal pelajar yang bakal menduduki SPM 2022 nanti bolehlah cuba praktikkan tip oleh pelajar cemerlang ini.

Kisah inspirasi pelajar

Kisah inspirasi pelajar

2 thoughts on “Kisah inspirasi pelajar SPM 2021 dapat 11A+

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
error: Content is protected !!