Ramai sedia maklum zakat fitrah wajib dibayar semasa bulan Ramadan.
Malah ianya sudah menjadi tanggungjawab ketua keluarga untuk membayar zakat fitrah bagi ahli tanggungan.
Alhamdulillah saya berjaya melunaskan zakat fitrah 2021 hari ini di sebuah masjid.
Lega fikiran.
Risau sekiranya terlupa jika asyik menangguh ke saat akhir.
Saya nak elakkan daripada berlaku.
Pada tahun ini sebagaimana tahun sebelumnya, saya membayar untuk empat orang termasuk diri saya sendiri.
Doakan saya juga untuk membayar zakat lebih daripada empat orang pada masa yang datang.
Untuk makluman kadar bayaran zakat fitrah di Sarawak telah ditetapkan RM7.00 seorang.
Jumlah ini mampu dibayarkan oleh hampir semua orang.
Itu baru zakat fitrah.
Bagaimana pula kalau zakat pendapatan atau zakat harta.
Lagilah seronok untuk membayarnya kerana orang memberi itu lebih baik daripada menerima.
Jika ingin menjadi orang yang memberi, perlu kaya dan banyak duit.
Dapatlah membayar zakat pendapatan dan zakat perniagaan lebih besar dan lebih banyak setiap tahun.
Untuk kaya, salah satunya ceburi perniagaan.
Ada perniagaan yang mudah untuk dilakukan kerana tidak memerlukan modal yang sangat besar.
Namun potensi untuk berjaya sangat tinggi.
Oh ya, saya ada menulis artikel berkaitan bisnes dalam pautan berikut.
Bisnes Pilihan Generasi Kini
Akhir kata, jom bayar zakat fitrah.
Selepas ini mari kita berimpian pula untuk menjadi penyumbang zakat pendapatan atau perniagaan yang terbesar di Malaysia.
Apa macam, ok tak impian ini?
alhamdulillah bro..
ya…rezeki tu
syukur sangat-sangat
sy belum bayar lg. selalu pergi mall ada kaunter zakat.
tetiba teringat pengasas beras faiza. dia ckp, dia buat bisnes beras sbb nk jd pemberi zakat terbsr kat Malaysia…hebat!
bijak juga awak menulis komen ini..
zakat dan terus kaitkan dengaan kekayaan..
sesuatu yang hebat ini
eh x de laa… sy cuma teringat je ms tv3 interview dia ms mula2 dia jd sponsor utk Bersamamu dulu… so setiap kali teringat psl zakat, sy mesti teringat kata2 dia tu…
ooh…macam tu.
saa fikir apa tadi
alhamdulillah selesai dah lega kan
kalau sudah selesai..memamg akan lega
Terima kasih atas peringatan bayar zakat fitrah.
sama-sama.
moga kita semua ada kekuatan dan kesungguhan untuk buat yang sangat wajib dalam bulan Ramadan yang mulia ini
Alhamdulillah bertemu Ramadhan dan semoga kita semua selalu sehat dan aman, juga bisa menunaikan kewajiban zakat
aamiin dan begitu juga dengan tuan…
Salam.
Akan dtg 4 org..sedia ada 3 ya.x kiesah besar rahmatNya.
Semoga urusan d mudhkan
aamiin….semoga doa suri menjadi kenyataan
terima kasih tuan..
mudahan dengan berkat doa tuan boleh menjadi untuk kali ini…
Alhamdulillah semoga diperluaskan rezeki selalu Aaminn
alhamdulillah..
moga segala amalan kita diterima